Selasa

Durian runtuh pelabur ASB

Assalamualaikum

Semalam ASB announce dividen tahunan diorang. Aku dah terlupa sebenarnya. Terbaca entry kat blog mamaema. Baru teringat balik.

Sedikit aku nak sentuh bab membuat pelaburan ni. Seingat aku, kesilapan aku yang paling jelas masa aku start belajar nak menyimpan dan melabur ni adalah target.


Target tu adalah berapa banyak kita nak capai dan dalam masa berapa lama kita ambil untuk capai matlamat tu. Benda macam ni mungkin remeh. Tapi penting sangat untuk kita. Contohnya macam ni, kita nak pergi Johor, tapi tak tau nak pergi mana dan tak tau nak sampai dalam masa berapa lama. So kita mungkin end up, singgah Melaka. Pergi A Famosa. Lepak kat Pagoh. Bila sampai kat Johor pun kita tak pasti nak ke mana. Nak buat apa pun tak tau. Rasanya ada kepuasan tak? Macam buang duit buang masa kan.

Macam tu jugak matlamat kewangan kita. Kita melabur ke menyimpan ke kena set satu matlamat. Contohnya kita set nak cukupkan simpanan RM100k dalam masa 5 tahun.  Bila ada matlamat macam tu kita akan ambik inisiatif untuk kaji pelaburan yang macam mana yang bantu kita untuk capai matlamat tu. Maksudnya dalam setahun kita kena ada RM20k. Berapa banyak kita nak laburkan untuk capai RM20k setahun. Berapa peratus interest/dividen/pulangan whatever you call them, yang pelaburan kita tu bagi dalam setahun. Perlu buat pinjaman ke? Berapa banyak pulak interest pinjaman tu. Berbaloi ke tidak.

Mungkin ada yang tak setuju buat pinjaman untuk melabur. Tapi dalam kewangan, ada yang kita panggil good debt ada yang kita panggil bad debt. Meminjam untuk melabur adalah sejenis good debt. Provided, kita ada plan lengkap untuk buat bayaran semula. Jangan main redah je.

Kalau tak ada satu matlamat yang betul-betul jelas. Kita akan berakhir dengan, bila sesak je cashout duit simpanan. Sudahnya adala simpanan 2-3ribu. Ulang alik macam tu. Kalau duit gaji tak cukup untuk buat simpanan atau pelaburan, ini adalah masanya untuk manage duit dengan baik. Bayar gaji pada diri sendiri dulu baru bayar hutang lain. Duit gaji sendiri tu untuk simpanan/pelaburan. Kalau duit nak bayar hutang tak cukup. Pandai-pandai la buat bisnes ke keja part time ke. Kita tak tahu jadi apa pada kita di masa depan. Jangan tinggalkan anak-anak dalam keadaan yang lebih teruk dari miskin (menanggung hutang mak bapak) Yang mana aku rasa senario biasa masyarakat zaman sekarang.

Pada aku melabur dalam ASB ok je untuk matlamat simpanan jangka panjang. Bagi yang nak lebih cepat dengan matlamat simpanan yang lebih tinggi, aku cadangkan option lain macam unit trust ke. Sebab returnnya lebih tinggi. Tapi biasala. Return tinggi datang dengan risiko. Kena faham jugak sikit sikit selok belok pelaburan. Jangan harap pada ejen semata-mata. Kalau anak orang Felda, cuba risik risik pelaburan KPF. So far returnnya tak kurang dari 10% dan pernah capai 16%. Kira-kira 2 kali ganda jugak dari ASB. Dan dalam masa yang sama, risikonya rendah. Cubalah. :D

Nota kaki : Berapa dah simpan?

Daa

26 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik belum ada simpanan. :(

ct rahani berkata... [Reply]

gud info sis.. memang penting utk meyimpan walaupun x banyak..

Nieda berkata... [Reply]

Ada juga sikit2 utk simpanan masa depan. Berapa peratus untuk tahun ni?

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, tak terlambat nak start dari sekarang.. :)

Unknown berkata... [Reply]

@ct rahani, setuju.. memang nak kena ada..tapi saya pun baru mula..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Nieda, dengar dalam berita semalam naik 1.15sen dari tahun lepas..7.65sen..ok la kan..

misya berkata... [Reply]

bape oeratus yer tahun ni

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Setiap tahun, ASB tak nek ketara dan tak turun ketara. Pergerakan die konsisten dr dulu smpi skg.

Gaji sy byk abis dgn simpanan. ASB, investment link dan insurans. Yg lain2, peruntukan utk hutang, sewa dan utiliti. Mkn sedap2 kat lua, soping baju seme bukan aktiviti rutin bulanan sbb kekangan duit.

