Jumaat

Gambar - Mengenang 2 tahun

Assalamualaikum

 

Amaran! Entry super panjang berjela dengan gambar lama lama dengan kualiti tak setaraf DSLR...

 

Nurul Atiqah Damia dilahirkan pada pukul 2:34 pagi, Hospital Serdang selepas lebih 12 jam aku menanggung kesakitan dek kerana 2 kali di induce kerana air ketuban kurang (Masa nak melahirkan abang pun masalahnya sama) Shujin setia menemani di labour room sejak dari pukul 11 malam ketika aku dimasukkan. Setiap kali contraction, aku rasa macam nak berguling-guling (memang guling pun..hihi). Walau pun dah di cucuk ubat pada punggung dan diberikan gas bagi mengurangkan kesakitan. Masih lagi terasa kesakitannya. Dahsyat ye sakit bersalin..wahai para suami :D

 

Sebenarnya ini pertama kali aku melahirkan secara normal. Aqil dilahirkan secara pembedahan. Seingat aku, contraction memang sangat menyakitkan. Tapi kalau ditanya macam mana sakitnya. Aku tak tau nak jawab. Dah tak ingat.

Masa ni ok lagi ada tilam. Petang dengan malam tilam pun kena rampas..huhu..

Sebaik dilahirkan, aku dibenarkan keluar wad pada hari yang sama pukul 4:30 petang. Kami terus bertolak pulang ke Johor dan esoknya jururawat kampong datang ke rumah untuk buat check. Memandangkan Adik sedikit "kuning" dinasihatkan buat pemeriksaan dan seterusnya ditahan di wad bayi Hospital Kota Tinggi. Kami berkampung di wad. Shujin dan abang berkampung di parking lot hospital. Cuma hari pertama bacaannya tinggi, hari kedua dah turun ke tahap hampir normal. Tetapi oleh kerana penurunan terlalu mendadak, kami disuruh tinggal sehari lagi.

Budak ini sampai sekarang pun suka tidur di bibir tilam..

Bermula lah episode perjalanan aku ber "tandem nursing" dua beradik tu. Hasilnya. Kedua mereka sangat rapat. Dan Aqil menjadi abang yang sangat penyayang.

Senyum manis tak ada gigi..masa ni dahi comel lagi

Tertidur keletihan setelah hilang banyak darah..kisah rabu berdarah

Masa adik sakit, abang taknak berenggang langsung..

Esoknya dah boleh makan kepokk..

Beraya dengan dahi bertampal

Kesayangan abang..

Tidur bersama

Main bersama (psstt..kesayangan mamak diorang ni..hahaha)

Comot dia sajaa..

Eh comot pun bersama..dilarang berkali kali degil jugak..makan tepung kek yang mentah sebaik ibu abis putar adunan

Baca buku bersama

Adik yang kuat makan..ini bawang goreng tepung ya..

Kuat tido..actually senang tido..nasib baik tak jadi apa..

Kuat menangis (mak dia pulak kuat mengacau)

Suka bergaya..topi abang punya pun nak dilaram

Semakin comel

Persis model (ibu perasan..maafkan daku.. :P)

Esok tamatlah breastfeeding journey aku selama 3 tahun lebih..Aqil selama 3 tahun (dah stop tahun lepas). Atiqah lengkap dua tahun. Banyak suka dan duka. Abang semakin penyayang. Sungguh pun Adik tengah melalui zaman rebelnya. Pantang tak kena tangan laju je nak melepuk. Nak bergurau gigit sakit bukan main abang digigitnya. Sampai menangis. Abang tetap sabar. Paling tidak dia mengadu sakit. Katanya "abang tak boleh pupuk (pukul) adik. Ibu je boleh (pukul adik)"

 

Adik pulak dengan petahnya. Bila dipanggil panggil dia menjawab "apa lagii??" dengan nada macam orang tua fed up. Jawapannya tak disangka sangka. Macam mana lah ayahnya tak kalah (ibu pun sama). Selalu terlepas dari hukuman walau pun buat kesalahan (pukul gigit abang)

Akhir sekali..teka ini siapa? Abaikan background yang bersepah sepah tu ye. Hihi..Masa ni enam bulan

Sorry..gambar ulangan yang panjang..Rindu bila kenang balik masa diorang ni kecik lagi..

 

Happy birthday Nurul Atiqah Damia. Jangan noti noti.. Taat pada Allah, ayah dan ibu ok.

 

Daa

22 comments:

nazayiena berkata... [Reply]

Hepi besday buat Atiqah,semoga jadi anak yg solehah.
Si abg plk budak baik sbb selalu mengalah dgn adiknya.
Salam kenal dr kak Nurul dan dah follow sini dulu.

