Selasa

Drama Queen


Berbanding abang, membuli adik lebih seronok. Kejap je nangis, lepas tu kejap je da ok balik. Memang drama queen sejati. Kalau menangis tu memang sayu habislah kononnya. Mendayu dayu sampai berguling guling, pekup muka kat bantal. Dapat makanan ke toys ke. Kejap je baik.

Adik..adik..Macam macam ragam. Dia dah pandai sebut tanggungjawab..4 suku kata. Abang agak ketinggalan dalam bab ni. Tapi abang lebih pandai memujuk ayahnya. Kalau nak beli biskut kegemaran, dia akan kata "kan abang nak besar, kena makan banyak" Kerana dia bercakap dengan gaya yang terlalu comel. Ayah kalah. :P

Tunggu sampai adik pandai memujuk pulak. Kecil kecil cili padi. Yang kecil tu lebih pedas.

Daa

15 comments:

Anamarza berkata... [Reply]

Betul Rai, yang kecik lg pedas, kitaorang pun kalau ainul yg minta memang cair terus, even belum pandai cakap, setakat tepuk tangan abah dia bunyi merengek sikit sambil kepala angguk-angguk dan buat muka seposen memang kitaorag kalah..

Unknown berkata... [Reply]

ayu baru ada seorang, kalau 2 rasanya mcm tu gak...

tak apa, kalau dr kecil si abang dh pandai nak jaga adik.. insyallah.. sampai besar dia akan take care si adik..

buli2 tu adat, hehehhe

Unknown berkata... [Reply]

anak perempuan kenalah drama queen kan sayang

yatie chomeyl berkata... [Reply]

drama queen ni mesti menurun ibu dia ni ehehehe jangan maraaa Rai ;)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Apa yg pasti anak-anak selalu menang... ciar hati mak-ayah kena rayu:)

Kakak ada terbaca satu buku kakak beli dah tak ingat tajuk yg mana satu tapi bab parenting jugalah. Anak perempuan lebih cepat matang dari anak perempuan. Perbandingannya anak perempuan 9 tahun sama dgn anak lelaki 12 tahun...

lieynanilaz berkata... [Reply]

ala-ala comel..:)

aizamia3 berkata... [Reply]

lain anak lain ragamnya kan.. ;)

macam ai.. dak Kakak dengan dak Adik macam Tom n Jerry takleh dekat.. ada je nak digaduhkan.. ni sib baik dak Nuha kecik lagi..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

hahahaha...banyak akal bdk2 skrg :)

mummY daniSha berkata... [Reply]

samela ngan cha cha...sgtla drama queen!

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Alamak! Ni yg bt sy nak sgt gegirl nie! Hahahahahah!

Unknown berkata... [Reply]

sampai berguling2 tu yg lagi tak tahan tu kan...huhu

wahida berkata... [Reply]

amboi abang tu, bukan main dia memujuk...mesti comel je masa dia mintak tu kan...


kalau anak2 aku lak, si adik yg buli abang...huhu...

onlajer berkata... [Reply]

biasa anak2 kita umpama cermin kita pada masa kita kanak2 lebih kurang sama je perangainya hehehe

ct rahani berkata... [Reply]

drama queen yg comel.. mmg kalahkan sis klu anak memujuk rayu.. :)

Irfa berkata... [Reply]

kenit aku pun sama drama queen
nak nanges ari peti ais dan tekup muka kat situ

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com