Jumaat

Malaysia memang boleh!!

Assalamualaikum

Aku jarang lunch makan selain dari nasi. Hari ni ntah apa mimpi aku order mi soto. Sedap pulak sesekali makan mi soto :P

Sambil makan aku membelek surat khabar. Perasan ala-ala bisnesman tengok saham la kot naa..Hahaha.. Sambil tu sempat jugak aku jeling-jeling meja lain yang duk khusyuk makan. Jenuh jugak lah kiranya aku nak habiskan semuanya. Tapi aku tengok beberapa orang ni. Lepas tolak pinggan nasik, bangun pulak ambik jejemput. Hebat gila. Aku memang kuat makan. Tapi aku prefer makan kerap instead of makan tak berenti renti.

Aku yakin dalam masa yang sama masing-masing duk komplen berat badan yang dah terlajak dan bising pasal nak berdiet. Dalam masa yang sama, rasa leceh sangat nak berdiet. Tak ada masa untuk bersenam dan macam-macam lagi. Sambil duk rakus mengunyah jejemput.

Malaysia boleh!

Everything comes with a price. Mungkin bukan dalam bentuk duit.

Sembang nak kurus tapi tak sanggup nak makan dengan sihat, tak sanggup nak ubah gaya hidup. Atau pun, bising duit tak cukup tapi nak duduk dalam comfort zone je.

Cakap kosong memang seronok. Tapi, in the end kita pun dapat kosong je lah. Apa pun tak dapat. Aku pelik bila orang-orang macam ni terus jugak mengeluh kerana hidup mereka takde perubahan.

Renung-renungkan..

Selamat hari jumaat & selamat bercuti panjang

Daa

8 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Hehehehehehe...

Betul lah tu. Tapi mcm mana dgn mengeluh bila janji yang masih tak tertunai lagi?

Mmmm...

mummY daniSha berkata... [Reply]

huhu...susah zai..nak control makan ni tau.....azab aku rase huhu..esp bile mr huby memang jenis kuat makan...nak seribu dayekan huhu

Unknown berkata... [Reply]

abah slagi boleh masuk abah sumbat aje

pB berkata... [Reply]

nak kontrol makan ni , payah

Unknown berkata... [Reply]

nak ada didiplin yg tinggi huhuu

Unknown berkata... [Reply]

selagi perut tak menegang means boleh masuk lagi..haha

syuxer berkata... [Reply]

kerajaan usus sentiasa tidak bertolak ansur dengan kemahuan yang kuat untuk makan..hehe

kena jiwa kental baru dapat lawan

Mulan berkata... [Reply]

heheh... rasa setepek kena kat muka.. nafsu makan sukar dikawal... esp bila dgn kenkawan.. rasa semacam je happy nya kalo keluar makan dgn kawan2.. sbb kat sini kan so the very boring nya tak tau nak buat apa.. ahaks.. me the byk alasan punya orang..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com