Assalamualaikum
Sabtu malam, kitorang keletihan sangat. Tapi tidur dalam pukul 1 lebih jugak. Patutnya aku ada janji dengan member pasal review program weight management dia. Tapi kesian tengok shujin keletihan. Aku postpone ke petang.
Lepas pukul 12 baru bertolak. Janjinya kat ofis member kepada member aku tu di Taman Setapak. Berpandukan Google Map. Tak susah cari tempatnya. Berdekatan dengan pasar borong Gombak. Review pemakanan, senaman dan sebagainya. Sejam lebih jugak ambil masa. Kemudian aku bincang dengan member yang tuan punya ofis tu, sebab nak buat usaha sama sikit. Diorang ajak kami buat program kat situ dan tolong dia promosi perniagaan dia. Menarik..!
Walau pun agak jauh dari lokasi rumah aku. Tapi, sebagai platform bagus jugak kan. Dan program tu akan benefit kepada dua belah pihak. Untuk permulaan mungkin dia bagi aku jalankan program secara percuma. Later on dia charge sikit. So, tengok macam mana. Aku kena draft dulu ala ala proposal untuk program tu. Banyak jugak dah yang aku draft.
Habis berbincang. Kitorang balik. Terus cari nasik bagai sebab da pukul 4 lebih masa tu. Sampai rumah dah 6 lebih. Rehat kejap mandikan anak-anak. Ada sorang kenalan lama aku call. Makcik tu dulu buat direct selling jus. Dia kata mudah yang itu. Ajak aku memang aku takmau la. Hari jumaat dia call nak cerita benda lain pulak.
Aku layankan aje. Dia kata nak jumpa semalam. So semalam dia call bawak upline dia. Later on baru aku tau dia buat direct selling company yang jual penapis air RO. Dia pesan suruh aku bawak air yang aku minum kat rumah sebab dia nak buat test.
Senyum je aku dengan shujin. Shujin habis appointment pukul 11 malam terus aku bertolak. Sampai kat kedai makan. Dia kata nak cerita peluang. Aku dengarkan aje lah. Aku tak ada masalah dengan direct selling. Pada aku direct selling lebih kurang je dengan mana mana bisnes. Kena usaha baru akan berjaya. Tak ada short cut. In fact maybe akan require lebih effort sebab kita tak macam kedai makan yang duk situ pun orang akan datang makan.
Cuma, apa yang aku tak berkenan pasal direct selling ni orangnya suka menayang kereta mewah. Maaf. Mungkin ada orang suka kereta mewah. Shujin suka jugak. Aku tak berkenan diorang jenis bergambar dengan kunci replika atau tepi kereta mewah untuk nak bagitau yang diorang tu dah kaya. Dan aku nakkan financial freedom sebab aku nak selalu ada dekat dengan anak-anak aku. So point deducted di situ.
If you have to tell others that you are rich, then you are not
Aku tau dah dia nak buat TDS test dengan electrolyte test. Nasib baik upline dia bijak sikit. Cuma still. Aku heran. They know that it may caused health issue. Tapi, dia still nak jual benda tu. Dan yang membuatkan aku memang deduct the whole point adalah apabila makcik tu kata "saya tak peduli pun pasal product, yang penting boleh buat duit".
Aku tanya. Apa cerita dengan bisnes jus dia. Dia kata yang tu tak boleh la. Upline tak cukup bantu dan upline just encourage untuk consume je tetiap bulan. Dan income tak stabil. Sebelum ni dia pernah join satu lagi company direct selling yang agak berjaya. Aku tanya jugak kenapa dia berenti. Dia kata, tak dapat duit pun buat. Aku tanya. Dia ada guna ke product company tu. Dia kata tak ada pun. Well. Aku rasa orang macam ni yang tainted the direct selling cum MLM business.
Trust me. MLM bukan pasal selling products. Its not even about cari orang. Yups. Ianya satu requirement. Sebab dalam networking business kita kena bina network. Tapi kalau you think MLM pasal jual barang, pasal cari orang. You will not sustain long in the business. So, makcik ni kuciwa la kot sebab aku pi bantai pulak penapis air RO tu.
Still. Yang aku paling tak boleh blah adalah. What she care is just about the money she can get. Sorry la. Aku memang mata duitan. But I have dignity. Aku takkan trade dignity aku promote something yang aku tau could harm others.
Habis dalam pukul 1 pagi. Aku balik. Pengsan terus.
Bangun pagi. Masuk toilet. Tengok tengok ada fresh blood. Perut tak rasa cramp. Tapi sengal jugak sikit. Aku still masuk kerja hari ni. Badan rasa tak larat gila. Aku malas lagi nak ambik MC. Petang nanti kalau masih bleeding aku pergi jumpa doktor ok.
Shujin dah kerisauan. Harap takde apa. Maybe aku letih sangat kot.
Gambar gambar aku share kendian. Tak sempat transfer lagi.
Daa
15 comments:
Rai.. sekarang in the early stage. Take care. Kena cukup tidur dan rehat. Ini kalau mak tahu mesti kena marah. At least kalau dah 5 bulan placenta dah kuat. Harap tak apa-apa.
Kakak pengguna dan ahli salah satu MLM product tapi tak rajin pulak nak menjualnya (ahli sebab nak beli murah sikit).
take care rai.. jgn keje kuat sgt. harap xde apa-apa..
take care zai....actually be4 danisha dulu aku gugur...then time pregnant danisha pun aku bleeding...tp alhamdulillah x apa2...take care..kene rest tu zai...
Rai... kenapa tunggu lagi? Alahai... pergilah jumpa doktor Dik oiii... :(
huiii... apa yg berlaku? Take care , take rest Rai... cek up doc ya!
tc yer. u pnt sgt kot tuh...
kuatkan semangat yerk.. tengok ramai yang berjaya... hari ahad memang terkejar2 kalau dah buat bendanikan...
belajar2 buat bisnes akak yea.. bagus2.. selamat maju jaya :-)
take care.. bisnes bisnes jugak kesihatan kena utamakan.. :)
take care kak..
eh, g lah jumpa doc.. sy lak yg risau... nanti balik kerja cpt2 g tau...
chaiyok2... kuatkan smgt , insyaAllah boleh
Moga rai xde apa2,cepat2lah jumpa doc.
saya buat part time demi anak-anak..makan gaji memang tak mencukupi..
rai, take care yer..
take care tau. rest kena cukup. okay... cakap macam baru nak dapat anak kan? hehehe... pernah kena bleeding dan doc suggest rest. okay tak ada la rest 100% pun cuma make rehat cukup dan tak stay up lama2.
Catat Ulasan