Rabu

Adakah konsep perniagaan MLM bagus?

Assalamualaikum

 

Menjawab pertanyaan Fara tentang konsep perniagaan MLM. Jawapannya panjang. So aku buat entry je la.

 

 

Jawapan saya :-

Asasnya perniagaan dengan konsep MLM adalah satu perniagaan yang bagus. Kalau ikut macam saranan buku Household Gold, ia adalah sejenis perniagaan yang menggunakan modal yang rendah, serta boleh dilakukan pada bila bila masa. Malah, marketnya adalah sangat besar. Di mana kita hanya membantu syarikat memperkenalkan barangan keperluan harian kepada keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Dan, oleh kerana kita tak bekerja secara langsung dengan syarikat, kita tidak diberi gaji tetapi kita mendapat keuntungan daripada hasil jualan barang barang tersebut dan bonus sekiranya dapat mencapai target sales yang tertentu (sama macam konsep orang buat sales & marketing).

 

Tak wajar kalau jenis yang dapat komisyen hasil dari jualan orang bawah ya). Kalau komisyen jualan orang bawah ia dipanggil overriding dan ianya haram. (accumulated point dari kumpulan tak dikira sebagai overriding..ni susah sikit nak terang..tapi kena tengok pada marketing plan syarikat tu la..) Dalam masa yang sama, ia berisiko rendah kerana tidak seperti konsep francais, atau pun stokis, kita perlu menyediakan modal yang besar dan menyediakan tempat. Tidak bagi konsep ini. Malah, ia boleh dilakukan secara part time pada bila bila masa ikut kita punya convenient.

 

Ini adalah asas perniagaan dengan konsep network marketing atau MLM.

 

Provided. Kita ikut syarikat yang bagus (tak menipu, tahan lama), product yang bagus dan orang yang memimpin kita adalah orang yang boleh diharap. Sebab orang yang memimpin kita adalah orang yang bertanggungjawab memberikan segala ilmu dalam dunia perniagaan. Pada saya, masalah kebanyakan syarikat adalah untuk memberikan product yang bagus dan kita susah nak jumpa pemimpin yang bagus. Dan ada juga MLM yang dah wajibkan kena maintain berapa point setiap bulan. Maksudnya, kita diwajibkan beli barang bila join jadi ahli. Setau saya itu haram.

 

Dan perniagaan MLM juga dicemari dengan golongan yang nak cepat kaya dengan jual stok. Maksudnya, jual dalam jumlah yang banyak dalam satu masa untuk simpan sebagai stok. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sebab ia lari dari konsep perniagaan MLM yang sebenar. Orang yang suka memaksa juga adalah golongan yang menyebabkan peniaga MLM ni dipandang hina. Ada juga syarikat yang mengamalkan head hunting. Product Cuma untuk mengaburi, sebenarnya komisyen datang dari orang baru yang join.

Menjadi ejen syarikat?

Kenapa orang kata konsep MLM lebih bagus dari perniagaan konvensional.

Kalau perniagaan konvensional, effort adalah satu. Dan kalau nak lebih banyak coverage, perlu buat iklan atau pun kena tambah cawangan. Maksudnya tambah modal. Tapi MLM adalah konsep referral. Word to mouth. Kita jual product pada A, A suka dan jadi member. A boleh jual pada B. So bila kumpulan kita makin besar. Lebih ramai pelanggan kita boleh reach dalam masa yang sama. Dan, kita bantu orang seperti A yang nak mencari pendapatan tambahan tapi tak cukup modal dalam masa yang sama kita pun dapat duit dan kehidupan yang lebih baik. Mungkin ada orang yang tak perlukan duit lebih, tapi nak dapatkan product berkualiti (sebab tu kena pilih syarikat yang menawarkan product berkualiti)

 

Adakah market MLM akan tepu?

Saya tak rasa akan tepu. Untuk berapa lama, saya tak tau. Tapi, selagi ada manusia mengandung dan dilahirkan. Dan selagi orang menggunakan barang keperluan rumah seperti ubat gigi, sabun dan sebagainya. Selagi itu, orang MLM masih boleh berniaga. Untuk head hunting. Market akan tepu sebab kita cari orang, tapi sampai satu tahap, takde orang nak join sebab dah tau barang takde kualiti. Memang akan collapse.

 

Pada saya, MLM bukan tentang duit semata mata. Walau pun memang ramai yang masuk sebab nak cari duit lebih. Tapi hakikatnya kalau masuk sebab nak cepat kaya atau nak duit cepat. Insya allah, tak dapat bertahan lama. Sebab effort yang diperlukan adalah sangat sangat besar. So, pesanan saya. Kalau niat nak buat duit lebih semata-mata, banyak lagi perniagaan lain. Jangan masuk MLM.

 

Sekian pendapat saya. Harap menguraikan kekeliruan Fara.

 

Daa

8 comments:

Ce'gu JAERA berkata... [Reply]

saya dah banyak dah join bisnes MLM ni.. agaknya saya ni tak pandai nak mengurus, akhirnya semua MLM saya takda yang pergi jauh.. semua hangat2 tahi ayam je..

apa pun, saya memang takkan join apa2 MLM lagi lepas ni... nanti saya akan buat entri khas pasal MLM ni... (",)

Irfa berkata... [Reply]

SMTI :)

Unknown berkata... [Reply]

kak ayu kan pastikan.. walaupun kak join MLm, pasti kak tak akan dpt ahli.. entah.. nasib kurang baik kot..
tapi.. semua MLM y kak join, mmg dh dpt pulangan

Anamarza berkata... [Reply]

Memang tak berapa berkenan dgn manis mulut org yg ajak join MLM, macam semua benda bagus, macam mudah sgt nak dpt duit.

Unknown berkata... [Reply]

gen2merah,
bukan senang nak berjaya dalam perniagaan mlm ni.. tak boleh mudah pitus asa.. sbb tu ramai org kita tak berjaya..diorg suka yg jenis mudah dapat duit atau pun cepat dapat duit..

ayu,
cari org sebenarnya susah.. sbb tu ramai tak sula mlm.. tp kalau kwna cara dan tau tekniknya insya allah boleh..

anamarza,
hakikatnya..memang potensi mlm besar..tapi cabarannya sgt besar...so kalau ada yg manis mulut kata dapat duit banyak dlm masa yg singkat tanpa perlu usaha keras mmg menipu..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

terpulang masing2... ada org yg mmg leh berjaya dgn MLM tapi berapa ramai ?... salam kenal n dah follow u

Ujang9897 berkata... [Reply]

MLM mmg bagus cuma beberapa kompany yg sengal telah memburukkan nama MLM..,contohnya compnya yg minta keahlian beribu2...derm

gua CNI

Unknown berkata... [Reply]

kesuma,
depends pada kat mana kita duduk.. kalau tanya saya..saya jumpa ramai orang yang berjaya dalam MLM.. tapi bukan bangsa kita..bangsa kita ada jugak..tapi kurang..

ujang,
betul..yg jenis nak kaya cepat yang memburukkan sebenarnya.. yang mlm lama lama mcm cni tu ok je aku rasa..akak ipar aku pun penah buat cni..tapi skang da stop..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com