Assalamualaikum
Sebenarnya dah lama jugak dapat award best team ni. Tak silap masa Q2. Ni dah masuk Q4 dah. Hampeh tak sekarang baru nak belanja makan? Hehehe. Aci lah. Dari takde langsung.
So Pasta Zanmai telah terpilih sebagai lokasi bagi sesi menambah lemak-lemak tepu kali ni. Mulanya nak ke Empire subang tu. Tapi bila call nak booking takde orang angkat pulak. So tukar location ke Pasta Zanmai Sunway Pyramid.
Menunya quiet banyak. Dan yang pastinya Japanese Style. Aku pasta masta ni kureng sikit. So aku pakat dengan sorang team mate aku makan nasik. Ratu nasik lah katakan. Aku ambik Unagi kabayaki set. Dia ambik chicken teriyaki set. Setiap set ada nasi, salad jepun, miso shiru dan jugak sepiring unagi atau chicken teriyaki. Patutnya nak ambik sishamo. Huhu..Tapi takde. So just ambik agedashi tofu. Nice! Air aku minum japanese green tea. Eh kata jepon. Harus lah green tea. Kehkehkeh..
Yang paling sedap dalam set aku tu adalah salad. Sos salad ala jepun tu masam dan lemak. Tak silap rasa dia ada macam thousand island tapi ni ditambah dengan bijan. Sayangnya nasi tu tak sesedap dan tak semelekit original nasi jepun. Maybe sebab yang masak tu orang malaysia kot. Aku sendiri tak dapat lagi skill masak nasi Jepun ni. Tapi nasi tu sepatutnya agak melekit dan mudah dimakan dengan chopstick. Unagi kabayaki nya pulak ada rasa ikan yang kuat dan agak fail ditekak aku. Sosnya pun macam kicap jalen lemak yang aku guna kat rumah! Miso shiru nya pun masih boleh dibaiki. Most of team mate aku yang order set yang ada miso shiru tu tak habis. Haihhh..Bukan hari-hari tau jumpa miso shiru! Green tea nya ok.Tak pekat sangat. Mild je rasanya. Chicken teriyaki tu pun sosnya lebih kurang je macam rasa sos kat unagi aku tu.
Selain dari tu aku cuba jugak healthy vegetables pizza yang diorang order. Basenya nipis dan sedikit crunchy. Isinya penuh sayur sayuran. Not bad lah. Tapi since aku ni agak karnivor so aku prefer yang ada letak seafood atau daging sikit. Huhuhu.
Komen dari yang order chicken katsu kare pulak, kari tu rasa macam perencah megi kari. Boleh? Hahaha..
Eleh..banyak komen pulak kan. Orang belanja tu cekik je lah. Hahaha..
Overall makanannya so so. Tapi aku agak kecewa sebab aku expect lebih sikit. Tapi pricingnya ok la. Takde lah mahal sangat. Unagi kabayaki set tu RM20. Tapi ni kan orang belanja. Murah la kot. Kalau keluar duit sendiri gigil gak. Tapi percayalah. Kalau ambik menu yang set tu memang kenyang. Untuk bulan December ni ada set mini. Untuk RM20 dapat satu mangkuk pasta dan sepinggan nasi. Walau pun tulisnya mini, tapi portion nya tak berapa nak mini. Sendat gak aku tengok diorang nak perabiskan.
Kalau ada masa boleh la cuba. Maybe tak sehebat makan di Rakuzen tapi still mengenyangkan dan layanannya memuaskan hati.
Ada masa belanja la lagi ye bos. Lain kali kita ke Rakuzen pulak. Hohoho..
Daa
11 comments:
nama ala2 jepun bikin syuk rasa was2 nak order walaupun rupa parasnya ada tunjuk seiras dengan nasi, lauk ayam dan sebagainya..hope diyakini halal sepenuhnya coz masakan2 jepun kadang2 ada gi tambah wain untuk sedapkan masakan tersebut hehe..
makan ngan chopstik memang bukan kepakaran syuk hahah..makan kayu tuh la jawabnya nanti hehe
tak pernah makan makanan jepun, tah la setakat ni blum terbuka hati nak cuba kot
Tak kisah la lambat asal dapat ganjarannya kan
Kakcik tak pernah cuba makan makanan Jepun. :)
mak aii.. tak pernah makan di tempat gini, slalu makan di warung mamak je..
nasi jepun letak cuka kot yg melekat2 tu, agaknya org yg masak kat msia tak letak cuka kot eh
Awak sgt berani menerai belut. Hahahah! Tp kwn sy yg keje kat Sushi King kata, kebiasaan unagi diimport dr Jepun. Dan unagi sedia ada import dr sana kebiasaan diperap dgn sake utk rs dan ketahanan.
Tapi, pk baik sajalah ye?
syuk...hmm..takde tanda halal tapi.. alamakkk..
akak pun terpaksa sebab kat jepun org tak makan nasik pakai tangan cam kita..
zulfattah,
makan org belanja bulih laa..
yatie,
tapi tu bukan sushi eh letak cuka.. hmm..semalam tu nasi biasa je..
fara,
alamak ye ke..seingat saya takde pulak macam tu..sushi king mmg tak pegi makan..nak kena siasat nih...
restoran2 jepun mcm ni mmg ambik daging drpd pembekal yg disahkan halal tp cuma sbbkan penjualan arak je yg tak dpt sijil halal. btw, sos salad yg rase mcm bijian tu kalo tak silap namanya sos wafu (japanese style dressing)
Catat Ulasan