Selasa

Resepi donat pintal super lembut

Assalamualaikum

Tetiba anak-anak merengek nak makan donat. Ni sebenarnya aku buat sabtu pagi aritu. Aku uli siap. Bila nak bentuk bentukkan tu satu family buat. Shujin tolong goreng. Aqil dengan Damia syok sebab dapat main macam buat playdoh. Yang bestnya Damia siap test bite tepung belum masak. Ish ish. Macam ikan jerung main test bite test bite budak ni.
Rupa tak seragam
Cara memintalnya sama macam jalin rambut tu. Kalau nak tengok step by step boleh tengok kat blog Kak Nor secubit garam. Tapi sori la. Aku tak ingat entry mana satu. Resepinya pulak aku tengok kat Myresepi (resepi Sky kalau tak silap), tapi adjust sesuka hati. (Typical pompuan suka salin resepi tapi tak suka ikut resepi :P) Tapi Alhamdulillah lembut.

Bahan-bahan
4 setengah cawan tepung roti (aku guna blue key)
2 biji telur
3 setengah sudu kecil yis
Air suam secukupnya
3 sudu shortening (boleh ganti dengan marjerin/butter)
3 sudu butter
Satu sudu besar susu tepung
Sedikit garam
Setengah cawan gula
1 sudu kecil double action bread improver (tak masuk pun takpe..)

Kaedah membuatnya
Gaul tepung, gula, garam, yis dan susu tepung sebati.
Masukkan telur. Gaul sebati.
Tambah air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan.
Letak shortening dan butter. Uli sampai adunan betul betul licin. Sebab aku uli dengan tangan tak larat nak bergomol beria ria dengan tepung tu. Aku bahagikan kepada beberapa bahagian dan uli sampai licin baru gabung balik.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda atau sejam.
Buang angin. Tumbuk tumbuk (bagus buat roti kalau tengah stress kan :P)
Lepas tu bentuk bentukkan sesuka hati. Aritu kitorang buat bentuk macam macam. Huruf A, bentuk bintang, pintal, bulat, bentuk donat klasik. Yang lain aku tak ambik gambarnya. Tak sempat :P


Bajet cam expert da kan dok adjust resepi sesuka hati. Gedik..

Daa

15 comments:

Ujie berkata... [Reply]

Tak terfikir pulak ada donut pintal gini..kenyang mkn sbb mesti besar dr donut bulat kan..

Bagus la rai..saya tak penah try buat pun.

Lawa Collections✿ berkata... [Reply]

rasa teringin pulak nak mkn donut... nampak sedap..

Anamarza berkata... [Reply]

suka juga adjust resepi orang..hihi yang tak perlu letak...letak, yang patut letak tak letak :)

Kesuma Angsana berkata... [Reply]

best2 KA suka ni!

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

sejak donut kakna buat keras belentung beberapa taun lalu....memang dah tak penah buat lagi pastu...serik...takut tak jadi kihkihkih

ieja amieja berkata... [Reply]

salam ..lama x singgah cni..
ank2 sy pun suka gak mkn kue donat..lama dah x buat..

ShimaSalleh berkata... [Reply]

Nyum nyum! gebuss aje.. shima pu sukaaaa donat! tp yg org buat la psl yg buat sendiri biasa tak berapa nk jadi hikhik

Munnafendy berkata... [Reply]

seronoknya buat sama2 ngan somi n anak.mesti meriah je dapur kan? :)

Rai berkata... [Reply]

ujie,
haah..besar la dari donat bulat..

lawa,
sila sila..tak sesedap donat jco. tapi sedap la :P

ana,
haha..tu la kan..da kerap memasak kuih2 ni berani la sikit nak adjust..kalau tak ikut gak..

Rai berkata... [Reply]

KA,
saya pun suka..

Kak ana,
awal awal buat dulu pun keras gak.. tapi husband saya layankan aje keras pun..dia tolong perabih.. ni da biasa buat da lembut da..hehe

ieja,
saya pun tunggu diorang request baru buat..

Rai berkata... [Reply]

shima,
saya pun sukaaa..tapi malas nak buat jugak..ni pun bebudak tu request..kesian..buat la jugak..

munna,
aha..penuh tepung sana sini...

Kakzakie berkata... [Reply]

Kakak bayangkan macam kat Domino tu Rai cuma yg ini Rai tabur dgn gula tu jadi Donut pintal... sedap nie:)

Daddy Ziyyad berkata... [Reply]

buat buka puasa sedap neh..;)

Rai berkata... [Reply]

kak zakie,
rupanya tu ada lah sikit..tapi rasanya tu domino pizza sedap lagi kot..hehe..

daddy zz,
aah..kalau rasa2 tak sempat buat frozen siap2..nak berbuka tinggal goreng je..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

xreti nak pintal.. pnh try.. hihii

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com