Assalamualaikum
Berita semalam 2.6 juta rakyat
KUALA LUMPUR 22 Jun - Bilangan penghidap diabetes di negara ini semakin membimbangkan dengan peningkatan 31 peratus dalam tempoh hanya lima tahun, meskipun pelbagai usaha menanganinya telah dijalankan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peningkatan itu begitu drastik jika dibandingkan pada 2006 iaitu hanya 11.6 peratus penghidap bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas."Ini menjadikan 2.6 juta penduduk
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan Ke Arah Pencegahan dan Pengawalan diabetes yang lebih baik.
Turut hadir Presiden Persatuan Diabetes
Hasan berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes di kalangan penduduk Malaysia adalah berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok serta tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.
"Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap dan berkala serta mendapatkan rawatan serta penjagaan sewajarnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat umum dan sektor swasta supaya membantu kementerian dalam menjayakan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dengan mempromosikan kempen
Sementara itu, Ikram Shah berkata, diabetes seharusnya dianggap sebagai isu sosial serta ekonomi dan bukan terhad kepada isu kesihatan sahaja.
"Masyarakat perlu sedar mengenai bahaya penyakit ini yang semakin meningkat dari hari ke hari," ujarnya.
Justeru kata beliau, semua pihak perlu mengambil bahagian mempromosikan kesedaran mengenai diabetes bagi mengurangkan jumlah penghidapnya dalam kalangan penduduk
Cegah sebelum parah.. Jom amalkan
Semalam dalam entry Vitamin Supplement Baik atau Buruk tu Kak Aziela ada komen yang kadang-kadang kita tak tau nak pilih vitamin supplement yang ikut pemakanan dan lifestyle kita. Actually, ada cara untuk tahu. Weekend ni ada event kat PJ, kat satu section tu ada mesin akan ditanya tentang habit dan lifestyle kita. Dari situ akan keluar result vitamin dan mineral apa yang kita perlukan (secara general, vitamin dan mineral utama) Insya allah aku ingat nak pegi. Kalau ada yang merewang kat situ nak
Sebenarnya tujuan asal aku nak merewang ke
Daa
14 comments:
Yang paling malas kakcik nak buat adalah bersenam! :(
takutnya bila baca.. kdg makan x ingat dunia jugak.. pasttu malas bersenam.. adeh la.. kena ubah nih..
memang menakutkan... kena berubah.. berubah...
assalamualaikum Rai...kenalah berhati2 dgn penggunaan gula yg berlebihan ni...:)
Kat ne event tu?
kakcik,
saya pun tenggelam timbul kak.. bila badan sakit sakit baru ingat nak bersenam..ehehe..
ct rohani,
jom jom...
kak zila,
jommm~
kak mas,
bukan gula je kak..processed refined carbohydrate semua kena kurang kurangkan..
fara,
area digital mall..nanti saya email..
salam kenal...nauzubillahiminzaligh..memang tak sedap minum yg kurang manis ni mmm..terpaksa kurangkan...
Beh nya mixer tuh. Cantik kalernya.
Jumlah yg menakutkan tuh.. Makcik shima salah seorg drnya. Klu malas bersenam mcm shima ni memula sekali elak air bergas, ais2, makanan segera. Byk minum air msk aje dan msk sendiri di rumah.
Tipulah kan klu tak teringin nk mkn fastfood, kek, cekelat.. Tp kurangkan. Dlm setahun sekali tu dah cukup baik. Sbb suami org kg, tak minat segala fastfood ni, mempengaruhi shima jgk...
Huiii pjg nya daku ngomelll
^_^
mencegah lebih baik dari merawat... :)
blogwalk pon bersenam kan?
memang ramai dapat penyakit tu..masalahnya ramai yang tak cegah..bila penyakit datang baru nak ubat..susahlahkan..
saya antaranya keturunan n kena waktu alst preggie dulu but alhamdullilah under control selalu betwen 4 - 7 je bacaan!
Boleh cuba supplemen herba ini yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Catat Ulasan