Khamis

Bila ex-boyfriend ajak rujuk

Assalamualaikum

Rasanya zaman sekarang ni ramai yang da tak minat ngan Jpop. Semuanya Kpop kan. Hahaha. Tapi aku still minat dengan Jdorama. Sebab so far yang aku tengok Kpop memang sangat entertaining. Dari segi jalan ceritanya dan hero ngan heroin yang mempunyai senyuman manis bak gula. Mungkin Jdorama dah tak se-kick Kdorama dari segi cerita-cerita cintanya. 

Cuma, dari segi moral of the story biasanya aku lagi suka cerita cerita Jdorama. Drama korea tayang something yang remaja nak tengok la kan. Susah jugak nak tengok cerita yang tunjuk nilai kemanusiaan dan sebagainya. Lagi pun biasanya genre macam tu jalan ceritanya agak berat. Ramai yang mungkin bosan tengok.

So....

Apa kes tetiba ex-boyfriend ajak rujuk pulak ni kan. Hahahaha..

Ex-boyfriend aku.kiut kan..gedik!
Kimutaku - Panggilan manja bagi Kimura Takuya..jangan jeles deh.

Kimutaku ni macam datang dengan package yang lengkap. So far, jarang sangat cerita lakonan dia yang mengecewakan aku. Lama jugak aku tak up to date dengan drama baru lakonan dia.

Shujin yang update aku semalam. Drama terbaru lakonan Kimutaku baru je habis tayang kat Jepun. 
Tajuk - Priceless Aru wake neidaro namon..
Genre - Kemasyarakatan, kehidupan
Pelakon utama : Exbf 1 (Kimutaku), Exbf 2 (Fujiki Naohito)

Sinopsis : Kisah pasal Kimutaku yang da jadi mid level punya manager kena buang kerja disebabkan oleh perkara yang dia tak buat dan dia tak tau menau langsung. Fujiki san pulak sebagai watak antagonisnya akan membuatkan kehidupan Kimutaku susah sampai dia hilang segalanya. Dalam proses, Kimutaku jumpa dengan dua orang budak kecik. Dan dari budak budak tu dia akan belajar banyak perkara dalam usaha mengembalikan semula segala apa yang dia hilang.

Moral of the story - Banyak kita boleh belajar dari budak kecik

-----

Aku tak tengok lagi cerita ni. Tapi from Kimutaku dengan Fujiki Naohito. Aku memang rasa worth it untuk tengok..

Cerita Kimutaku yang sebelum ni yang best tapi agak berat motifnya adalah seperti
Karei naru ichizoku - The grand tribe
Karei naru ichizoku ni kisah kekeluargaan. Di mana, dia jadi anak sulung pada satu pengarah bank. Dia sangat bagus buat kerja dan sangat dedicated. Tapi ayah dia tak suka dengan dia sebab ayah dia ingat dia ni anak luar nikah. Tak bestnya cuma satu je. In the end, dia mati bunuh dia.. Mencik!

Moral of the story - Adil lah dengan layanan pada anak-anak. Walau pun kadang-kadang anak tu degil ke apa ke, tapi kebanyakannya akan cuba buat yang terbaik untuk parents diorang. Hargai diorang.

Change
Dalam drama Change pulak Kimutaku berlakon jadi seorang cikgu. Ayah dia seorang politician, tapi dia tak minat politik sebab dia rasa politik tu kotor. Tapi, ayah dengan abang dia mati dalam satu kemalangan. Either mak dia atau dia yang kena bertanding ganti tempat ayah dia. So, dia decide untuk bertanding jugak. Sampai lah dia terpilih jadi Perdana Menteri Jepun. Kisah macam mana dedicatednya seorang PM dalam melaksanakan tugas dan cerita cerita dalaman pasal anggota kabinet dalam pentadbiran negara.

Lepas tengok cerita ni korang mesti tak puas hati sebab PM Jepun hensem gila dan muda pulak tu. Hahahaha..

Moral of the story - Tak wujud PM hensem muda bergaya lagi jujur dalam dunia ni T_T

Tak sabar nak tengok Priceless pulak!

Bila agaknya drama melayu nak buat macam ni. Aku rasa modal tak besar mana pun. Cerita melayu sikit-sikit keluar U terus dapat kerja hebat. Dapat naik manager. Takde tunjuk pun buat kerja. Kalau anak bos tu habis mak nenek dia semua datang opis borak hal kekeluargaan. Padahal tak pernah pulak aku nampak bini Tan Sri Ceo kat opis aku ni datang mengendeng laki dia. Tak realistik sungguh!

Nota kaki : Aku tau aku berutang entry pasal Azean Irdawaty dengan satu lagi entry keluh kesah. Nanti eh.

Intisari kata
Jpop - Japan pop
Kpop - korean pop
Jdorama - Japan drama
Kdorama - Korean drama

Kimutaku pelakon Jepun ya :D

Daa

31 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

serius KA x berapa nak kenal hehehe

MAY berkata... [Reply]

korea???hrap maaf..tak tonton..hihi.

