Assalamualaikum
Sebenarnya aku telah berjaya meracun shujin untuk belikan DVD cerita My Princess last week. Shujin setuju setelah disogok dengan DVD Gundam. Kehkehkeh..So Tom & Jerry untuk anak-anak. My Princess untuk aku dan Gundam untuk shujin. Yeh..‾
Balik dari Summit USJ, shujin benarkan aku untuk tengok dulu. Jenuh la dia sebab My Princess ada 16 episod. Demi nak mengabiskan cerita tu dek kerana teruja dengan pakcik Park Hae Yeong yang sweet lagi kakkoi, aku pulun tengok sampai dinihari. Pergi kerja dengan mata panda okeh. Tapi hari ni baru habis. Akhirnya.. Tapi shujin duk kutuks jugak mulanya cerita tu. Aku buat pekak je.
Google : Park Hae Yeong yang kakkoi.haihh..
Cumanya aku ni tak berapa nak boleh tengok cerita yang suweet begitu dengan shujin sebab bila sampai part yang macam tu aku akan tersengeh-sengeh gediks ala anak dara pingitan. Aku segan kalau shujin nampak. Nanti kena kutuks..Hahaha.. Tapi semalam shujin teman jugak aku tengok dua episod terakhir. Seksa gila menyembunyikan muka gediks aku masa tengok part diorang comel comel tu. Heh.. Perangai tak macam mak orang. :P
Shujin : Orang pompuan memang suka tanya macam tu eh
Aku : Tanya apa?
Shujin : Tu lah..tanya pasal ada pompuan lain.
Aku : Entah. Saya pun tak paham kenapa.
Shujin : Awak takde ingat saya ada pompuan lain ke?
Aku : Hmm..takde pulak..Kenapa? Awak ada ke?
Shujin : Cehh...ada ke
Aku : Memang selalu pompuan macam tu ke? (aku tanya dia balik)
Shujin : Entah..saya kahwin dengan jantan. Nasib baik boleh beranak. (Terus berlalu masuk bilik komputer)
Actually, it takes me a while untuk realize yang sebenarnya dia perli aku. Macam hampeh tau! Lepas aku perasan aku terus lagi masuk bilik
tumbuk perut dia bertubi-tubi. Hehe..
Haihh..Kakkoii lah pakcik Hae Yeong ni. Haruskah aku ulang tayang cerita ni masa weekend? Mesti shujin pening kepala nanti. Hahahaha..
Nota kaki : Satu yang aku sangat setuju dalam cerita tu adalah, orang lelaki kalau ngajar bini dia ke awek dia ke bawak kereta mesti tak sabar. Tapi nasib baik shujin tak se stress itu masa ngajar aku bawak kereta.
Selamat Hari Jumaat & selamat berhujung minggu. Weekend ni aku kerja kat I-City. Meh la kalau berani. Hahaha..
Daa
15 comments:
Kakcik sedang 'jatuh cinta' setiap petang Isnin hingga Khamis sekarang ini dengan Ady Putra (lagu pun yang dia nyanyikan pun best) - tak sedar dah nak jadi nenek!
Tapi sekarang, kakcik menonton bersama suami. :)
aahhahahaa..kan dah kena batang hidung sendiri..hehehe
hehehe...bagusla ko zai..x pandai cemburu hehehee..=)
hahah pandai suami akak kenakan akak hehe..suami akak ni baik orangnya..tengok gaya perbualan dia cam sayang sangat kat akak hehe..bertuah kat akak hehe
...wekk! (Sambil tutup sebelah mata bila tgk gambar tu).
Hihihihihihi!
ekekkekekekek ;p
ps: i-city? leh msk diskaun x? ekekkekekeke
owh pedas sungguh gurauan...hahahha
saya ajar adik pompuan saya bawak kereta...mmg menuntut kesabaran paling tinggi!! hahaha
kat umah ni memang 80% channel 393 & 391.. takde sempat nak tengok dvd drama2 yg diborong dolu2... nasib movie korea tak sampai bumi malaya.. baru ada satu hari tu kan..
toksah kata ngajar bawak kete je, ngajar lain pon byk tak sabarnya.. ahaks..
Hehe, gurau kasar tu.hehe
kakchik,
memahami...huhu..
syuk,
hehehe..sapa tak sayang bini kan kan...
anamarza,
kadang2 kitorg memang gurau pedas2..
HAHAA takpe gurauje pon..serius
bro tak suka movie korea XD
keh keh keh..aduhaiii gelak tini dibuatnya. memang tini dpt bayangkan mcm mana muka blur akk lepas suami ckp cmtu, then lari ke bilik. dan tumbuk2 perut dia. suweeeeettt!!!
Catat Ulasan