Rabu

Adakah wajar perlaksanaan gaji minimum

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah selamat sampai di Kulim sejak semalam. Tengah memujuk anak manja ayah yang tersedu sedu ditinggalkan.

Aku tertarik dengan entry Yana Prettywriter yang share pasal kawannya mungkin diberhentikan kerja sebab majikan tak mampu nak support gaji minimum. Aku membincangkan hal ni di meja makan dengan besties aku sebenarnya. Suaminya orang gomen. Hehehe.

Rupanya perlaksanaan gaji minimum bagi syarikat besar adalah dalam tempoh enam bulan, manakala perlaksanaan bagi syarikat kecil adalah dalam tempoh setahun. So sepatutnya majikan tak perlu terburu buru dalam melaksanakan gaji minimum. Memandangkan ia akan memberikan impact pada cashflow syarikat, mereka perlu memikirkan strategi dalam perlaksanaannya. Dan ianya perlu dilakukan dengan berhati hati dan secara berperingkat.

Dalam masa yang sama kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik bagi membantu syarikat ini terus survive dalam dunia perniagaan. Mungkin bagi tahun tahun pertama boleh bagi rebet cukai. Bukan announce lepas tu buat tak tau.

Apa pun kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sama ada ianya wajar atau tidak adalah bergantung pada dari mana kita melihatnya dan bagaimana ianya dilaksanakan.

Daa

11 comments:

bujal X berkata... [Reply]

impaknya kat kita jugak~~barang semua naik~haih~

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalau sektor lain aku x pastila kan...tp kalau sektor kilang2 ....memangla kite nampak mcm susah dierang nak laksana..kalau gaji operator dulu rm 500+++ oti dapat seribu lebey..kaau dah up 900,operator je bole dapat 2k....tu baru yg gaji min...tp hakikatnya pelabur asing tetap untung....kalau gomen x kenekan caj2 tersembunyi yg dpt pada org2 tertentu sahaja..(upsss bukan cukai tau)..caj2 lain heheee

mummY daniSha berkata... [Reply]

tp kalau pk,kalau x laksana gaji min...sapa yg susah????bukan menteri2...tp rakyat yg susah...

bg aku,bole je sebenarnya tp kenela adjust dr byk segi....gomen la yg kene main peranan

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalau pena baca maj pemikir,cerdik pandai kata...hanya dgn amek sedikit keuntungan petronas dah bole bg free education kat rakyat..tp mana pergi wit tu semua eh?pelik kan heeeeee

mummY daniSha berkata... [Reply]

hhahhaa..byk pulak aku komen..sori zai =p

ct rahani berkata... [Reply]

no komen la sis.. sama2 la kiter tgk nanti.. :)

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

xyah laksana gaji minimum takper tapi cukai tu xmau byk sgt... gaji sikit xper...janji brg xnaik harga...

Prettywrite berkata... [Reply]

oo dalam tempoh setahun..tak tahulah kenapa bos dia tu kecoh sangat..tapi memang pekerja dia ramai..sebab macam kilang jugak la..dia kje bagian ofis..tp dok risau jugakla..kesian la kan..sepatutnya kena kaji lagi pelaksanaan gaji minimum ni..bukan sekadar umum macam melepas batuk di tangga..bila dah announce rakyat@pekerja berharap..tp yang nak melaksanakan tu majikan..so majikan yang tersepit..situ pun kesian jugak..huhu..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Sebenarnya kalau sykt swasta macam kakak nie memang terasa Rai... Bayangkan kalau minimum sekarang kami bagi 750 kena naik 900 so yg 900 hingga 1200 sekarang pun mesti kena naikkan juga kalau tak mesti mereka tak happy..

Apa yg kakak nampak budak-budak foreigner tepuk tangan Rai sebab hostel/bus disediakan gaji bertambah..

Tempat kakak boss belum masuk M'sia lagi tapi rasanya memang menjejaskan sykt kami

Dr K berkata... [Reply]

selagi melambak pekerja asing kat bumi malaysia ni, selagi itulah anak anak Malaysia yg kerja bawahan ni akan ditindas dari segi gaji/benefit. Sebab majikan boleh pilih foreigner yg jauh lebih murah segalanya

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Diorang sgp berhentikan pekerja bawahan dr kurangkan gaji director yg entah bape riban lak diorang dok tibai. Hahahahah! - Exp. keje di sini ms zaman kemelesetan dulu. Tp mgkn ade kene mengena dgn pelaksanaan gaji nie gak.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com