Rabu

Panduan bakal ibu - Breastfeeding

Assalamualaikum

Post dari Penyusuan Susu Ibu



Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

Nota kaki : Untuk bakal bakal ibu :D

Daa

15 comments:

beat berkata... [Reply]

betul ke org ckp susu ibu akan brtmbah kalau rjin mrnyusu?

Unknown berkata... [Reply]

duniafana,
betul.lagi banyak demand lagi banyak susu akan dihasilkan.konsep asas penyusuan.

Irfa berkata... [Reply]

kalau aku komen mesti ada yg kata 'senang la cakap sbb ko tak kena'
ye, mungkin aku bertuah sbb xde mslh takde susu tu.malas dgn rajin je

masa anak sulung aku susukan 3 bulan je sbb dia duk ngan mak mentua aku.jumpa 2hari sekali dan aku masa tu bodoh dan tak tahu yg susu tu boleh perah dan simpan.

dpt anak no2 aku tekad nak susu badan dan alhamdulillah..dapat susukan dia 2tahun 2bulan.tapi masa tu pun dah campur juga dgn susu formula bila waktu aku keje.

anak no3 paling untung..dia solid susu badan 8bulan dan aku siap perah dlm botol utk minum umah pengasuh.lepas tu aku dah mula malas..campur juga dgn susu formula tapi aku masih berjaya susu badan smpai umur 2 tahun 2bulan.

tapi..aku percaya,yang kata usaha itu pun sebenarnya tak bersungguh2.dulu dulu zaman takde susu formula,anak-anak yg katanya mak takde susu ni minum susu apa?aku penah dgr dan baca..setiap anak yg lahir dah dibekal susu melalui ibunya.maaf kalau aku silap

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
itu lah masalahnya.dan itulah yang aku cuba nak kata..tapi kalau kita kata lebih2 nanti dia kata kita ni menghina pulak..susah..sbb tu kalau ada orang cakap kat aku dia takde susu atau susu dia tak cukup aku senyum je. malas nak komen. takut nanti dia kata kita ni hina dia pulak..biarlah.pilihan masing2..

makchaq berkata... [Reply]

Anak2 makchaq semua bf.
Dulu2 (tahun 86) bf ni kira kampungan, ibu2 yang bekerja memang tak bf la, orang selalu terkejut bila makchaq kata anak tak minum fm, depa bf saja.

Masa zaman tu Dr, nurse, mak, kawan semua pun suruh bagi fm kononnya lebih banyak khasiat, tapi makchaq lebih suka bf sebab senang..
Pam yg mula2 makchaq guna harganya RM35 saja

mshazadoes berkata... [Reply]

dpt ilmu lagik...yeahh !!

MAY berkata... [Reply]

bl jmp kwn2..ade yg kat bagi susu FM sng...tp rmi yg bf.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai....anak k.atie yg bongsu tu paling lama menyusu badan,sampai usianya 4 tahun 1/2.Tu yg manjanya lbh!:D

DrFIO berkata... [Reply]

Good info Rai...
Dulu mmgs aya bg full breastfeed kat anak. Mmg kena byk bersabar tapi hasilnya sgt berbaloi. So, for this time jugak, saya plan nak bg fully breastfeed. InsyaAllah...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Masa kakak dulu (maklumlah anak sulung pun dah 16 tahun) jarang ada motivasi utk bf tapi kakak berpegang pada ajaran agama kita yg penyusuan bayi diberi sebagai satu tanggung-jawab yg Allah berikan. So walaupun kakak bekerja kakak pam. Tambah mudah sebab kakak kerja dlm bilik duduk sendiri siapa pun tak nampak.

p/s: Petua anak tak demam selepas kena injection. Sebelum masuk bilik doctor utk inject beri bf tapi kena sampai dia kenyang - insya-allah tak demam senang kan.

Anamarza berkata... [Reply]

Sokongan dari suami pentingkan, ada tu sebab suami tak sokong, dia jadi tak kuat nak susukan anak sepenuhnya dgn susu badan

Unknown berkata... [Reply]

sy setuju kak walaupun sy sendiri skrg pun ada malas2 sikit..hati kena kental demi anak2 kan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA hanya sempat BF dalam pantang bila keja dah campur .. seronoknyer kalau dapat BF anak lama2 ni kan rai

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai....memang menarik info ini boleh la di praktikkan pada bakal ibu2 semua...;)

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

seronok pulak baca entry penyusuan ni.. hihii...

a'aa org kurus xsemestinya xda susu.. sy ni, org duk ckp kurus.. tp mmg kurus pun.. bygkan sblm ni, tinggi sy 163 or 165 cm tapi berat hanya 42kg.. mmg sgt kurus..

tp susu ada je... lgpun sy bg alisha minum direct.. tu yg senang sikit..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com