Assalamualaikum
Aku ditanya.
Apakah hukumnya sekiranya seorang anak yang merasakan ibu bapa lebih mengutamakan adik beradik lain menyimpan perasaan marah kepada ibu bapanya?
Serius tak tau nak jawab.
Hari ni selalu tengok, ibu bapa utamakan anak yang mereka rasakan “berjaya” berbanding yang kurang. Anak-anak yang kurang berjaya diabaikan. Malah dalam sesetengah kes kasih sayang dibeza bezakan dan dibandingkan. Sehingga anak itu berasa kurang disayangi. Apakah hukumnya sekiranya anak itu menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka?
Dalam perbualan dengan shujin aku selalu pesan pada shujin. Bila anak-anak da besar, janganlah dibeza bezakan mereka. Walau macam mana pun mereka.
Tahukah, bahawa bukan anak-anak je derhaka pada ibu bapa. Ibu bapa pun boleh derhaka pada anak-anak. Iaitu bila mana seorang bapa tak memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu bagi anak-anaknya, tidak memberikan nama dengan maksud yang baik dan tidak mengajarkan Al Quran pada anak-anaknya.
Sorang makcik pesan kat aku masa pegi kedah aritu, walau macam mana panjang pun nama anak, panggillah dengan nama yang ada maksud. Kalau namanya Muhammad Aqil Mubarak, panggillah Aqil. Jangan panggil mat ke kil dan sebagainya. Nanti masa nak masuk syurga kelak akan dipanggil dengan nama panggilan kita di dunia. Kalau nama elok, tapi nama panggilan tu maksudnya lipas, masa nak masuk syurga malaikat gelakkan sebab nama kita lipas. Hehe.
Kawan shujin nama panggilannya mat dead bulu.
Daa
15 comments:
menyedihkan bila rasa mak ayah pilih kasih.harap2 aku tak begitu
aku pun x setuju kalau mak ayah pilih kasih..tp kan aku dah banyak jumpe org yg ngaku sendiri mereka pilih kasih...sian kan anak2...aku baru sorang...tp insyaALLAH aku akan layan sama je...x kirela anak sulung ke bongsu ke
selalunya org kata sulung ngan bongsu manja...tp hakikatnya x smestinya depend pada parent gak =p
orang luar akan cakap mak ayah sayang syieda lebih, sebabnye syieda anak tengah dan perempuan tunggal. hakikatnya mak ayah manjakan semua. antara anak nampak atau tidak je. :)
*contohnya: ayah cakap pada kami tiga beradik sapa dapat lesen kete dulu die belikan kete. sekarang kami bertiga simpan duit amik lesen kete. hihi
bg syieda itu adalah cara untuk asuh anak2 simpan duit. kesimpulannya, nanti anak2 semua ada lesen dengan duit sendiri. :)
Mat dead bulu? Gagagagagag! Apekah itu? Mcm zaman2 rock dulu2 je. Hahahaha!
Betul. Nama penuh tu yg seeloknya. Klu setakat nak pgl nama timangan, bek letak nama timangan tu je dlm surat beranak. Bt pe susah pyh pk nama yg ada mksd bek utk diorang. Kan?
Klu mood sy ok, sy pgl Aydin je. Tapi klu amarah sy dtg, sy pgl die Muhammad Aydin Isyraf (klu boleh nak ltk ! kat ujung name tp utk time mrh je)
Hahahahahah.
wooo..ada gak nama macam tu ;)) geli pun ada dengar..kikiki
tak suka kalau ada orang panggil nama gelaran pada anak2 yang kita sendiri pun takde gelar macam mana org lain panggil..
takmo komen la sbb terasa sedih dgn topik ni..
laa...bru je smlm ada org tu cite kat sy pasal ada sorg lelaki (zmn nabi) bjumpa dgn saidina umar @ usman (maaf lupe pulak) yg mengadu anaknya derhaka kpd dia.
