Selasa

Tak islamic la ko ni....

Assalamualaikum

Aku bukan tak suka guna product keluaran bumiputera yang jenamanya lebih islamik dan halal...Banyak aku tengok yang claim nya melampau dan nipu benorr.. Contohnya..ayam yang diazankan..Susu tepung dengan bacaan ayat suci alquran..Kalau ayam tu diazan macam mana sekali pun..Kalau yang makan tu tak baca bismillah cam tu jugak..Islam tak suruh kita azankan pun ayam tu. Yang nak tunjuk islamik sampai nak azankan ayam tu nak buat apa..Mungkin Nampak macam bagus. Tapi memberikan impression yang kurang baik pada umat yang bukan islam yang kurang faham tentang islam. Diorang akan rasa "susahnya nak makan ayam kalau jadi orang islam..ayam pun nak kena azan..susu pun nak kena bacakan satu juzuk alquran"

Biarpun sebenarnya azan ke yang baca quran tu guna record je. Tu belum kira yang jual penapis air cakap boleh sembuhkan macam macam penyakit. Tak ke pembohong tu air kosong boleh ubat gout. Tak ada bukti saintifik kata air tapis boleh ubat darah tinggi ke apa. Memang membantu, tapi bukan mengubat. Bayangkan kalau benda macam tu diorang boleh bohong, apa lagi benda benda yang tak obvious. Aku pernah dengar cerita sorang kenalan yang adiknya kerja dengan R&D satu company bumiputera. Buat makanan baby. Diorang buat test atas anak owner company tu. Anak dia muntah buat semula. Kalau tak muntah boleh jual. Patut tak patut R&D macam tu? Serius aku memang ban company tu dari kamus hidup aku..

Tepuk dada tanya iman. Aku bukan taknak sokong, tapi terlalu tak reliable. Sepatutnya sebagai muslim lebih utamakan kualiti, bukan saja halal sebab islam bagi garis panduan halalan dan toyyiban. Tapi setakat ni company yang bukan muslim yang lebih utamakan kualiti. Kita dok sibuk cari halal. Toyyib tak jugak...

Daa

17 comments:

Irfa berkata... [Reply]

ayam yang diazankan?
pertama kali aku dengar
aku nak gelak la baca entri ni

yatie chomeyl berkata... [Reply]

woh i pun 1st time dgr pasal ayam di azankan tu...dasyat nye. produk ocmpany mana tu? nk beli gak la ekekekekek

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, ko gelak..banyak dah tau produk macam ni kat pasaran.. hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, ahaha..bukan azan je..nasyid pun ada.. google je..mesti ada yang keluar ayam azan ni..apa istilah kualiti pada diorang ni i pun kurang ngerti..

Prettywrite berkata... [Reply]

produk apa sampai siap azan ayam tu?ekeke..tak penah taw pun k.rai..peliknya..islamik ke gitu?yang penting sembelihan tu yang kena betul..adoii..

emarieys berkata... [Reply]

peliknya ayam diazankan..macm baru terima anak pula..

Acik Erna berkata... [Reply]

berapa ekor je larat nak diazankan..
yang penting cara penyembelihan..ikut cara yang dibenarkan dalam islam..cara2 yang betul.

mummY daniSha berkata... [Reply]

ye ke zai?hahah x pernah dengar pun...
kalau produk ,aku suke HPA heheee
tu pun sebab memang dah nampak keberkesanannya =)

Unknown berkata... [Reply]

hehe....macam2.....^_^

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Eh, napelah kite selalu sependapat eh? Hahahaha...sy pun menolak produk yg pergunakan nama Islam. Lagi satu, minuman koko penerang hati yg dihasilkan dgn bacaan al-quran?

Adeh!

Nisa berkata... [Reply]

Guna anak sebagai bahan kajian? Wow, just WOW! Manusia apa yang macam tu sekali?

lieynanilaz berkata... [Reply]

first timelah aku dengar...

Anamarza berkata... [Reply]

first time jugak dgr tang ayam diazan sebelum sembelih tu,bab R&D tu pun mmg tak patut buat sekadar camtu je...

Mulan berkata... [Reply]

ohh.. takde pernah dengar.. tapi apa2 produk pon lately, promo over the river.. tak sanggup nak dengar.. takut pon ada..

Unknown berkata... [Reply]

ada produk ayam yg di azan kan ya Rai. First time dengar ni. Tapi mmg kan, saya pun tak berapa percaya nak beli produk2 mcm ni, betul ckp Rai, kalau yg makan tu tak baca Bismillah, sama je kan..., tp orang kata, mungkin usaha untuk menyembuhkan, semua pun datang dari Allah juga.

mama_ka0ri berkata... [Reply]

mula2..2,3 ekor larat la nak diazankan..bila dah sampai berekor2..terpaksa pakai tape plak..haha..yg tu yg lawaknya..mcm ko kata la..kalau tak baca bismillah mase makan same jgk..aku pon tak faham ngan org kita zaman sekarang ni..terlampau jumud hingga lupa kualiti..
yg bab R&D tu mmg ade pon..dan ade adik beradik yg keje di situ..sekarang dia dah letak jawatan..carik keje lain..hahaha..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

aku rasa, salah satu sebabnya mungkin penggunaan testimoni yang melampau. dalam testimoni tu seolah produk mereka adalah `benda ajaib turun dari langit' yang mampu mengubat apa saja.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com