Assalamualaikum
Aqil aritu lambat aku buat potty train sebab macam malas malas gitu. Dah 3 tahun lebih baru potty train. Walau pun awal-awal tu agak stress sebab terbocor
Damia aku bajet nak train awal. Walau pun shujin kata "tak harap..". Tapi aku rasa symptom symptom Damia da boleh sangat kalau nak train. Sebab dia da pandai cakap. In fact banyak cakap. Da pandai bukak dan pakai seluar sendiri. Kalau buang air besar kadang kadang dia tak selesa nak membuang dalam diapers dia bagitau aku nak buang air kat toilet. Guna toilet seat abang dia. Kalau anak-anak yang dihantar kat nursery biasanya tak payah pening kepala sangat sebab nursery akan buat potty train ni. Tapi since aku ada pengasuh kat rumah, tapi kesian pulak nak mintak pengasuh muda tu potty train Damia. Takut dia tak larat menanggung stress nya nanti.. Hehehe..
Actually aku pun takde la nak kata larat sangat. Tapi memikirkan elok jugak kalau Damia boleh diaperless sebelum adik dia lahir. Jimat aku duit diapers. Dasar mak kedekut :P. Oleh itu, aku nak jimatkan tenaga aku mengelap lantai bila berlaku accident bagai. Aku pun bercadang nak gunakan training pants. Since aku ni suka berjimat kedekut, instead of beli. Aku decide nak buat sendiri je. Hehehe..
2 hari jugak aku bertungkus lumus menjahitnya. Aku transform seluar lama diorang jadi panty, lepas tu tambah pad untuk serap air kencing. Just supaya tak meleleh air kencingnya.
Nampak macam bulky sbb dalam tu aku guna towel microfiber. Lembut je. Cuma tak water proof la. Bila dia pee, tetap basah dan kena tukar. Cuma safe the hassle nak lap lantai.
Pakai 2 jam dah eksiden. Hehehe. First day
Aku bawak Damia pergi toilet sejam sekali, tak kira dia nak kencing ke tak nak. Hari ni nak beli sticker as motivation untuk dia buang air kat toilet.
Pada aku elok jugak pakai training pants ni sebab less energy nak lap kebocoran. Cuma ada jugak rasa aku kurang motivation sebab tau yang pakai training pants tu tak bocor. So aku kadang lupa nak bawak dia pergi toilet setiap jam. Tapi aku da download potty train apps kat henset. Dia akan alert setiap kali aku kena bawak Damia ke toilet. Cuma yang tak bestnya, reminder tu slow sangat bunyi nya. Kadang-kadang aku tak dengar. Ciss..
Macam mana korang yang kerja full time potty train sendiri anak? Pakai training pants tak?
Daa
13 comments:
okey..aku pun ada buat jugak sabtu ahad lepas.ada berjaya sikit nanti aku citer ye ;)
ada kawan ajar, kita potty train kids ni masa kita ada 2-3 hari cuti mcm weekend. pstu every 2 jam bwk pi toilet siang & malam. jgn ngelat tiap 2 jan ni & jgn sesesesekali pakaikan diapers lg.. insyA.. mlm hari tu alas cadar dgn pelestil besor ya takut tervocor nnti.. heheee..
alhamdulillah danisha senang nak tren...hari pertama bocor..kedua sekali je..pastu dah ok....cuma malam still pakai lg..aku mala nak bangun hahahaa...tp before 5y kene ajar jugakla kan...
kena pelan2 oklah nanti
belom ada pengalaman....tapi best juga yea...belajar dr sekarang...thanks for the share...
PSSS....ada link mana mana web x? teringin juga nak survey,kalu kalu ada kat sni....bleh join...
sy pun potty train izzul hari sabtu n ahad aritu tp dia dah terkencing dulu bgtau adoiyai..rsnye postpone dulu la..mak penat nak kejar adik lg..huhu..
KA train seawal mungkin mmg byk keje sikit but berbaloi untuk my 1st & 2nd cuma yg ketiga lambat ker sikit hehehe.. cuma kesabaran mesti adalah
abg aqil plok 'selesa' sungguh membuang dlm pampes.. Dia jd geli nak buang kat toilet sbb kat rumah ni tandas cangkung. Nti nak cari gak yg jenis duduk.. Skrg dia dah tau time kencing dia nak 'datang' ;p
Tapi memalam masih pakai. Kalau kejut dia bangun kencing, dok ngamuk aje. Mlm mmg kuyup lah! minum air byk! huhuhuuu... camne lak diapersless nih! Lg satu time gi jln pun pakai jugok! huhuhhu
Kakak tak ada potty train bagai itu Rai. Tapi anak kakak (semua perempuan ye) agak mudah sebab semua cepat cakap. Setiap sejam selepas menyusu kakak bawa toilet, simbah 'bunga' dia mesti dia kencing... Malam sebelum tidur bawa ke toilet, 3 jam sekali bawa walau mata pejam kalau 'bunga' dia kena air mesti kecing punya cubalah... anak kakak tak sampai 3 tahun semua dah tak pakai pampers.
irfa,
ce cite ce cite...
kak mulan,
bebudak ni tidonya buas.. malam2 tu alas pun dia keluar dari tempat alas tu..bocor gak..hish...
mas,
utk malam tu aku try and error je.. tengok malam kalau diapers dia nampak kering je..da boleh stop pakaikan..syaratnya sebelum tido make sure dia pegi toilet.. lepas tu sebelum tido jgn bagi minum banyak sangat..
KY,
thanks!
rietta,
skang ni timba ilmu banyak2.. hehehe..
azni,
memang macam tu awal2..kena sabar tu la..hehehe..
KA,
tu la..kesabaran tu yg sebenarnya tipis..hihihi..
Kak zakie,
bagus tips akak..boleh cuba jugak lah..
sy baru train siang hari.. mlm belum lagi.. setakat ni alisha walaupun xreti cakap tp dia reti bagitahu walaupun sekadar guna bahasa 'german'.. hihi
tu yg saya xda nak kalut sgt setiap 15 minit bwk g tandas tapi saya akn setiap masa ingatkan dia, "nak kencing or nak berak' inform saya.. :-)
tak pun. alhamdulillah... dia orang mudah bab2 tu. cuma mlm je la kena kerap bangun bwk dia org pergi toilet.
Catat Ulasan