Assalamualaikum
Petang petang da habis buat kerja (kononnya lah!) Aku berblogwalking guna Google reader sebab tetiba blogspot buat perangai tak boleh load. Termasuk blog sendiri. Saje je nak naikkan darah aku kan. Hehehe..
Anyway.. Terbaca pos dari Ahkak Geli-geli yang pernah famous amos dengan warkah buat cerita Aaron Aziz yang aku da lupa tajuknya tu. Nora Ek ena kot.. Keh kehkeh.. Ok. Tak lawak :P
Korang baca entry Ahkak Geli pasal surat sorang jantan ni : Keluh kesah mengarut
''Assalammualaikum
Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u
once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say
is..'wow!All men are dying for u!Your face are
beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam
T-shirt!Okay,let me
Lepas tu korang datang balik sini, komen kat aku. Apa pendapat korang?
Komen aku?
(1) Lelaki adalah lelaki. Attracted dengan benda yang cantik, seksi, memberahikan. Tapi jantan. Adalah sejenis puaka yang tak pandai nak bela bini. Dah pandai bagi bini mengandung. Sila la bagi support supaya bini maintain badan macam mana yang korang nak. Kalau tak kisah kata tak kisah. Jangan diam lepas tu makan luar. Orang tua kata diam tanda setuju. Kalau tak suka isteri tu menggelebeh sana sini atau tak cukup hot. Sila sediakan ongkos dan kata kata semangat supaya tuan empunya diri tahu.
(2) Perempuan oh perempuan. Dah kahwin. Sila lah jaga penampilan. 2-3 minggu lepas. Aku kenal dengan sorang budak perempuan. Dia cerita yang dia mandi tak bersabun, tak bersyampu sebab taknak ambik risiko. Bau badan dia masya Allah.... Tapak kaki menggerutu tebal seinci tak payah pakai kasut tumit dah. Macam wedges. Kuku kaki hitam. Salam ngan aku.. Rasa cam calar tangan (cewah..bajet tapak tangan aku lembut gila kan..ahahaha)
Untuk panduan..umur budak perempuan tu.. 18 tahun.. Badan dia lagi besar dari aku. Tak boleh nak banding la kot.. Sebab badan budak tingkatan satu pun ada yang lagi besar dari aku. Aku yang keding.
Still.. Pada aku penampilan perempuan penting (ye la..sejak sejak ni baru realize kann..setelah berbuih mulut shujin suruh jaga muka, jaga body..da lepas bersalin WAJIB pantang dengan penuh disiplin!)
So hati hati wanita. Kahwini lah lelaki. Bukan jantan. Dan da lepas kahwin. Jaga kesihatan diri, jaga dalaman luaran dan penampilan. Supaya orang lelaki tak makan luar dengan alasan takde berselera nak makan kat rumah.
Daa
20 comments:
Aku kenal dengan sorang budak perempuan. Dia cerita yang dia mandi tak bersabun, tak bersyampu sebab taknak ambik risiko. Bau badan dia masya Allah....
risiko mende?
Tapak kaki menggerut tebal seinci tak payah pakai kasut tumit dah. Macam wedges. Kuku kaki hitam. Salam ngan aku.. Rasa cam calar tangan (cewah..bajet tapak tangan aku lembut gila kan..ahahaha)
- menangis pencinta wedges kalo baca nieh:P
Dah baca and agree dengan cik geli2 tu. Actually....semuanya bertitik tolak dari ilmu. Ilmu sebagai muslim, sebagai khalifah, sebagai suami dan sebagai isteri. Sama2 jaga, kerjasama dari segala aspek. Kalauuu lah jantan tu aim mcm gitu jer, pada akak dia belum layak jadi seorang suami dan seorang bapa. Sorry....
