Rabu

Vitamin Supplement Baik atau tidak - Intro panjang kemain

Assalamualaikum

Menunaikan janji janji manisku pasal entry perdebatan tentang fakta yang mengelirukan mengenai vitamin supplement. Baik ke tidak sebenarnya. First of all, tolak tepi tentang kajian tentang siapa yang support kajian baik/buruk supplement tu. Sebab biasalah kan, drugs industry dipercayai susah nak survive kalau majority umat manusia benar benar faham tentang vitamin dan diet (not necessarily supplement) So ada belief yang kata people dari drugs industry hired not-so-independent researcher untuk buat satu research yang bakal menunjukkan keburukan vitamin supplement. Ini kerana, bila kita faham betul tentang vitamin mineral, fungsinya dan pengambilannya, terlalu ramai orang yang sihat dan drugs industry tak boleh nak jual ubat. Tapi bukan senang nak educate orang kan. Ramai yang lebih percaya ubat dari pengambilan makanan seimbang.

Baiklah. Back to the topic. Pengambilan diet yang seimbang memang penting. Tapi baik ke kalau kita ambik vitamin tambahan dalam bentuk tablet/cecair? Bukan ke lebih baik kalau kita dapat nutrisi dari pemakanan yang sihat dan seimbang.

Banyak kajian yang menyokong bahawa pengambilan vitamin supplement ini baik untuk kesihatan memandangkan adalah amat sukar kita nak meet keperluan vitamin dan mineral harian hanya dengan melalui diet disebabkan oleh habit pemakanan yang tak sihat dan juga kerana kandungan nutrisi dalam makanan pada masa ini tidak lagi sebanyak nutrisi yang dibekalkan oleh makanan yang sama pada jumlah yang sama 50 tahun dulu. Oleh itu, WHO menyarankan pengambilan vitamin dan mineral tambahan bagi mengisi kekurangan daripada diet. (Average rakyat Malaysia makan 5 hidangan sayur dan buah setiap hari kurang dari 5%!)

Walau pun banyak vitamin dan supplement tambahan pada hari ini dipasarkan dengan cara seolah olah ianya adalah satu ubat. Sebenarnya kaedah pemasaran yang seperti ini adalah satu kesalahan mengikut undang undang. Bukan nak kata statement tu salah. Sebab pada masa ini, kebanyakan dari kita sakit kerana masalah kekurangan nutrisi. Contohnya, masalah lebihan gula dalam darah (diabetes) adalah gabungan kekurangan beberapa jenis vitamin seperti B complex, protein, kromium etc. Vitamin B complex adalah vitamin larut air yang perlu sentiasa di top up. Pada zaman dulu, tok nenek kita makan beras yang tidak menjalani proses refining yang kaya dengan serat dan vitamin B. Vitamin B inilah yang membantu proses menukarkan glukos menjadi tenaga. Pada hari ini, ramai orang makan nasi putih yang kurang atau hamper tiada vitamin B. Makan banyak pulak tu! Dalam jangkamasa panjang, menyebabkan kekurangan yang kronik dan badan akan menghadapi masalah untuk menukarkan glukos menjadi tenaga.

Satu lagi contoh paling senang yang berlaku pada aku, kaki selalu lenguh dan kejang. Bila makan calcium tablet elok pulak. Maksudnya kurang kalsium la tu :P Dasar minum susu pun celam celop.

So walau pun supplement ni tak berfungsi macam ubat makan makan terus baik, tapi sebenarnya ia membantu memulihkan fungsi badan kita bagi yang ada masalah kesihatanlah. Kalau tak ada just untuk maintain kesihatan ke tahap yang optima.

Beza ubat dan supplement
Ubat akan betulkan symptom, kalau kita sakit kepala dia akan hilangkan sakit kepala. Tapi kalau punca sakit kepala tu sebab angin dalam perut, angin tu tetap takkan baik. Kalau kencing manis, ia akan control gula dalam darah dengan tambah jumlah insulin yang dihasilkan, tapi kena sentiasa makan ubat sebab ia tak baiki masalah insulin resistance badan orang tu

Supplement akan bagi nutrisi pada tubuh supaya badan kita dapat menjalankan fungsi normal tubuh dengan baik. Proses ni akan ambil masa tetapi ia akan baiki root cause tersebut. Baiknya adalah supplement biasanya tiada kesan sampingan macam ubat.

So kat sini aku harap pembaca boleh faham betapa pentingnya tubuh kita dapat nutrisi lengkap dan seimbang dan masalah kita adalah makanan yang kita makan setiap hari tak dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk badan kita menjalankan fungsi dengan normal. Di samping sedikit sebanyak sebab kenapa supplement itu perlu.

To be continue..

Daa

13 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tarik nafas 2 - 3 kali baca ..neway gd info

Prettywrite berkata... [Reply]

tak penah lg ambik supplement ni..teringin tp tak tahu supplement gapo hok molek..pastu takut terbiasa jd nak bergantung ngan supplement jer..huhu..tp yna suka makan buah ngan sayur n ulam..ok la tu kot..haha

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Awak mengingatkan sy tentang movie LOVE AND OTHER DRUGS. Realiti dunia bisnes farmasi.

=D

aizamia3 berkata... [Reply]

nak share entry ni dengan geng kat umah.. ;)

wahida berkata... [Reply]

aku tak amek apa2 supplement...huhu...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

haah....ramai yang xpaham....rietta sndiri pown kurang paham....

Mulan berkata... [Reply]

amik jgk supplement ikut orang.. tapi 30 biji tu guna 4 bulan sbb mmg jenis culas2..

susu mmg kena tapi kalo minum byk perut naik angin.. sgt geram.. taip teguk jgk.. susu kasi gemuk tp aiman tak kisah... sbb aiman kena minum.. hehe...

Unknown berkata... [Reply]

kesuma,
welcome~

yana,
itu salah faham sebenarnya..supplement adalah additional to healthy diet.. so bergantung pada supplement tak sepatutnya berlaku :D

Fara,
alamak cite apa tu? tak pernah tengok..best tak?

Unknown berkata... [Reply]

aizamia,
sila sila..

wahida,
kalau dah ambik healthy diet tak kisah kalau tak ambik pun..

rietta,
insya allah..cuba belajar dan baca sikit sikit..utk kita jugak..

Unknown berkata... [Reply]

kak mulan,
ehehe..nak makan kena istiqamah jugak..kalau tak mungkin tak nampak desired affect tu..

susu saya ni kureng sikit..bila husband buatkan baru minum..ngelat.. haha..

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya amik gak supplement..sbb tak suka mkn sayur.

Ada gak skrg ni supplement smpai beribu rm..mmg tak layanlah.

mummY daniSha berkata... [Reply]

yess...setuju =)

Unknown berkata... [Reply]

ujie,
waiii..supplement apa sampai beribu tu??

mas,
kan kan...hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com