Selasa

Info tambahan tentang krim pelindung matahari

Assalamualaikum

 

Bagi yang belum baca tentang krim pelindung matahari aka sunscreen

 

Mungkin ada yang ingat krim pelindung matahari adalah untuk melindungi kulit dari jeragat dan tone kulit tak sekata semata mata. Tapi sebenarnya sinar UV menyebabkan damage yang sangat besar pada kulit. Orang ramai ingat SPF tinggi je penting (melindungi dari UVB) tapi sebenarnya kajian baru baru ni menunjukkan UVA menyebabkan damage yang lebih besar pada kulit sebab ianya penetrate lebih cepat dan jauh ke dalam sel dan contribute kepada penyebab kedutan dan kanser kulit. So kena belek jugak PA+ dalam suncreen tu ada banyak mana. Cari yang PA+++ kalau boleh. Senang cerita SPF20, PA+++ lebih baik dari SPF50 dengan PA+ saja.

 

Ini kebanyakan pakar percaya yang damage ke atas kulit yang disebabkan oleh UVB lebih superficial (damage Cuma on the surface). Macam jeragat, tone kulit tak sekata dan yang nampak jelas dalam masa yang singkat macam kesan kulit terbakar. Bukan tak penting SPF tu. Kalau jenis banyak kena cahaya matahari boleh la consider SPF tinggi, contoh macam kalau nak ke pasar tani atau ke pantai. Tapi kalau untuk harian cukup dengan SPF belas belas ke SPF 20 plus sikit.

 

Tapi, macam supplement. Benda benda macam ni terpulang pada individu. Ada orang kata (aku pun kata gak dulu), ala kalau dah tua tu kedut gak. Hehehe. Tapi skang ni aku rasa bila aku reunion dengan kawan-kawan sekolah masa umur 40+ nanti aku nak nampak paling muda bergetah kurang kedut dalam gambar tu, walau pun anak da 2-3 orang. Hahaha..

 

So cabaran aku bermula 2-3 tahun sebelum masuk umur 30 ni. Hihihi.

 

Nota kaki : Harus difahami, menjadi perempuan..kita bukan taknak kedut. Kedut memang adalah proses yang akan berlaku seiring dengan usia. Cuma mengurangkan dan melambatkan proses nampak kedut tu. Sebab kalau tak protect, kulit umur 30 boleh nampak macam kulit orang umur 50 tahun.

 

Daa

10 comments:

aizamia3 berkata... [Reply]

dah lama tak berjemur kat tepi pantai.. supplement tu, ikut pada empunya badan..

psstt: boleh geng dengan dak Kakak bab makan udang ni..

mummY daniSha berkata... [Reply]

huuuu..ngeri pulak dgr kulit 30 jadik 50 taun huuu....dah tua kite kan zai...cam x caya jek huhu

Unknown berkata... [Reply]

Daku tak pakai la krim pelindung huhuhu..
Dok berlindung dlm rumah aje kann ^__^

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

a'aa betoi tu.. kita sekadar nak melambatkan proses kedutan tu.. :-)

sekadar satu coretan berkata... [Reply]

Alamakk..kakain ni kalau diperhatikan mcm ada jer tanda2 nk kearah tuu...redha jer laa...

Mulan berkata... [Reply]

camna la i yg duduk tepi pantai ni.. kulit dah nipis terik hehee... pakai krim yg ada spf kalo kluar je.. kalo kluar je tu pon kalo rajin pakai.. ber-line2 dah kulit muka.. redha je tak kira kulit camna sbb dah bersiri2 umurnya.. hehehe...

Yaya Azura berkata... [Reply]

nak beli pelindung UV jenis lain,,tp bila masuk farmasi macam-macma dorang kempen.sampai lupa nak beli apa..hihi..rai..PA tu short form utk apa ye?..amalkan protein and vit e+silenium utk keremajaan kulit..ecece..hihi

Unknown berkata... [Reply]

aizamia,
psstt..harap2 boleh jumpa geng udang ni weekend ni kan...hahaha..

mas,
eh tua? mana ada mas...wakakaka..

shima,
mana boleh..keluar sidai baju kan.. hehehe...

Unknown berkata... [Reply]

intanberlian,
kann..bukan menidakkan tua..hihi..

ainnoraini,
kalau tuan punya badan redha takpe la..hehe..

kak mulan,
aah ek..kat tepi pantai lagi terik matahari..

Unknown berkata... [Reply]

yaya,
hehehe..kena kuat semangat ni bila masuk farmasi..hehe..PA tu protection grade of the UVA filter.. lagi banyak + nya lagi tinggi grade filter..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com