Jumaat

Perangai masa mengandung

Assalamualaikum

Pernah dengar tak perangai ibu masa mengandung nanti menurun kat anaknya yang sedang dikandung?

Aku pernah jugak dengar. Tapi takde lah ambik pusing sangat.

Aqil dengan Damia ada karakter yang agak berbeza. Mungkin orang kata, ala..Aqil kan lelaki. Damia kan perempuan. Betul jugak. Tak salah la tu.

Yang aku tengok persamaan yang jelas adalah dedua suka bergambar. Hehehe. Semua budak kecik suka bergambar kot...

Aqil lebih nampak penyayang. Lebih manja, tapi terserlah sikap abangnya tu. Ada masa, Damia tak dengar cakap aku. Tapi bila Aqil suruh dia ikut. 

Damia pulak dalam banyak hal dia independent dan persistent. Kalau dia nak itu, insya allah. Selagi belum menangis berguling guling. Selagi tu dia nak jugak benda tu. Unless, kalau boleh bagi reason yang dia boleh terima. Itu pun still berguling guling jugak. Damia lebih garang dari abang. Aqil tegas, tapi dengan penuh kasih sayang. Damia lain. Garang dia tu. Geram tengokkan. Tak padan ngan kecik tau. Ngan ayah dia pun dia suka suki je nak garang. Ngan aku berani la. Budak manja ibu :P

Shujin kata, masa aku pregnant Aqil aku lebih rileks. Maklumlah. Belum ada anak. Main game je kerjanya. Zaman tu aku duk gila main PS2. Masalah pun takde banyak mana kan. Hehehe. So thats why Aqil lebih tenang dalam banyak hal. Dan masa Aqil pun takde banyak morning sickness. Takde hormon nak buat perangai pelik pelik bagai.

Masa Damia pulak selamba je aku marah shujin. Takde la aku bentak bentak ke apa. Tapi kalau aku rasa tak kena tu direct je aku sound. Celopar betul bini dia ni kan. Hahaha. Sebab tu Damia tu garang. Nak kata dia kata je ikut suka ati dia. Sungguh pun gitu, dia tak memerlukan banyak perhatian. Pandai je nak main sendiri. Sampai kan masa dalam pantang dulu mak aku kata, kesian Damia sebab macam aku susukan je dia tido. Takde main ke apa.

Baby kan.. Nak expect apa. Hahaha. Tapi serius dia memang takde banyak buat perangai masa dalam pantang. Sekarang ni banyak la cengkadaknya. Bila aku ada kat rumah, mandi, makan semua taknak ngan orang lain. Nak ngan aku je. Even nak tuangkan air pun. Kalau aku duk kat hujung dunia tu. Dia sanggup pi kat aku mintak air, walau pun orang lain depan mata je dah pegangkan air tu. Sabo je la. Terharu pun ada. Yelah. Aku ni kan ibarat mak resaksa. Garangnya masya Allah. Hahaha. Sila percaya :D

Apa pun. Aku harap semua anak-anak aku akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Taat pada perintah Allah, rasul dan ibu bapanya.

Eh last week kan.. Aku hangin je baca status kat group ibu mengandung pasal kenan. Ada la yang komen cerita kisah sedara mara rakan taulan dia yang kenan lepas buat aniaya kat binatang. Macam tulah gitu la. Aku rasa benda kenan tu mendekati syirik pun ada. Entah la. Yang pasti. Jangan la aniaya binatang..

Daa

20 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tapi kakak rasa anak-anak Rai bijak sebab itu dia punya prinsip. Macam Damia kalau kata nak guling pun tak kira janji dia dapat. Itu ada misilah. Si abang Aqil dia dah besar sikit, masa dia kecik macam Damia tak ada teman nak gaduh sebab adik pun masih baby masa tu...

Usia begini sebenarnya sedang membina otak org kata... tak faham lagi.

MAY berkata... [Reply]

wah..so nye...nnt ank sy ikut perangai sy yg bengis la ye???alamak!haha

Tanpa Nama berkata... [Reply]

apapun doakan anak2 kita yang baik2 aje ye rai

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

Itulah kita digalakkan buat benda2 baik macam baca Al-Quran waktu mengandung.
Utk diri sendiri dan dia yang berada di dalam. Maklumlah, kalo dengar head banging kang head banging jadinya susah juga.

