Isnin

Percutian domestik

Assalamualaikum

Weekend kitorang sefamily (Family aku) cuti cuti kat PD. Aku tak penah sampai PD sebenarnya.

Mula asalnya kakak aku nak ajak bercuti kat Lotus, Desaru. Memandangkan harga biliknya tersangatlah mahal. Dia opt kepada PD pulak.

Kowtim punya kowtim. Kak Long aku sewa apartment dua bijik.

Tapi Sabtu baru bertolak sebab masing-masing ada urusan paginya tu. Ngan kenduri la, ngan nak tengok anak ambik sijil bagai. Biasa la hujung tahun. Aku je bermalas-malas sambil basuh baju dengan kemas rumah. (Nak jadi cite, time ni lah mesin basuh baya budak sekolah darjah dua tu nak mogok pun..bengkok pinggang aku nak memerah baju yang dibilas..hishh)

Lastnya, akak aku bertolak dengan mak ayah dari Johor pukul 4 petang. Lepas diorang bertolak baru kitorang jalan sebab kitorang lagi dekat kan. Along pulak ambik adik bongsu aku kat Melaka dulu. 

Aku sampai dah nak masuk maghrib. Along da sampai dulu sebab dia yang kowtim apartment tu. Rupa-rupanya kena chong ngan owner situ. Apartment yang dalam gambar cantik gila tu buruk nak mamss.. Lepas tu dua bijik tu duk kat blok lain lain. Nak cancel tak boleh sebab nanti deposit burn. So diorang ambik gak satu apartment. Reramai kami duk dalam tu.

Mak ayah dengan kakak aku sampai da Isyak. Sampai tu terus diorang siap siap. Makan nasik dengan lauk mak bawak. Tu sebab panggilnya percutian domestik. Sebab sepanjang percutian ni, kitorang takde makan kat luar langsung. Mak aku bawak lauk yang dia masak dan beli lauk kat luar tapi makan reramai kat rumah.

Maklumlah, cucu-cucunya masih kecik lagi. Nak bawak pegi kedai makan nanti huru hara lebih. Ayah aku pun tensen. Lebih baik makan di rumah. Jimat dan sedap. Yang penting takde yang stress. Hehehe..

Malam tu kitorang layan tv je. Along, adik lelaki aku dengan abang ipar je keluar pergi kedai tengok bola. Shujin tak ikut. Dia bukan minat bola.

Ahad
Paginya..Mak beli roti canai dengan nasi lemak. Lepas sarapan kitorang terus terjun kolam. Damia takut mulanya. Kolam budak kecik 0.6m je. Tapi sebab aritu dia terselam dalam air kat pusat akuatik tu. Dia cam trauma sikit. Da lama-lama tu best laa. Main sampai gigil gigil. Mubarak pulak, shujin ajar tahan napas dalam air sikit-sikit. Dari segi water confident da ok dah. Kecut tangan, baru balik rumah. Bebudak ni tak puas lagi main.

Lepas makan tengah hari, check out. Kitorang gerak ke Tiara Beach Resort pulak. Ada theme park situ. Mahal kemain entrance. RM28 untuk dewasa. Da bayar tiket bagai baru ada pakcik kata, dia ada rumah kat situ, dia jual tiket tu RM10 je sekeping. Ciss..

Takpe lah. Dah rezeki.. So masuk dalam main air lagi. Aku dari pagi da sakit kaki bagai. Layan jugak Damia yang teruja jumpa air. Damia aku kena perati lebih sikit. Dia jalan atas tanah pun tergolek golek lagi. Lagi la jalan dalam air. Tiga kali terselam dalam air. Sikit tak takut dah. Happy. Bagi pakai floaters pun takmo.

Aqil pulak sambung swimming lesson ngan shujin. Dia boleh terajang-terajang kaki dalam air. Ok la tu. Nanti pergi main kat pusat akuatik lagi.

Dari pukul 2 lebih. Pukul 5 baru kitorang habis main air bagai. Badan aku macam nak luruh. Dah la nak naik slide tu diorang tak bagi. Hahahaha..

Singgah tepi jalan makan durian. Durian kampung katanya. Dalam lima bijik tu, cuma dua biji je yang aku rasa ok. Ayah belikan manggis sebab Aqil masuk kereta terus pitam. Adik bongsu aku pulak tak makan durian dari kecik. Damia punya la lapar lepas main air. Makan durian banyak kemain. 5 bijik durian tiga gugus manggis. Ada la dalam RM150++. 

Lepas tu masing-masing balik.. Mak ayah dengan kakak aku balik Johor, aku shah alam. Along pulak balik Pahang. 

Next year nak gi lain pulak..

Nota kaki : Gambar tak transfer lagi :D

Daa

16 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

haa baru nak request gambar!! hehe.. :p

insyaAllah next month sy sefamily ke desaru... :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Biar betul Rai nak naik slide. Nasib baik ada mak/kakak kalau tak eh... apa nak jadi mak buyung comel nie.

Seronok walau kakak belum dapat tengok gambarnya lagi.

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Bab main air, kakcik memang suka sangat. :)

Deq's Qienz berkata... [Reply]

wahh sy pon trigin sgt nk ke PD.tapi blum bkesempatan..hikhik hapi holiday ya..ati² di jalanan :)

JunAina berkata... [Reply]

Wahhh...bestnya...kumpul ramai2 sambil lepakking.

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Cuti domestik nieh la yang best. Nama je domestik tp kadang2 walaupon kita dah gi tpt tu berkali2...ada je benda baru yg kita akan jumpa. Percayalah.

Yg penting, memori baru:)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

wah apapun pasti seronok dapt cuti2 dgn family mc ni kan rai !

Qashmere berkata... [Reply]

Bestnya bercuti bawa anak2 jalan

wahida berkata... [Reply]

baru nak mintak gambar beb...

apartment mana yg korang kena chong tu nok?

Irfa berkata... [Reply]

aku pun ada sorang kontek.pakcik jugak rasanya..dia jual gelang rm10 utk main air kat Tiara Beach..tp belum penah pegi lagi,tu ari dpt no dia dah call nak pegi tp last minit kensel

Ujie Othman berkata... [Reply]

Jauh ke dekat ke..yg penting kebersamaan dgn yg tersayang. Kena tipu sikit2 tu mmg biasala bila kita g bercuti ni..asal jgn byk..rosak mood je kan.

ct rahani berkata... [Reply]

x kisah la domestik pun kan.. yg penting bersama family.. bukan sng nak kumpul semuakan.. :)

Aziela berkata... [Reply]

Rasa2nya mcm tahu jer apartment apa. Akak pun terkena last year. Giler akak ngamuk. Tu lah last..x dernya lagi.

Tapi bila lepak dengan family, it's still priceless kan.

emarieys berkata... [Reply]

PD banyak tempat menarik utk bawa anak mandi pantai mahupun kolam

Yaya Azura berkata... [Reply]

yaya pergi hujung tahun lepas tiara beach..hotel so so je..tp makanan mmg out.

sal ya berkata... [Reply]

berpecah2 time balik. sesekali bercuti kan? tp awal2 dah kena chong dgn owner. mmg nak kena debik tu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com