Selasa

Tanah pusaka sekangkang kera

Assalamualaikum

Jadi orang miskin susah. Dalam kubur nak kena menjawab dengan malaikat tentang tanggungjawab sebab takde tinggalkan nafkah untuk anak-anak. Jadi orang kaya pun susah kalau sebelum mati tak meninggalkan wasiat dan orang yang memegang harta tak berapa nak amanah.

Kes berebut harta pusaka bukan masalah baru dalam masyarakat kita. Malangnya, masih ramai yang tak ambil iktibar. Tanah sekangkang kera tapi direbut sampai bertahun tahun bermasam muka. Ada yang sampai nak berbunuhan. Aku hairan sebenarnya. Apa lah yang direbutkan sangat harta orang lain.

Kes yang kubincangkan dengan suami semalam. Suami meninggalkan harta sekeping tanah atas nama isterinya. Si isteri kemudiannya bernikah dengan seorang lelaki. Tanah tu kemudiannya diusahakan oleh suami barunya. Apabila isteri meninggal dunia dan anak-anak menuntut harta yang sepatutnya milik mereka, bapa tiri berdolak dalik. Lebih menyakitkan lagi, geran tanah tak ketahuan ada dengan siapa.

Hati-hatilah. Jangan sampai dalam kubur pun tak aman sebab anak-anak marahkan kita sebab tak tunaikan tanggungjawab dalam urusan harta. Anak-anak, usahlah berebut dengan harta yang tak banyak mana. Dan jangan lupa, HARAM makan harta anak yatim.

Nota kaki : Tak tau nak mati bila. Jadi, kenalah sentiasa bersedia menghadapi kematian dari segala sudut.

Daa

12 comments:

mummY daniSha berkata... [Reply]

alhamdulillah..adik beradik aku semua bukan jenis nak berebut ni hheeee..mayb sebab kami ramai yg perempuan...pas arwah ayah menggl..semua bg kat mak je...=)

kumpul harta sendiri itu lebih baik...kalau ada harta ayah mak..itu satu bonus....tp byk2 tanah pun kalau x diusahakan x guna gak...lg tambah beban adela..nak kene sodok tanah selalu hehee..cukai tanah mahal wooooo =p

Lynn Abd Latib berkata... [Reply]

Takut jgk bila byk reta.biar x bereta asal x merempat.huhuhuhu

Irfa berkata... [Reply]

BEBERAPA TAHUN LEPAS,AMANAH RAYA DATANG BUAT BRIEFING KAT OPIS AKU.KATANYA KAT KL @ KG BARU BANYAK HARTANAH YANG TAKLEH DIUSAHAKAN SEDANGKAN IA BERPOTENSI UTK BINA BANGUNAN BERTINGKAT TAPI TAK BOLEH SEBAB TERLALU RAMAI WARIS YG MENUNTUT..ADA WARIS YG DAH MATI DAN MENYEBABKAN BILANGAN WARIS SEMAKIN RAMAI..merugikan

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Penting mewasiatkan harta mulai dr skg sbb mati tak menunggu kita.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Keluarga kakak baik yg di Johor atau di S'pore semua dah pindah milik tanah pada anak-anak. Walau hasilnya mak-ayah-pak-mak saudara kami masih ambil tapi nama tanah telah atas nama kami semua. Bukan maksud yg tua mati dulu tapi berjaga-jaga... tak mahu susah kemudian hari.

ct rahani berkata... [Reply]

betul la kak.. dalam paper pun sellau duk citer pasal nih.. moga2 kiter dijauhkan dr sifat2 begini kan kak.. :)

ogyep yummy mellow berkata... [Reply]

betul.. betul.. betul... ala kadar aje lh nampaknya...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

stkt ni adik brdik sy ok lagi, xde nk rebut2..cuma geram dgn jiran sblh rumah ayah tu nak rebutkan tanah sempadan!

Dr K berkata... [Reply]

Tu sebab kena ada wasiat. Jgn cakap mulut, takde hitam putih, takde saksi, tak mati setem. Boleh cuba amanah raya bhd.

lieynanilaz berkata... [Reply]

setuju dengan daddyZZ....perlu ada wasiat..:)

onlajer berkata... [Reply]

harta pusaka.susah juga kalau simati tidak meningalkan wasiat

Anamarza berkata... [Reply]

Tak kisah pun ngan harta mak bapak, lagi fikir nak kumpyl harta sendiri je :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com