Assalamualaikum
Kadang-kadang aku ada jugak membising mengkepochi kat entry pasal nak pergi kelas tetiap hari Jumaat malam (malam ni lah). Sayugianya.. Aku bukan pergi kelas yang formal mahu pun kelas yang boleh menghasilkan sijil bagai pun. Aku ni sebenarnya ada masalah self conscious. Lepas habis sekolah menengah aku memang ada masalah nak bercakap dengan orang ramai. Masa sekolah dulu ada la jugak. Tapi tak teruk sangat. Dan seadanya aku. Aku memang tak reti nak menjaga keterampilan diri.
So kepergian aku ke kelas kelas ni adalah untuk meningkatkan lagi keyakinan diri nak bercakap bagai dan extra lesson lain. Ni adalah antara intipati kelas yang aku attend. Speaker nya adalah anak perempuan pelakon Azean Irdawaty. Inessa Irdayanty.
Aku panggil dia Iness je. Kecik molek orangnya. Aku tak berapa kenal dia sebagai pelakon sebenarnya. Yang aku tau dia berlakon teater. Tapi sekarang ni dia berehat dari berlakon. Sister dia yang Elza tu pun aku kerap jumpa dulu. Tapi skang ni dia takde pulak.
Topiknya adalah "You never get a second chance to make a first impression. Ianya lebih kepada penampilan diri.
Iness dulu
First time bermekap
First interview
Later
Jaga muka, jaga penampilan, jaga pemakaian.. Aku pun malas sebenarnya. Leceh la
So, untuk semua tu. Nak kena la jaga dari sekarang. Additionally.. For the sake of aku punya business la
So, Iness share jugak pasal rahsia keawetan mudaan mak dia, Azean Irdawaty.
Ye la
So, macam mana..seorang cancer patient yang da 62 tahun boleh appear macam ni. Iness kata gambar ni diambil masa Azean nak pergi hospital untuk jalani rawatan.
Oh sebelum tu.. Actually aku ada share gambar ni kat FB aku, ada la seseorang tu, dia kata muka Azean macam ni sebab dia buat pembedahan plastic or suntik sort of macam tu la. Siap kata aku dumb sebab tak boleh beza. Sori kalau aku silap. Aku ada jugak dengar Azean pernah suntik botox sebelum dia jatuh sakit. Tapi aku tak rasa kesannya kekal bertahun tahun. Dan setahu aku. Suntikan botox ni untuk bagi nampak runcing dan montok gitu. Tapi skin complexion dan teksturnya takde kena mengena. Dan yang beria ria kata plastic tu adalah seorang yang transgender. Obviously dia lebih tau pasal plastic berbanding aku. So I rest my case here. Aku just share apa yang Iness share with me. Kalau tipu. Wallahualam.
Azean dah jalani rawatan kimoterapi dan radioterapi sejak 2007. Dan sampai satu tahap, ada desas desus kata doktor cakap dia tak boleh hidup lama. Siap ada rumors kata dia dah mati. Tapi Alhamdulillah. Dia masih hidup lagi. Walau pun sangat berat deritanya.
Ok. Antara rahsianya yang takde lah rahsia sangat kot sebenarnya.. But you can help cancer patient or chronic patient around you dengan advice ni.
(1) Of course macam Kakzakie kata, she's a very positive lady. Dengan bermacam rumors dan masalah anak-anak, tapi dia sangat positive dan kuat semangat
(2) Sokongan ahli keluarga - Sokongan suami terutamanya adalah sangat penting
(3) Rawatan - Ikut cakap doktor. Jangan nak mengada-ngada skip rawatan. Radioterapi, kimoterapi, ubat ubatan..
(4) Pemakanan - Sakit memang sakit dah. Memang kita hidup tak menongkat langit. Tapi kena jaga pemakanan. Azean ni da start makan supplementation sejak 30 tahun lalu. Masa dia sakit, dia still continue. Ambik megadoses. Maybe tak cure, sebab cancer tahap 4 bukan sembang mudah. Dan dia seek professional advice lah sebelum dia ambik. Sebab takut complication dengan medical treatment yang dia ikut. That is one of the reason kenapa, walau pun dia dah tahap teruk still boleh kelihatan macam tu lagi rupanya.
(5) Penjagaan - Walau pun da sakit, dia still jaga penampilan diri. Cuci muka, toner, moisturizer, extra care etc. Cuma yang aku heran la. Kadang-kadang wayang jugak gambar kat media
Salah satu krim yang dia pakai tu krim LX. Antara krim paling luxury sekali. Sebab dalam tu mengandungi cardiolipin, a rare and expensive lipid untuk mengurangkan kedutan. Nilainya 30kali lebih mahal dari emas T_T. So sila bermimpi nanti masa bulan 10 tahun 2033, shujin hadiahkan krim ni untuk aku. Kekeke. Kalau panjang umur.
Walau pun ada orang kata muka huduh ke muka garang tapi dalam hati dalam taman. First impression mesti orang takut ngan dia
Ini pulak Dr Celine. Dia pernah bekerja kat Hospital Assunta kat bahagian emergency for 31 years. Best jugak apa yang dia cakap. One of it adalah macam mana dia tolong patient dia yang kena leukemia untuk survive the chemoteraphy treatment. Sampai at one time, lepas 3rd treatment, patient tu jatuh dan jantungnya berenti. Dia buat apa tu yg letak letrik kat dada tu.. Lebih kurang macam tu la. Biasanya 20 minit kalau takde jugak doktor akan announce mati. Tapi dia buat sampai 45 minit. Akhirnya berdegup balik. Sekarang patient tu da sihat. Tapi aku tak sure la da fully free dari leukemia ke apa. Tapi last contact, patient tu nak keluar main bowling dengan husband dia. Hehehe.
Malam ni nak pergi lagi :D
Daa
12 comments:
wahhh menarik la kak rai!
bagusnya rai join kursus camni. mmg course yg menarik..
pena ada org ingat aku kakak danisha..suke wehh dlm hati hahaa...tp aku rasa di saja nak bodek hehee
this is good...
kata azean lagi, kalau dia sakit mestikah dia tunjukkan kat semua oarng yang dia tu sakit..kena buat muka selebet semua?? no!!! even tahu dia sakit, dia still nak cantik2 jugak... and i rasa, tak salah pun...
tapi i pun kadang2 pmalas lipas jugak nak mekap datang office... ha ha ha... tengok mood jugaklaa kan....
akak dah pegi kursus lebih kurang gini.. tapi tak berubahler pulak.. memang tak termotivasi akakni ha... tapi best pergi suka dengar pengalaman orang..
maha hebat dugaan yg kak azean hadapi...tapi dia mmg seorg manusia yg sgt tabah..respek kat dia..semoga dia terus kuat dan tak putus asa...
dan aku pun tau ko boleh nok...mesti lepas ni ko lebih berkeyakinan berdepan org ramai...
Respect kat Rai, rajin gie kursus. Nanti share lagi info2 yg menarik k!!
jaga dir sendiri utk suami bukan sebab lain pun. hehehe...
bagus juga kursus sebegini ....terutama bagi yg bak berniaga
wah.. mahai sungguh harga produk tu.. mmg xmampu nak belilah... tapi mmg muka azean xnmpak cam 62 kan..
bestnye course macam nie...sangat baik utk self development kan....klu dekat...teringin juga nak join...
wah menarik sungguh ni!
Catat Ulasan