Mmg ada effect. Adik Sha seorang yang baran dan tegas - perangai emak yg kami kenal waktu dia mengandungkan adik sorang tu. Emak cikgu, garang orangnya. Kebetulan merotan budak waktu mengandung...adeh, keluar adik ni terikut. Pernah jugalah "rotan" anak orang...huhu..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

whoaaa hijaunyeeeee~

sy tak tahulah kak.sy sndri tak phm ngn pe'el sy ni. eh nk buat entry lah...lama dh xmenulis..tu pun kalau larat...huhu


*hurm ralatnya xdpt jmp n peluk cium damia ngn aqil.amik berkat ckit kan.. :D

ct rahani berkata... [Reply]

aqil abgkan sbb tu dh pandai mengalah.. bagus abg aqil.. damia sama cam aqeef, anak ibu.. apa2 je nk ngan ibunya ni.. hehe..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik dah tak ingat lagi dah perangai kakcik sewaktu 4 kali mengandung dulu... :)

kay_are berkata... [Reply]

macam2.. tapi ape pun budak2 wat, sume nye mesti wat rase terhibur kan? garang ke, ape ke.. belakang kire.. yang pnting telatah budak2 ni wat kite hepi =)

mshazadoes berkata... [Reply]

oooo...kak rai garang ehh... *_*

Kayna berkata... [Reply]

budak2 buat semua nampak comel je, cuba kalau org tua buat. Agaknyer buang tebiat kot.. hehehe

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Blom ada pengalaman...tp dgr juga kakak kakak kt opis kata cmtu....apa yg di buat masa peknen, itu la yg ank dia suka buat...

Psss....ooo kt blkang erk? Rietta selalu tgk produk jew...t ai ahad rietta check, sebab mailing add kt kg....mak rietta pkai artistry dr zaman anak dara...katanya dlu faundation yg di pkai bru rm30 non member..skank member pown rm180...

mummY daniSha berkata... [Reply]

memang dlm islam kata perangai ibu masa preggy byk efek pada baby...danisha memang independent..tp lately ni pulak asek nak bermanjaa je..nak aku mandikan..nak mama pakaikan baju..sebelum ni pakai baju sendiri,mandi sendiri dgn pantauan aku...hehe

Unknown berkata... [Reply]

Orang kata time mengandung kena perangai molek2 takut nanti turun kat anak... Mungkin ada betolnya gak hehehhehe sebab dah terbukti.

Pasal kenan tu..apa-apa pon jangan menganiya binatang la tu jer.

Yaya Azura berkata... [Reply]

yaya baru ada sorang anak..tak dapat nak buat perbandingan lagi la..hehhe
tapi kan rai.yaya pernah dengar ust cakap..perangai anak kita sekarang mencerminkan kita masa kecil..jangan nak marah keterlaluaan anak tak dengar cakap sbb maybe masa kita kecil kita pun macam tu..

ieja amieja berkata... [Reply]

rasanya akk dah singgah komen kat sini semalam..hurmm
betul la tu..akk ank 3 org berlainan karekter..yg sulung tegas tp cepat marah, yg ke2 lbh cool dan ke3 lak terlebih manja..huu..tp terlebih rajin jg menolong akk..
pasal kenan tu..wallahualam..

Mulan berkata... [Reply]

ha aahh... ada yg sama.. kuat makan peanut butter & roti.. heheee...

munna berkata... [Reply]

munna rasa mmg betul kot....

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

uhuhu!!!betul u k'rai..sy pn rsa mcm tu..anak2 dua ada je yg dorg buat/...sama mcm bnda yg sy suka buat msa peknenkn dorg,ehehe!!!

Deq's Qienz berkata... [Reply]

Ada qhayra pon ader keturun pragai sy..cthnya sy minat upin ipin masa ngandung dia mmg ari2 tgk upinipin then muka dia pon dah supe ipin masa dia stahun lbh xcoz dia jns xdak rambut..skg pon mmg dia suka sgt gan upin ipin.hihii

sal ya berkata... [Reply]

Damia macam Anis. kalau dia kata nak memang nak la. pandai pujuk ok la. tapi dia penyayang. alya garang. dominan. Azfar cool sikit. husben cakap Anis keras kepala ikut perangai ibu dia. kalau dah buat salah susah nak mintak maaf. adehhh...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com