lalu saidina tsebut panggil anak tu dan tny, knp derhaka?
anak tu jawab, sy nak tny dulu apa hak anak yg perlu ibu bapa tunaikan?
saidina tu jawab,
1)nama yg baik
2)diajar mengaji Al Quran
3)aduhh lupe lagi :(
lalu anak tu jawab 'aku tak dapat ketiga2nya'
1)nama dia bermaksud kumbang
2)dia tak pernah diajar membaca Al Quran
3) tak ingat
pastu sy lupa lg seterusnya.cuma kesimpulannya ibu ayh perlu tunaikan hak3 anak, kalau ada yg diabaikan tak mustahil anak jd derhaka
baru2 ni aku kecik hati dan merajuk dengan mak. kadang2 rasa mcm berdosa lak. tapi aku marah sangat bila aku dah byr dah booking bilik nak pergi desaru sempena hari ibu, tetiba mak aku tak jadi semata-mata adik aku tak dpt cuti. adik aku keje kat petronas baru abis belajar ipta. mmg le mak aku rapat ngan adik aku tu. tp tak kesian ke kat aku yg dah byr ni..huhuu..camne tuh..actually dah 3 hr aku merajuk..huhu
assalamualaikum..
saya ingin kongsi sedikit tentang apa yang terjadi kepada saya..ibu saya sangat menyayangi kakak saya yang sulung sehinggakan apa jua kesilapannya, ibu saya diamkan saja seperti tiada apa yang berlaku..
kakak saya memang orang yang terpelajar..bukan seperti saya yang hanya mempunyai kelulusan sijil sahaja..saya bukan tidak mahu menyambung pengajian seperti kakak saya,tetapi saya sentiasa memikirkan beban yang akan ibu ayah saya tanggung jika saya memerlukan wang..saya sentiasa disuruh oleh ibu untuk memasukkan wang ke dalam akaun kakak saya ketika dia belajar dulu, walaupun kakak saya tidak minta..tetapi apabila saya minta untuk membeli buku-buku dan untuk makan, ibu saya sentiasa mengatakan ibu tiada wang untuk saya sehinggakan saya menahan lapar berhari-hari di asrama menunggu elaun yang akan masuk hujung bulan sebanyak RM 60.00..
sejak dari itu, saya bertekad tidak akan meminta wang lagi dari ibu..saya terus bekerja selepas habis pengajian kerana tidak mahu meminta wang dari ibu..
sekarang saya telah berkahwin dan akan melahirkan anak saya yang pertama pada disember 2012..apa yang sering menghantui saya ialah, saya pernah berselisih faham dengan kakak kerana sikapnya yang sering mengeluarkan perkataan yang amat mengguris hati saya dan suami..saya tidak marahkan kakak, saya cuma menegurnya sahaja..tetapi kakak saya terus telefon dan mengadu kepada ibu mengatakan saya biadap sehinggakan ibu menangis..sedangkan kakak saya yang banyak melontarkan sumpah seranah terhadap saya..kakak saya sentiasa mengatakan saya akan susah bersalin dan akan mati disambar petir kerana derhaka kepada ibu..sedangkan ibu tidak terlintas mengatakan begitu..baru-baru ini kakak saya telah melangsungkan perkahwinan..saya telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah ibu kerana kakak saya sudah melarang saya hadir..saya juga tidak mahu merosakkan hari bahagia kakak dan juga hubungan baik ibu dan kakak..kakak saya mengatakan suami saya akan meninggalkan saya kerana akan berjumpa dengan perempuan lain kerana saya perempuan jahat seperti firaun..
saya amat sedih dan tertekan kerana saya sangat takut untuk bersalin memandangkan saya tiada pengalaman..sehingga kini ibu tidak pernah menelefon untuk bertanya khabar saya seperti saya tidak pernah wujud..saya tahu kakak saya telah membuat cerita tentang saya yang bukan-bukan sehingga menimbulkan kebencian ibu terhadap saya..