assalam Rai..acik tak baca cik geli2 tu..yang acik nak tulis ni setuju ngan shujin..pantang mesti jaga betul2..baru lah tak nampak tua sebelum usia..tu yang acik tau masa muda2 dulu bidan2 kampung masa dok selangor dulu selalu ingatkan
betul3.. jadikan Sadatinia Khadijah sbg model.. =) sentiasa ayu dan slim.=) Allah suka kan kecantikan..
hurm...tahla..sedey pulak aku baca macam ni...ye,memang nafsu lelaki 9 satu akal...memang isteri harus berhias demi suami...tp lelaki pun kene faham,banyak benda yg dah berubah selepas preggy n bersalinn...n yg plg penting,kalau die lelaki yg ada iman,die x kan mcm tu.....perkahwinan satu amanha,tggjwb..bukan hanya tuk tuntutan nafsu
aku dah baca belog perempuan idaman laki tu kot hehee(kalau betulla kan..tp rasanya betul)..memang sexylaa =)
tp at least bile aku baca luahan laki tu,ingatkan aku tuk jaga badan...hahaa =p
assalamualaikum rai...betul tu penampilan kenalah dijaga supaya hubby x makan kat luar tu kan...:)
org pompuan memang kena jaga badan terutama bila dah beranak-pinak tapi hanya utk somi sendiri diulangi hanya untuk somi sendiri sahja.
Tapi pada pengamatan KZ,org jantan ni kalau nak menggatal dia tak kisah berapa cantik binik dia kat rumah!
Tapi jantan. Adalah sejenis puaka yang tak pandai nak bela bini. Dah pandai bagi bini mengandung. Sila la bagi support supaya bini maintain badan...
-haha,..ayat ni best!
Semuanya bertitik tolak dari agama. Dua-dua belah pihak kena faham apa tanggungjawab masing-masing.
Tapi sangat setuju, suami kena sediakan duit la untuk isteri mencantikkan diri. Ini ko nak puas nafsu ko, modal ko tak bagi. ceh!
harap sy ta tesalah pilih jantan puaka itewwww hihihihihi
aduhai....lelaki mudahnya.....
risiko apa yang dia takut nak ambil sampai mandi tak bersabun dan basuh rambut tak bershampooo nih? musikil kita fikir
u,u jaga penampilan ke tak, jantan kalau merenyam, tetaplah merenyam..
contoh i lah kan.. melawa bagai nak rak, jantan ku tetap nak puki lain... opps sorry terlucah kat blog u... ahaks...
tak ada istilah bini tak pandai jaga laki...ambooiii nak jaga mcmmana lagi??? puiii....
eh, ada ek perempuan yg sampai mandi xbersabun n xsyampu.. dia ada mslh pe2 ke?.. ada alergik ke ek
husben saya lagi suka saya berisi. macam baru2 ni dia pegang pipi siap ckp dah berisi sikit. baru nampak macam org bg makan. tak ada la kurus sgt. dia mmg suka saya gemuk. hahaha...
masing-masing kene jaga diri akak yea.. terima kasih tips ni akak..
kak rai tak nak ambil risiko apa? huhu tak faham kenapa mandi tak sabun? pengsan!
adehla x leh bayangkan mandi x bersabun.. yeak.. geli.. haha..
Dulu2 hubby saya suke sgt saya bergaya ranggi...hehe...tp la ni dah terbalik...dia lebih suka saya bergaya ala2 muslimah sejati (agaknye sbb faktor usia kot?) haha...katanye x perlu gojes kat dunia, biar gojes kat akhirat. Apapun, make sure kat umah sentiasa wangi n kemas utk suami. Itu je...seksi tu fleksibel :)
alamak entri yg sama.aku dah tulis dlm draft psl entri cik geli ni.igt petang baru nak publish.huhu
mmg terasa sgt bila baca entri tu
ermm betul gak tu,,,sblm ke slps kawin mesti kena menten,,badan dn penampilan,,,harap2 nant menten jelah,,huhu
Catat Ulasan