Selasa

Cikgu cikgu mak bapak sila ambil perhatian

Assalamualaikum

 

Mungkin ini akibatnya kalau TV dan suratkhabar asyik tayang kisah meliwat. Movie berunsurkan lucah, homoseksual dan masalah akhlak dipertontonkan secara berleluasa.

Dah tiba masanya sekolah amalkan, lock pintu kelas bila habis waktu sekolah. Tamat je waktu akhir persekolahan, cikgu cikgu pastikan semua pelajar keluar dan terus lock pintu. Dan guru guru pastikan pelajar meninggalkan sekolah sebaik tamat waktu sekolah. Ibu bapa, kawal apa yang anak-anak tengok kat TV. Pastikan anak-anak terus balik bila habis waktu sekolah. Jangan sebab konon nak ambik pengajaran dari kisah kisah hubungan luar nikah, mak bapak duk tengok cerita tak bermoral. Tengok cerita orang lumba haram konon supaya anak-anak ambik pengajaran. #@$%@#% lah kalau tunjuk benda buruk boleh ajar anak jadi baik. Lagi dia nak buat lagi ada. Tak payah la bagi statement macam haram kata movie bohsia tu untuk bagi pengajaran pada masyarakat. Konon konon drama mat rempit insaf tu akan membuatkan masyarakat sedar bahaya merempit.

 

Sungguhpun omputeh lebih terbuka dalam soal hubungan sejenis dan maknyah bagai, jarang tengok watak macam tu dihidupkan dalam cerita. Tapi kita? Dalam kartun kanak-kanak pun ada watak bapok.

 

Aritu kes gang rape budak umur 7 tahun. Skang ni kes meliwat. Entah nak jadi apa generasi akan datang ni.

 

Nota kaki : Hairan jugak. Macam mana keamanan sebuah negara diukur. Lebih separuh dari berita yang baca kat paper adalah berita Jenayah. Macam mana lah agaknya negara yang duk kat ranking 25 paling aman di dunia ni gamaknya.. Harap janganlah ada yang komen "syukur negara kita aman"

 

Daa

17 comments:

yatie chomeyl berkata... [Reply]

aiyoyoo kowaiiiiii macamana boleh jadi gini?

Unknown berkata... [Reply]

budak sekarang advance..tak macam kita dulu...masuk tingkatan satu pun masih tak tahu apa-apa..cabaran ibu bapa hari ini

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Bila agama kian dipandang remeh dan ringan tak mustahil ini semua terjadi.

mummY daniSha berkata... [Reply]

tahun 2?baru 8 taun??kdg aku rasa mcm x percaya budak sekecik tu boleh buat yg bukan2....apala dlm pemikiran budak tu agaknya

nazayiena berkata... [Reply]

Cabaran ibu bapa zaman skrg nie...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Baca paper harian dah macam baca majalah porno (eh! kakcik tak pernah baca majalah porno tau...). :(

Irfa berkata... [Reply]

cerita mcm ni kalau diulas 44 hari pun takkan abis.filem sampah kat panggung pun asik duk tayang citer sebegini konon nak bagi pengajaran pd masyarakat..pui

tak payah citer drama dewasa..watak budak lelaki lembut dalam OhMyEnglish tu aku tak berkenan.kenapa perlu di wujudkan watak sebegitu?perlu ker?apa pengajaran yg boleh anak2 kita dapat dgn melihat watak budak lelaki lembut bawak botol air dan beg pink ke sekolah?cer citer sikit

Unknown berkata... [Reply]

akak pun terkejut masa baca ni di suratkhabar hari tu. Pelik kan, kecik2 dah pandai.Dunia tanpa sempadan skrg lebih bahaya , ibu bapa pula sentiasa sibuk, moga dapat di ambil pengajaran bersama.

Asmara berkata... [Reply]

hwaa.. camne ni! takutnya nak balik msia nnti! huhu.. risau dgn anak2.
;(

Dr K berkata... [Reply]

Lepas ni kalau budak2 sekolah buat tarian bontot, jgn salahkan mereka :-)

nn lylyn berkata... [Reply]

biar betul ni?? kecik2 dah pandai tiru benda buruk2 ni.. kena kawal ape yg dieorg tonton dari kecik2..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...betul tu kita sebagai ibu bapa haruslah mengawal pergerkan anak2 ni...:)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata... [Reply]

perghhh... dah makin terok... so, kalau terjadi benda cm ni nk salahkan sape ek :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

sampai begini jdinye.. masayaallah kena lbh berhati2lah

Unknown berkata... [Reply]

ha'ah sok kobau hari bila tah ni.. adoiii terkejut gak tgok tajuk je dh geleng kepala, istigfar...

aida berkata... [Reply]

oh abang salleh~

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Ish...budak umur 8 thn yg naif tu boleh ke bt aksi mcm ni? Konpius....

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com