Khamis

Bottakuri = cekik darah

Assalamualaikum

 

Cermin kereta dah retak selama beberap bulan dan mula merebak. Kata shujin tak apa pun sebab ada tinted. Tapi aku risau jugak.Kita tak tau bila bahaya nak datang, so lebih baik elakkan segala possibilities. Betul tak.

 

Since cermin tu ada perlindungan insurans kitorang pun paksa rela nak pergi tukar kat Honda. Tapi service Honda kat cawangan Klang tu dah makin teruk. Nasib baik je aku baik dengan ejen kereta kitorang tu. Malas nak bising-bising sangat. Tapi kali ni memang agak melampau.

 

Kes 1

Masa nak order windscreen tu kata tak payah bayar apa-apa. Then bila call nak booking tarikh untuk pasang bising pulak kata patutnya kena bayar 20% dari harga cermin.

 

Kes 2

Dah lepas order tu diorang kata akan call bila cermin tu sampai tapi takde call pun. Lepas tu mula-mula kata tak pe, asalkan kita set tarikh untuk pasang tu dalam 3 bulan tak kisah. Lepas tu ejen call cakap bos bising kitorang tak booking tarikh lagi. Hangin la shujin. Nasib baik dia call aku. Kalau call shujin silap-silap boleh menangis budak tu kena toucher. Nasib baik mood aku okey sikit tadi.

 

Kes 3

Ejen kata, claim insuran tolak dengan kos pasang cermin kitorang akan dapat dalam RM700. Fikir boleh la buat cover duit untuk pasang tinted pulak. Tiba-tiba je labor charge sampai RM500++, cermin RM350, itu ini..semua sekali RM1000++. Tinggal berapa hengget je balance tu. Tak hangin ko? Kemaruk apa labor charge sampai RM500 lebih. Pasang tu bukan sampai seminggu. Berapa jam je siap. Tanya kat workshop biasa, diorang cuma charge dalam RM200 je. Campur ngan cermin semua tak sampai RM600. Cekik darah gila Honda skang ni.

 

So kekdahnya, lepas tukar cermin ni tak tau lah bila pulak nak pasang tinted nya. Haihh.. Asal hujung tahun ada je perkara kurang enak berlaku pada kereta tu. Last two years kena sondol dengan kancil sampai tak boleh nak tutup bonet.

 

Tensi je aku nih.

 

Nota kaki : Aku baru dapat tau bayaran masuk private beach tempat manusia berbugil kat Europe tu adalah 250EUR. Nak buat dosa pun bayar mahal cam tu kan. Kahkahkah..

 

Daa

3 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Haishh...ujung thn mmg malang bt Harimau Kumbang sy jugak ye. mcm2...mujur org yg langgar tu sgp nak byr!

Tp bab cermin..haishhh! Payah nak deal dgn orn insurans nie. Ms nak suh kite amik, mulut manis je.

Unknown berkata... [Reply]

hehehhe..sabar jelah..tu lah servis memang mahal nk mampus..abah br ni servis kete pun RM1100..

Unknown berkata... [Reply]

SALAM,
MAHALNYA... TAPI BETUL KE KOS BARANG DAN UPAH MACAM TU?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com