*eh..senang je bt telor bungkus..nntkan entry care buatnye ini mlm k...;)

Anamarza berkata... [Reply]

Hero pujaan juga satu masa dulu.. sekarang tak kuasa nak layan sebab takut dah start layan tak boleh nak berenti nanti ada suara-suara yg berbunyi tak puas hati hihih

DrFIO berkata... [Reply]

saya pulak peminat no.1 Yutaka...tp tu dulu la zaman belajar...semua CD citer dia saya layan...tp now, x tau dah apa citer dia...hensem gile kan!

Cik Rose berkata... [Reply]

tak berapa nak kenal sangat pelakon korea atau jepun :( huhuhu

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

langsung x tgk citer korea...bukan x minat masa tu yg tiada....
handsomenya dia......

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak sekadar baca aje Rai tapi satu pun tak kenal dan tak tahu pun... ambil motivasi dari sinopsis yg Rai berikan itu je...

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

i tengok Kpop bila kat rumah my sista..kalau tak i tonton omputehpop...ha haha...

lagi satu dulu tv3 ada tayangkan drama jepun..handsome giler pelakon lelaki tu, memang paling handsomelah dalam kategory pelakon lelaki jepun...menjadi igauan i lah masa tu.. tapi lupa namanya..nama drama tu ialah tetsuko apa entah... bercinta dalam internet sedangkan lelaki tu jiran dia je, boleh dia tak tahu... last sekali tahu ialah bila si pompuan tu suka sesuatu yang lelaki tu suka..mcm tulah lebih kurang...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

oh mai...pening kapla baca nama2 jepun-korea....xamik pot langsung kak rai...

Unknown berkata... [Reply]

kita geng...
ayu suka layan korea dan jepun juga..

tv 8 mmg dihati.. flower boys dan apa2 tajuk ku suka..
cuma.. nama hero ku fail.
hahahha

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...yer la mama pun kurang kenal ngan pelakon Jepun ni...:)

+ e.z + berkata... [Reply]

kali nih eB xbyk tgk citer korea. terindon plk.. camno la.. ha3

miss yatie berkata... [Reply]

KY tak berapa minat snagat cerita korea ni, kadang2 suka juga tengok pelakonnya, cun dan hensem, silap2 pandan lelaki dah rupa mcm perempuan lak..kan? tapi KY suka tengok running man hahaaa

Unknown berkata... [Reply]

jpop ka kpop ka.. dulu layan, skrg idok huhuhu...
asyik kartun-kartun dan kartun huhuhu

Dkna Abza berkata... [Reply]

dkna memang tak kenal dan tak nak kenal sebab dorang pon tak kenal dkna hahahaaaaaaaa

emarieys berkata... [Reply]

Kpop ke Jpop ke semuanya saya tak tahu..hehehe

Nieda berkata... [Reply]

akak tak tengok tapi anak dara akak tengok

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

subhannallah:) k'rai...akhirnya sy jumpa dgn org yg smam2 minat takuya sama ngan sy..tp sungguh lama xsmpat nk layan drama dia,sobsob..kak,yg ni series trbaru,ye..dlu sggp sy ikat perut beli cd dia,tau..skg blh download free jekn?eheheh!!

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply]

mcm2 ada kat tv skrg.. tak sempat nak follow..

NUR berkata... [Reply]

Eh macam kenal pakcik ni.. Menari dgn kump SMAP ni kan..

Afasz berkata... [Reply]

dulu layan gak korean. skrang malas dah.layan cite melayu
adam hawa

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

PSSS....hehehe...dia mmg pesan kiut camtu gitu...nak marah pown xbleh...kazen paling muda..

sal ya berkata... [Reply]

masa fames pasal jdorama mmg femes dia ni kan? pelakon utama can u keep a secret. suka jugak tengok drama2 jepun ni.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai,k.atie xminat citer2 korea/jepon/indon nih....suka negok citer melayu/omputih jer.
Tp HB selalu usik,klu tgk citer melayu ni..asyik tipu jer:D

Kancil 8349 berkata... [Reply]

macam best je...nak tengok juga nie

Irfa berkata... [Reply]

SAPA KATA KDRAMA CITER REMAJA JE?AKU DUK LAYAN TIAP2 MALAM DRAMA KOREA KISAH KEHIDUPAN..YANG KISAH RUMAH TANGGA..KISAH KASIH SAYANG.PELAKON TUA-TUA KEDUT JE PUN.YG PENTING KENA PANDAI PILIH :)

WAH!BACKUP NAMPAK.HEHE

Cikgu Ma berkata... [Reply]

saya minat gak dgn Jpop...macam Kat Tun...best lagu2 dorang

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
ecece..back up nampak..aku takde la cakap semua..kebanyakan yang femes tu..hehehe..

sitiezahim berkata... [Reply]

ohhhh macam menarik. nak tgk la. tankiu suggest. dulu mmg saya layan japanese series. paling suka shortgun marriage. dan good luck, kisah takuya ni jadi pilot. mmg betul2 bagi inspirasi..hehe

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

sy xkena pun sbnarnya dorg sbb sy xminat sgt.. :-)

ct rahani berkata... [Reply]

owh masa zaman2 anak dara dulu suka la layan drama2 korea @ jepun.. now dah bersara dah. pelakon pun x dh x kenal.. hehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com