Assalamualaikum
Bukan semua Ayamas. Pengalaman huduh ni aku dapat dengan Ayamas di Kota Kemuning. Shujin memang tak berapa suka dengan Ayamas sini sebab bebudak yang kerja kat branch ni macam jenis tergagai. Orang utara tau kot maksud tergagai ni. Aku nak terang pun tak reti. Tapi kalau bahasa kawan-kawan aku masa sekolah dulu "bengong"
Jenis yang macam tak boleh harap. Berkejar kejaran dalam kedai. Bergurau sambil ada pelanggan. Tak hangin ko? Ok fine la takpe. Budak nak membesar. Takpe la kot.
First time shujin hangin sampai tinggi suara masa bulan puasa aritu. Shujin nak menyenangkan keja aku sebab kesian bini dia masak hari-hari. Konon taknak pegi Param. Sudahnya ke Ayamas. Boleh gitu? Hehehe.
Dalam pukul 6 lebih kitorang pegi. Bebudak tu kata ayam yang masak tu da habis. Kalau nak siap masak pukul 6.30. Aku still nak kena balik masak nasi. So, shujin hantar aku balik dulu. Dia pergi semula. Sampai sana bebudak tu kata ayam da habis! Next batch pukul 7 lebih pulak.
So shujin balik buat call. Order tu diorang buat penghantaran. Bukan FREE pun. Diorang cas tiga hengget. Takpe la. Dia kata lambat sikit sampainya sebab dah nak berbuka puasa. Shujin kata takpe lah. Dia pun faham. Tapi kalau boleh jangan lewat sangat sebab dia nak pegi masjid pulak solat terawikh.
Tunggu punya tunggu. Pukul 8:30 baru sampai. Dah la shujin pun dah kebuluran sebab tunggu ayam tu. Aku masak nasi dengan sayur sikit je. Sampai tu yang kitorang order dengan coupon budak tu cas sekali masuk receipt. Nasib baik aku yang sambut. Dah la budak tu cam lemau je. Aku tanya dia kata tak tau apa-apa. Yang ambik order dalam talian tu tak bagitau kitorang nak guna coupon tu pun! Henset nak call orang kat kedai pun takde.
Mintak pelempang tak?
Lepas tu shujin terus call kedai. Memula tu dia tanya elok elok lagi. Lepas tu bebudak yang angkat telefon tu masing-masing nak lepas tangan. Kejap orang lain, lepas tu pass kat orang lain. Tak hangin ko? Habis hilang separuh gak pahala pose shujin hari tu aku rasa. Punye lah dia mengamuk masa tu. Lastnya diorang hantar ayam yang patutnya FREE tu.
Sejak tu kitorang tak masak ayam. Sebab ayam mentah pun kitorang beli kat ayamas selama ni. Masa raya je beli ayam kat Kelantan nu. Balik dari sana tak makan ayam dah.
Semalam aku ajak shujin beli ayam. Shujin tanya. Nak ajak dia masuk ke. Aku kata tak payah la. Biar aku je handle.
Masuk tu aku terus pilih ayam dan letak kat kaunter. Harga ayam RM12.03.
Aku pun bayar RM20.10.
Kalau dia nak cas 3sen tu jadi 5sen maksudnya dia pulang kat aku RM8.05 la kan.
Bila dia pulang balik duit jadi RM7.90
Lepas tu dia kata dia takde duit 5sen.
Aku pun katalah. Aik. Kan bagi RM20.10 tadi. Aku tengok receipt. Dia kata yela. Tapi dia takde duit 5sen.
Aku kata. Cuba kira. RM20.10 tolak RM12.05. Kan ke bakinya RM8.05.
Budak tu blur. Lepas tu dia buat macam aku paksa dia bagi aku baki lebih. Muka still blur tak paham lagi.
Serius aku start hangin masa tu. Dah la muka sengih sengih. Langsung tak serius. Eii. Nak je aku tepuk dahi dia laju laju.
Simple calculation pun tak reti ke? Dah tau tak reti mengira tu key in la RM20.10 kat cash register tu.
Lepas tu aku malas nak tunggu. Takut aku tak sabar nak mencarut bagai. Aku ambik duit tu aku blah je. Dapat RM8 je balance.
Dalam kereta aku pun start la membebel. Shujin pun hangin sebab aku sedekah 10sen macam tu je. Aku kata awak dok kira sedekah 10sen tu. Tak kira aku hangin tengok muka budak tu.
Kalau tak sebab aku nak bagi anak-anak aku makan ayam memang takde la aku nak pegi ayamas tu. Masa tulis ni pun aku duk terbayang muka budak tu.
Arghh.. Hangin gila!!
Daa
8 comments:
aku adalah makhluk kurang sabar kalau bab customer servis
cth situasi
1-aku penah kena kat piza.lambat gila siap dan bila tanya mm2 alasan..bila dpt order aku tanya dia balik 'ni je?mcm buat dengan kaki pun ada'terus blah sambil buat muka
2-aku penah sound cashier sbb campak barang2 aku beli mcm nak marah.aku buat salah apa?last2 aku sound 'dik.ko kenapa?ada mslh jiwa ke?'
maaf..itu tabiat yang patut dicontohi
paling sakit ati jenis yng bergurau depan customer..
saya setakat buat muka masam je, malas nak panjang-panjangkan, bab marah-marah serah at hubby je
yamas ni fast food restoran gak eh? *sori tny soalan xcerdik sbb I x tahu hehe*
nice post suka kisahnya
hahaha... kalau husben saya mmg dia tepuk dah dahi budak tu. dia pantang kalau orang buat main2. cepat je nak hangin satu badan. kalau saya la, saya pulangkan je balik ayam tu. pegi beli kfc je la bagi mkn anak2 drpd sakit hati tengok ayamas tu. huhuhu...
Kita kadang-kadang memang rasa segan nak lawan balik orang kat kedai ni, tapi sampai satu masa kene gak tuntuk yg sememangnya hak kita kan.
ayams kena bagi kursus kira mengira utk staff dia diorang ni.. kena kat KA siaplah dia. napa rai x panggil manager dia hehehe
fuh.. akak pulak ter emo baca entry ni..
kalau kena kat akak, akak akan pangkah terus kedai tu, sanggup beli kat tempat lain (melainkan klu budak yg take order tu dah berhenti keje)
takpelah Rai.. jangan sampai teringat terkenang sudah.. ;)
Catat Ulasan