Isnin

Nak nanges!

Assalamualaikum

Awal pagi..sedih nak tinggalkan Damia yang masih lena dibuai mimpi. Sebelum tu dia dah terbangun masa aku bangun nak bersiap. Bangun bangun terus mintak air laici. Nak gelak pun ada. Aku kata air laici tak ada, air kosong ada la. Akur minum, lalu terus sambung tidur.

Abang pulak. Masa aku tengah bersarapan dengan shujin dah bangun. Aku pesan supaya jaga adik, jangan bergaduh, makan etc etc. Hari ni budak berdua tu aku tinggalkan dengan sepupu shujin. Harap harap Damia tak bangun menangis bila aku tak ada. Dari semalam dia dah memujuk supaya aku tak payah pergi kerja sebab "adik nak ibu". Haih.. Jangan la buat ibu sayu macam tu anak-anak.. Mujur dengan Aqil tak ada episod tangisan. Dah makin besar bujang seorang ni. Maklumlah. Tak lama lagi nak cukup 4 tahun tahun Masihi. Kalau diikutkan kalendar hijrah memang dah cukup 4 tahun. :D

Sampai ofis. Mati senyuman dan angan angan nak bermood cuti lagi. Timbunan kertas yang mintak perhatian seakan nak mengundang air mata. Macam mana nak siapkan 2 minggu punya kerja dalam masa 4 hari tanpa perlu OT? Sebab tu aku tak suka cuti panjang. Orang kata bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Kes aku, sebelum nak cuti pun susah, da lepas cuti bertambah parah. Shujin kata minggu ni kerja 3 hari je. Aku kata. Harap-harap kerja 4 hari sebab aku takut tak sempat siap T_T 

Maaf. Belum ada gambar raya. Belum update cerita raya. Belum dapat berziarah ke laman rakan rakan semua.

Insya allah. Selesai ujian ni aku kembali aktif.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.

Nota kaki : Macam sopan je entry lepas raya ni kan. Hahaha.

Daa

11 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Selamat hari raya Rai.

Semoga segalanya berjalan lancar. :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rasanya rata-rata yg naik kerja hari ini memang busy. Sebab kita cuti yg bukan Islam tak cuti (ekonomi kita pulak mereka yg pegang) itu yg menimbun je dalam tray in. Out dah kosongkan masa nak bercuti kan...

Kita merempit kat office sekarang Rai. Kalau tak siap bawa balik anak buat kerja sekolah kita buat kerja kita...

Irfa berkata... [Reply]

10 hari punya keje menunggu tapi aku buat tak pandang.selamba kodok up 2 entri kat blog/huhu

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Salam Lebaran....mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap selama ini...

PSSS....sama sama la kite menyiapkan kerja....rietta punya tarikh akhir adalah esok...2 hariii jew....

Anamarza berkata... [Reply]

salam syawal rai, tak pa slow2 jgn terus stress kan diri tak terbuat pulak hihi

Tanpa Nama berkata... [Reply]

moga dipermudahkan ye rai, KA pown naik juling bijik mata tgk keja yn disiapkan sebelum hjg minnggu ni, tapi sebab dah biasa, redah ajelah ye

mummY daniSha berkata... [Reply]

apa2 pun take care ye zai!

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

Ujie Othman berkata... [Reply]

saya pun baru start bw..
takpe rai, dulukan yg utama..kerja.

wahida berkata... [Reply]

sabo ye dear...

semoga keje ko dapat dibereskan...

Mak Wardah berkata... [Reply]

Rai, sabar. Inilah pengorbanan ibu berkerjaya seperti kita...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com