Sy mmg sederhana. Adakala tak ckp sbb komitmen. Sy tau, ada yg bising kate sy tak bersyukur sbb mempersoalkan tentang HAK. Tp sy rakyat yg sepatutnya ada hak utk bersuara. Bkn utk sy sorang, tp wakil utk yg senasib sy....

Eh, komen sy melalut ke? Hahahahah!

Hana Faza-same person berkata... [Reply]

Exactly! Faza stuju dgn good debt tu..skrg faza prefer melabur dgn simpanan emas;) pulangannya amat memberansangkan;) alhamdulillah

Unknown berkata... [Reply]

percaya atau tidak..bui tak pernah bukak akaun ASB..hubby bui adalah..hehe

Prettywrite berkata... [Reply]

yna bab ekonomi ni memang fail k.rai..hurm tak pernah melabur lagi setakat ni..melabur dlm kwsp jer aci tak?kikiki..

PCL berkata... [Reply]

dua-dua balun...ASB n Unit Trust...lumayan! syukur alhamdulillah.

Unknown berkata... [Reply]

tulah, mmg kena set target berapa nak capai dalam simpanan tu, baru kita akan berdisiplin dalam menyimpan kan...

p/s: adalah sikit2 duit simpanan tu..:)

Unknown berkata... [Reply]

@misya, tahun ni 7.65sen.. naik 1.15 dari tahun lepas..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, pernah dengar pasal ASB ni..katanya untung besar pun diorang tak bagi banyak sebab kononnya utk simpanan bila masa rugi nanti..yg "masa rugi nanti" tu katanya tak pernah ada pun.. so lebihan duit tu tak tau la dibuat macam mana..somehow saya kurang berkenan dengan ASB sbb nampak kurang kejujuran dari segi pembahagian dividen..kalau untung banyak kenapa nak bagi sikit je..

lebih kurangla macam saya pun..nak shopping baju sendiri pun berkira. bising mak saya..tapi utk masa depan kan..

pasal HAK pada saya memang kita kena bercakap..kena mengingatkan.. tapi saya macam agak malas nak bercakap memandangkan tak banyak perubahan berlaku..harap2 lepas PRU13 ni adalah perubahan kan..

kesian golongan sederhana..lebih teruk lagi..

Unknown berkata... [Reply]

@Hana Faza-same person, ada baca pasal faza buat simpanan emas dan bayar kereta dalam masa 3 tahun tu..menarik sangat..

lebih baik lagi kalau faza teruskan je simpanan emas tu instead of cash out memandangkan ia bagi pulangan yg lumayan..berbanding cash out utk kereta which is in the end value nya menurun..nothing wrong dengan bayar kereta dalam tempoh yg dia bagi as long as kita bayar tepat dan takde masalah..

pendapat aku la..

Unknown berkata... [Reply]

@Bui Junaidi, sama lah kita :D

Unknown berkata... [Reply]

@Prettywrite, hahaha.. kwsp pun kita melabur pun dik..wajib belajar pengurusan kewangan..org perempuan bila dah kawin kena uruskan kewangan keluarga..hihihi..

Unknown berkata... [Reply]

@[PCL], alhamdulillah..boleh la PCL belanja kami nanti..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@~ yus ~, nak disiplin tu yg berat tu kan..lagi2 bila nampak kasut ke beg idaman..haha..

eB berkata... [Reply]

eB simpan kat ASw. hu3

Unknown berkata... [Reply]

aku simpan asb dh lama tapi asyik keluar jer..so,skrg ni kitaorg simpan duit simpanan rumah dalam asb..setakat ni memang tak pernah keluar..hubby ada gak join unit trust guna kwsp..aku anak felda,tapi tak ambik tahu pun pasal kpf tu..hehehe...mungkin ko boleh cerita nanti

Unknown berkata... [Reply]

@eB ezrin, tak lama lagi diorg announce dividen asw pulak kot kan.. tapi biasanya asw lagi rendah..tu tak bes tu..saya pun dulu ada asw..buat masa zaman sekolah..skang da keluarkan hampir semua..haha..

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, bagus jugak buat macam tu..hehe..kpf tu nanti aku cite.. aku pun baru2 jugak tau pasal kpf ni..hihi..

Totie@Tomy berkata... [Reply]

kalau dapat bonus tahunan biasa hubby saya belanja besar..hehe tp tak ambik semua...

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

cik ina simpan korek balik. hujung bulan,habis tu tak de duit nak korek mana,ASBlah jawabnya : )

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com