Unknown berkata... [Reply]

salam kenal kak nurul,
thanks singgah sini..aah..insya allah..macam tu lah yang kita harapkan sebagai ibu kan....

sisdee berkata... [Reply]

happy bday atiqah...budak cute miut..smoga mjadi anak yg solehah...untung abg syg ;)

yatie chomeyl berkata... [Reply]

eh baru 2 tahun ke dia? nampak mcm dh besar... i tot she's older than SN

mummY daniSha berkata... [Reply]

hepi besday cute lil gurl!untungnye abg sayang tau...mak pulak suke kaco ye...mak ko ni memang noti sejak sek dulu hahhhahaaha....=p

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Selamat hari lahir Nurul Atiqah Damia. jadi anak yang dan adik yang baik dan solehah nanti ya. :)

Acik Erna berkata... [Reply]

Happy Birthday Atiqah..
acik suka n3 bergambar ni..suka dapat tengok gambar2 atiqah ni

Unknown berkata... [Reply]

happy birthday atikah

wahhhhhhhhhhh.. ayu suka baca entry ini. rasa rapat gitu.
tahniah Rai, awak bjaya bagi susu pada anak2 mgikut waktu yang sangat2 disarankan oleh para doktor..

tahniah sekali lagi

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mesti kau rasa, pejam celik pejam celik... eh, anak aku dah besar? lepas tu.. hmm, dah masuk sekolah.

ini bermakna, kehadiran mereka sentiasa menggembirakan jauh melebihi bau busuk berak kencing, bising tangis, kotor dan sepahnya rumah, atau keletihan berjaga malam.

memang berbaloi-baloi...

aizamia3 berkata... [Reply]

selamat hari lahir Atiqah.. moga menjadi anak yang solehah dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)


psstt: bila tengok balik gambar anak2 masa dorang baby.. tapi takpe sebab akak dah ada new baby.. si dak Nuha.. ;)

Zul fattah berkata... [Reply]

Slamat hari lahir Atiqah.. dengar cakap mak dgan abah ye.. jangan nakal2.. hehe

ok dah tahu sebab ape, kpala atiqah bertambal tu.. huhu

Zul fattah berkata... [Reply]

Slamat hari lahir Atiqah.. dengar cakap mak dgan abah ye.. jangan nakal2.. hehe

ok dah tahu sebab ape, kpala atiqah bertambal tu.. huhu

Iklancoffee berkata... [Reply]

Kekal Untung Dalam Trading Forex - Trading Automatik - http://bit.ly/LcE76W


Kuasai Pemasaran FaceBook Automatik 24 Jam Sehari Menggunakan Kuasa Robot - http://bit.ly/KfXnWt


Info Kelebihan Perlaburan Dengan Emas Dan Perak Disini - http://bit.ly/MRarCg


Pendedahan Rahsia Perniagaan, Lengkap Dengan Teknik Pemasaran dan Resipi Rahsia Untuk Menjana Pendapatan Dengan Kuih Raya - http://bit.ly/KDe2De


Atasi masalah-masalah utama menggunakan PayPal dan automatikkan perniagaan Internet anda. Rahsia PayPal terbongkar dengan panduan video eksklusif. - http://bit.ly/KDmQJ5


Ketahui Rahsia serta Teknik Praktikal dan Berkesan Untuk Menguasai Bahasa Arab. - http://bit.ly/K5a0Ch


Strategi pemasaran emel dan teknik menjana duit online secara automatik melalui autresponder dan email marketing - http://bit.ly/MlFYdc


Panduan Pembuatan Dan Perniagaan Cupcake Dari Rumah - http://bit.ly/MnnZmC

Dkna Abza berkata... [Reply]

suka tengok dia tidur kat katil tu haa..

Unknown berkata... [Reply]

happy birthday utk Atiqah...semoga membesar dengan sihat...amin..

Asmara berkata... [Reply]

eh tu gmbr shujin ke? hehe..
selamat ulangtahun Atiqah semoga terus sihat membesar dengan sempurna dan diberi kesihatan yg baik. InsyaAllah..

Mulan berkata... [Reply]

happy birthday darling atiqah..

lain anak lain sejarah diorang kan.. macam2 hal yg buat kita tersenyum bila ingat semua tu...

Prettywrite berkata... [Reply]

Happy birthday budak mata beshor..hehe..

Yaya Azura berkata... [Reply]

Happy birthday Nurul Atiqah Damia
semoga sihat sentiasa..jadi anak solehah dan pintar..
tak sangka abang begitu mengalah dengan adik..pic last tu pic abang kan?

lieynanilaz berkata... [Reply]

Happy birthday to Atiqah...

puas layan gambar2 diorang..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Hepi Bday Damia....

sukanya tegk....cute.....

ct rahani berkata... [Reply]

hepi birthday jugak utk atiqah yg comel.. :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com