Assalamualaikum
Pernah dah aku highlight yang aku paling menyampah, meluat dengan golongan yang menggunakan agama untuk menipu orang lain. Lantak la nak kata aku ni tak Islamic ke apa ke. Yang pasti penipu tetap penipu.
Kaedah ini bukan baru. Still ramai lagi yang akan tertipu dan terus ditipu. Ini adalah keratan akhbar Metr* muka depan.
Kononnya air yang tidak dibacakan ayat suci Al-Quran molekulnya seperti sebelah kanan. Dan apabila sudah dibacakan molekulnya jadi macam sebelah kiri yang sangat cantik. Bagi yang bengap tak pernah belajar sains. Yang belah kanan tu bukan gambar molekul air. Yang itu adalah struktur Kristal ais. Bukan air. Dan tak perlu susah payah nak bayar RM4.50 untuk dapatkan air yang mempunyai molekul macam tu. Cuma perlu masukkan air dalam freezer. Atau pun kalau ada duit lebih boleh pergi tengok salji.
Contoh crystal ais..sumber Bing.com
Siapa PEKIDA ni? Dari mana dia dapat lesen untuk menipu orang dengan cara macam ni. Sungguh memalukan. Entah entah yang konon dibacakan al-quran tu pun Cuma gunakan CD player je. Ye lah..kalau nak jual 7000 botol habis air liur ostad nak baca quran. Ni belum lagi kisah susu tepung dibacakan 30 juzuk alquran. Hampeh gila!
Nota kaki : Daripada duk bayar RM4.50 untuk entah apa-apa. Baik baca sendiri Quran. Pahala pun dapat. Insya allah Allah akan bantu untuk sembuhkan penyakit. Daripada duk percaya benda cam ni.
Daa
12 comments:
terbaek ;)
haha rasa2 tau nih :))
Pokok pangkal hati!
Setuju sesangat. Kismis doa...air mineral doa kan lebih afdal doakan je sendirik. Lepas solat ambik air atau kismis nak best sikit coklat or buah epal baca je Yassin. Lebih mustajab kalau mak/bapak buat sendiri untuk anak2. Bukankah doa ibu bapa itu makbul?
Kakcik pun ada perkatakan hal ini dengan suami bila baca keratan akhbar tu. Ayat Qur'an tu memang tak boleh dipersoalkan keberkatannya, tapi janganlah digunakan untuk tujuan 'songsang' begitu. :(
taksub sgt ler tuh...
pekida yg ni ke zai?
https://www.facebook.com/pekidamalaysia
salam rai..betul kata rai..baca sendiri..hati kita pasti..
ish3..nih laa yg di katakan duania akhir zaman nih..
Suami shima lagi anti... Benda2 yg Rasulullah amalkan semua mahal. Cth habbatus sauda.. Jual mahal2..
nota kaki tu saya setuju~keh keh~~
mas,
ye kot yang tu..
setuju 100%
Catat Ulasan