Isnin

Jumpa jumpa blogger

Assalamualaikum

Weekend agak sibuk tapi aku sangat happy sebab boleh jumpa seseorang kakak blogger yang tersangatt ramah. Eh ada ke blogger yang aku jumpa tak ramah :P

Bermula Jumaat malam. Aku sibuk ke kelas (insya allah aku update kemudian apa yang menarik kat kelas tu). Balik dah agak lewat. Borak borak. Baru tidur.

Awal pagi Kak Mulan da SMS bagitau insya allah ada harapan untuk kami berjumpa jumpaan. Hoyeah. Lompat bintang. So cepat cepat bangunkan anak-anak. Paksa mandi. Semua dikerahkan untuk bangun. Sambil tu aku buatla breakfast simple simple. Err.. Air milo cicah biskut buat alas perut sementara dengan roti sapu dengan sekaya & butter. Dasar pemalas..

Tempat yang dijanjikan. Mc D Kota Kemuning. Sampai-sampai je Kak Mulan dengan hebatnya terus tegur aku. Haih.. Glamer ke muka aku. Tapi tak aci la kan sebab Kak Mulan tak penah tunjuk gambar kat blognya.. Hehehe. Lepas tu terus pot pet tak berenti berenti. Tak sedar dari pukul 10 gitu kot. Sampai 11.30. Macam-macam topik kitorang masuk. Dari hal anak-anak sampai lah ke macam-macam hal.

Gambar curik pinjam dari blog Kak Mulan. 

Terima kasih banyak Kak Mulan sebab sudi datang singgah jumpa kami anak beranak. Maaf kalau ada tersilap kata ke. Paham je la. Kadang-kadang mulut ni lagi laju dari otak nak proses. T_T

Lepas jumpa Kak Mulan kami terus pegi check up aku. Tak de orang pun masa tu. So terus boleh masuk. Tekanan darah 100/60. Berat naik 500gram je. Cehh.. Air ketuban masih ok walau pun 2-3 hari sebelum tu aku ada terasa macam ada leaking sikit. Masa doktor scan tu excited semua nak tengok jantinanya. Tapi si kecik macam tengah sujud pulak kali ni. Alhamdulillah sangat sangat aktif. Tangan tak reti duduk diam. So, tak dapat nak tau jugak jantinanya.

Aqil dengan Damia eksaited jugak tengok kat screen tu bergerak-gerak. Hehehe.

Ambil darah untuk blood test. Doktor kata maybe Hb aku low sebab dia tengok darah aku cair semacam je. Ye jugak kot. Dah seminggu ni aku asyik lupa ambik iron folic je. Malam je terus pitam. Lupa nak makan.

Lepas habis check up. Kitorang pegi makan. Lepas tu shujin hantar aku balik. Dia keluar dengan kawan dia sebab ada urusan. Patutnya janji dengan anak-anak nak bawak diorang swimming. Dekat pukul 4.30 baru shujin balik dan bertolak. Sampai sana pool da tutup untuk sesi 3. Kena tunggu diorang bukak balik pukul 6. Bising la bebudak berdua tu sebab dah tak sabar nak masuk pool.

Akhirnya bila pool bukak kitorang masuk. Dah lama tak pegi banyak pembaharuan peraturan kat situ. Contoh macam selipar kena tinggal kat rak, orang lelaki pulak kena mandi tak pakai baju. Since shujin pemalu. Aku, anak-anak dengan cousin shujin je masuk. Aku pegang Damia. Beria nak masuk. Lepas tu takut air. Tension aku. Baru masuk da ajak keluar. Cecah kaki kat air pun taknak. Lepas tu aku bagi dia main kat slide tu. Tetiba ada budak turun aku tak perasan. Langgar dia lepas tu aku terbalik ke belakang. Aku sempat paut Damia. Tapi aku tak dapat nak balance. Tertelan air jugak la. Lagi la budak kecik tu trauma. Terus aku mandikan pakai kan baju. Tak sampai 10 minit. 

Aqil pulak seronok habis. Tapi da petang kan. Cuaca pun mendung berangin. Sejuk sampai gigil-gigil. Lama sikit je dari Damia. Lepas tu naik. Seb baik entrance fee murah je nak oii..

Dari Shah Alam. Kitorang terus gerak ke Cheras pulak. Ke rumah kenalan kami. Lama jugak kat sana. On the way balik singgah makan terus balik rumah. Home sweet home T_T

Terus aku tido. Baru hari Sabtu!

Kesibukan terlampau ni sebenarnya membawa kepada satu berita yang agak tak enak.

Kendian aku cite ye.

Daa

14 comments:

Acik Erna berkata... [Reply]

ari sabtu..hari acik tidur..asal tengok tv je lelap/hjari ahad baru ada xtvt

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sy nak pecah satu rahsia,

yg giginya beratur tu la kak rai...hahahahaha


*rahsia la sgt..hihi

pB berkata... [Reply]

duduk area Shah Alam ker ?

Tanpa Nama berkata... [Reply]

seonoknyer bila dpt jumpa sama2 kawan yg punya interest yang samakan Rai ! cer citer apa halnyer!

Dr K berkata... [Reply]

gi swimming kat swimming pool mana?

Unknown berkata... [Reply]

kak erna,
weekend mmg elok rehat je kak.. kami ni kebelakangan ni banyak pulak aktiviti..

munna,
alaa..nape bagitau..malu la akak..hahaha..

malu la sangat :P

kak pB,
aah..kat area bukit rimau..

KA,
tu la kak..mana2 blogger saya jumpa mmg rata2 ramah orangnya..nanti saya cite ya..

daddy zz,
kat pusat akuatik shah alam.. open pool masuk rm2.50. kanak2 rm2. tapi kalau belum sekolah tu free je.

Niza Romli berkata... [Reply]

Penah jumpa dgn blogger skali je tahun lepas. Seronok tu tak terhingga la.

Wah, bestnya weekend akak mcmx xtvt.

Unknown berkata... [Reply]

kak zan weekend keje asyik memasak..maklum ler ada 6 mulut menganga minta diisi nasib baik dinner mkan kat luar..tima kasih bang!

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Klu hubby cuti weekend, mmg syok! Sy ni, alahai....suamiku keje weekend. Nak g jln, mmg tersekat2 le...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Harapnya berita yang tak enak itu tidak berkaitan dengan kandungan Rai, ya. :)

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bestnye jumpe blogger...rietta xpernah lagi...

Psss....APC tu Anugeah Perkhidmatan Cemerlang...alhamdulillah rezki....

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

seronokkan jumpa kwn2 blogger... semuanya peramah :-)

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

seronokkan jumpa kwn2 blogger... semuanya peramah :-)

sal ya berkata... [Reply]

hari sabtu patutnya ada ops kemas rumah tapi husben la tak larat pulak. entah bila la nak mendrill tak tau la. rasa macam nak buat semua sendiri je. eceh... macam la berkemampuan.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com