saya sangat risaukan kandungan saya jika saya terus bersedih dan menangis seperti ini..saya sudah memohon maaf daripada ibu tetapi tiada jawapan yang saya dapat..saya tahu, ibu takkan percayakan kata-kata saya jika saya ceritakan perkara yang sebenar kerana saya sedar betapa jauhnya beza saya dengan kakak di mata ibu..
jika benar saya akan mati dan sukar melahirkan bayi saya ini seperti sumpahan kakak saya, saya redha..semoga ibu, ayah dan kakak saya sentiasa bahagia tanpa saya lagi di dunia ini..semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati suami dan juga anak saya ini di dunia mahupun di akhirat kerana suami saya adalah suami yang sangat baik..walaupun ibu saya membeza-bezakan suami saya dan abg ipar saya, suami saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesal daripada mulutnya walaupun saya tahu hati suami saya amat terluka...
moga apa yg saya kongsikan ini dapat meringankan beban yang sarat di hati saya ini kerana saya tiada tempat untuk mengadu..suami tidak mahu mendengar rintihan saya kerana dia tidak mahu saya memburukkan ibu..saya bukan ingin memburukkan ibu saya..tetapi saya tidak sanggup lagi menanggungnya seorang diri..saya sangat sayangkan ibu saya..saya amat mengharapkan kasih ibu...seperti yg kakak dapat...
amna nafeesa,
salam..dalam hal hubungan dengan ibu bapa ni memang kena hati hati. terutamanya dengan ibu. apa yang dapat saya katakan adalah.. sebaiknya pergi berjumpa secara empat mata dengan ibu. terangkan hal sebenarnya. dan minta maaf dengan dia sekiranya ada perbuatan yang menyinggung hati dia.
memang sebagai anak kita mahukan layanan yang sama rata dari ibu. tapi kalau ibu tak boleh telefon. cuba lah telefon dia sekurang kurangnya sekali seminggu. sekadar bertanya khabar. sesekali belikan dia hadiah. mungkin dengan cara ni sedikit demi sedikit akan dapat mengubah pandangan dia pada amna..
supaya kita tak berdendam dengan ibu sendiri. sentiasa ingat. apa pun yang berlaku. dia adalah ibu yang melahirkan dan menjaga kita dari kecil. ingat kebaikan dia berbanding hal yang buruk tentang ibu.
berkenaan dengan kakak. lebih baik berdiam diri kalau dia mengeluarkan kata kata kesat. semoga dia akan sedar akan perbuatannya..
banyakkan berdoa dan bersabar ya. setiap kali solat jgn lupa sedekahkan alfatihah dan doakan kesejahteraan ibu amna. semoga hatinya terbuka untuk memberikan layanan yang sama rata pada amna..
sedihnyaa.. semoga amna nafessa selamat bersalin. jgn terlalu risau. yang penting jgn lupa selalu berdoa untuk ibu bapa semoga ibu amna lembut hati lps ni. insya Allah semuanya akan okay... mana tau lps bersalin nti semua boleh berubah sekelip mata. kuasa Allah mengatasi segalanya.
dear amna
sedihnya akak baca.akak pun ada kisah lebih kurang sama tp rasanya kes amna lagi teruk.jgn sedih..Allah tahu apa dalam hati amna.sbg anak teruskan usaha membahagiakan ibubapa.soal mereka nak marah@kecik hati itu hal lain.tunaikan hak amna sbg anak.yg lain serah pada Allah.akak doakan moga amna selamat bersalin.jgn selalu nanges.sian baby dlm perut
terima kasih akak2 semua..terima kasih atas kata-kata semangat..saya akan terus buat yang yang terbaik selagi mampu..terima kasih sudi menjadi tempat luahan rasa hati ini..
anytime dear..take care ok..jgn sedih2..nak jadi ibu dah amna..so fikirkan hal2 yang happy yg amna nak buat dengan anak yang bakal lahir..
Catat Ulasan