Isnin

Air tangan ibu

Assalamualaikum

Mak aku membebel sebelum aku balik aritu. Sebabnya, bila kitorang balik dia taktau nak masak apa. So, dia kena pikir sendiri nak masak apa. Tapi bila dah masak, ada yang tak makan la itu la ini la. Hehe.. Aku sebenarnya bukan apa tanak request tu. Aku kesian kat mak. Nanti nak kena cari bahannya. Dia nak kena masak itu ini. So aku memang tak komplen. Makan je apa mak masak. Sebagai anak, apa mak masak semuanya sedap. Lagi pun kalau balik Johor memang jarang aku makan kat kedai. Selama ni pun, kalau balik Johor kitorang memang tak makan kat luar. Dah mak sendiri masak sedap, nak buat apa makan kat luar lagi kan.

So alkisahnya. Dah mak cakap gitu, aku pun perah otak pikir nak request makan apa. Antara yang aku request, nasi lemak dan roti canai untuk breakfast. Ikan masak asam pedas, paru goreng, ayam masak ungkep dan urap. Hambik.. Bersilat mak. Tapi aku tolong la. Yang masaknya mak.
Dua ekor ayam untuk dimasak ungkep
Rempah ungkep yang ditumis sehingga wangi..cantik warnanya keemasan gitu..mak guna kunyit hidup
Mak siap pesan..kalau nak buat serainya tu guna serai kampong, serai yang jual kat pasaraya tu besar tapi tak berapa wangi..so mak bekalkan seplastik serai kampong yang dia tanam kat aku.
Cantik kan warnanya..ni baru warna..belum rasa lagi..resepi asli jawa yang orang jawa pun tak boleh lawan (kata ayah)
Ditutup sementara menunggu ayamnya empuk
Emak kesayanganku yang bersusah payah memasak..iron lady ni.. sambil masak sambil membasuh baju, sambil jaga kedai..
Sori..gambar da siap takde. Hahaha.. Bayangkan je la eh. Mak ada bagi bekal sikit bawal balik. Malam nanti boleh layan ayam ungkep lagi sambil membayangkan masa masa bahagia bersama emak saya di kampong halaman. Tinggal nak masak sayur je balik nanti. Hihi. Jimattt..

Baru balik dah rindu kat mak. Tiap minggu walau pun tak balik aku tak sah kalau tak telefon bercakap berjam jam dengan mak. Insya allah. Walau pun yang diborakkan Cuma sekadar bertanya khabar. Aku amalkan dari zaman sekolah sampai sekarang.

Apa masakan mak korang yang paling korang suka?

Daa

20 comments:

nazayiena berkata... [Reply]

X pernah lg kak Nurul mkn ayam masak ungkep nie,mesti sedap.....

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Boleh bagi tak resepi ayam ungkep tu? :)

Unknown berkata... [Reply]

kak yus tak berapa suka ayam ungkep ni... plus mmg kurang suka makan ayam pun..

resepi emak antara yg paling di sukai, mee simpul masak sambal cili padi.....pegghhhh terangkat makan...hehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku cukup suke masak ungkep heeeeeee....org jawa katekan =p

Hanis Azla berkata... [Reply]

air tangan mak mmg yg paling sedap kan.. Alhamdulillah dapat emak yg sgt rajin macam tu.. nmpk awet muda mak awak.. bagi akak masakan yg emak masak semuanya sedap.. skrg ni emak tggl sekali dgn akak.. jdnya setiap hari mmg tak terasa nak diet sbb hari2 ada lauk sedap kat rumah.. he..he..

Irfa berkata... [Reply]

emm apa yer?semuanya aku suka so takde yang tak suka.tak boleh la nak citer.hehe

Yaya Azura berkata... [Reply]

air tangan mak semua sedap kan..dah kita dibesarkan, disuapkan dengan masakan dia..itu la yg paling sedap..

Unknown berkata... [Reply]

Sedap tu ayam ungkep.. wong jowo je yg buat ungkep ni hihihi.. Yg msk ungkep sedap, ialah mama shima @ mak saudara.. Kalau emak shima yg masak yg sedap ialah pecal.. sbb mak jarang msk ungkep dia tak berapa pandai hikhik..

lieynanilaz berkata... [Reply]

kalau mak masak semua sedap bagi saya...hehe.air tangan ibu tiada tandingan...:)

Prettywrite berkata... [Reply]

ungkep?1st time tahu..hehe..alamak touching pulak bila k.rai kata rindu kat mak..terus ingat ma kat umah..haha padahal hari2 jumpa..hik3..
entahlah..semua msakan ma memang sedap bagi yana..takder istilah kurang rasa pun..ok lah kalo kena pilih singgang daging lah yang jadi pilihan..hoho kecur liur..

Anamarza berkata... [Reply]

Tak pernah makan juga ayam ungkep, saya pun sama cam rai juga tak reti nak request nak makan apa, apa yg mak masak tu la yang paling sedap even sekadar goreng ikan bilis :)

Unknown berkata... [Reply]

masakan seorang ibu tiada tandingan kan...:)

Asmara berkata... [Reply]

rindu asam pedas mak! tp masa mak dtg sini haritu tak masak pun asam pedas, kene tunggu balik msia, baru kene bahan2nya. sama la tiap2 mlm harus skype ngan mak. ;D

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Terliur!PErtama kali sy makan lauk ungkep. Tapi bukan ayam. Bukan daging. Sy makan landak msk ungkep. Mmg sedap! Sampai skg igt masakan mak mentua busu sy tu...Kiranya mak pd biras mak sy le. Mmg Jawa pure. Sejak tu, mak sy belaja msk ungkep. Tp tak setanding. Hehehehehe....sorry mak. W'pun org tua duk BP tp mak sy bukan org Jawa. Heee~

PCL berkata... [Reply]

kalau mak masak sambal petai mmg sodap....eh ungkep tu asing sgt bg sy..mgkn ada nama lain kot.

JunAina berkata... [Reply]

Pejam2 mata nak bayangkan tapi tak dapat2.

Paling suka mak masak gulai ayam cicah nasi impit atau ketupat pulut time raya...marbeles...

♥MAMASYAZA♥ berkata... [Reply]

masakan tok umi yg paling akak suka...sudah semestinya, gulai ikan+bendi+tomato+cili....mak aihhh terangkat habis

ct rahani berkata... [Reply]

sedapkan ayam ungkep.. klu balik kg en hubby selalu suh mil masakkan.. maklum la mil pun org jawa.. hehe..

kak ina kl berkata... [Reply]

dulu buat cara lain..ni nak cuba cara lain pula
masakan ibu memang tersedap di dunia

Tokwanden berkata... [Reply]

Baru jer siap masak. Tapi saya tambah halia ngan daun limau purut.. Bau dia Nyamaan dan menggoda sungguh! Nyam,Yum,Yummm..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com