Isnin

Air yang sihat Part 2 : Penapis air yang terbaik?

Assalamualaikum

Baca Air yang sihat Part 1 dulu ya.

Apakah kriteria penapis air yang baik?
Adakah berbaloi beli penapis air yang murah yang tapis tak seberapa atau pun beli yang mahal tapi sebenarnya tak tapis apa-apa jugak? Sejauh mana penjual penapis air jujur dalam keterangan mereka? Ada yang kata boleh tapis 140 contaminants, ada yang kata boleh tapi 150 jenis contaminants. Ada yang kata semua pun boleh tapis. Tapi betul ke? Macam mana nak tahu yang diorang sebenarnya tak menipu kita. Boleh penjual bagi kita list apa yang diorang boleh tapis?

Air RO terbaik?
Kalau air bersih, tapi takde khasiat. Kosong. Itu bukanlah air yang sihat. Biarlah aku berterus terang ya. Aku rasa ramai yang dah tahu pasal ni. Tapi aku akan tulis jugak bagi yang belum tahu. Sekarang ni antara air yang sangat popular adalah air yang dihasilkan melalui proses reverse osmosis. Aku tak nafikan air yang dihasilkan adalah bersih dan bebas dari kandungan logam berat dan contaminant yang boleh membahayakan kesihatan. Bagaimana pun, adakah air RO ni benar-benar sihat adalah terpulang pada judgement individu tersebut. Ini kerana, air RO tak mengandungi sebarang zat. Maaf kalau ada yang sentap. Ia macam minum air bateri sebab air bateri tu adalah air suling yang tak mengandungi sebarang mineral. So, sama ada air RO ni sesuai untuk diminum atau tidak, terpulang pada korang sendiri.

Standard bagi penapis air
Bercakap pasal air yang bersih. Kita tak boleh lari dari bercakap tentang penapis air. Ada beratus jenis penapis air boleh didapati dipasaran. Masing-masing kata produk merekalah yang terbaik. Bila kita membincangkan tentang produk yang baik pulak. Kita akan tengok macam-macam jenis standard dan qualification atau certification dari badan bebas pada satu-satu produk. Standard yang paling popular bagi penapis air ada NSF.

NSF adalah satu organisasi bebas yang memberikan sijil standard bagi pelbagai jenis produk. Salah satu daripadanya adalah produk penapis air. Macam-macam informasi yang kita boleh dapati kat website NSF - htt://www.nsf.org



Website NSF

Antaranya adalah seperti
(1) Contaminants guide - Jenis-jenis bahan cemar yang biasa terdapat dalam sumber air
(2) Tips untuk memilih penapis air yang baik - Guideline bagi nak tau penapis air macam mana yang ideal dengan keperluan kita
(3) Database produk dan syarikat yang dah dapat sijil dari NSF - Ada 1740 jenis produk penapis air yang dapat sijil NSF. Boleh check setiap satu, standard mana yang produk tu certified dan apa jenis contaminants yang berupaya ditapis. Ada sesetengah siap provide official link bagi product tersebut lagi.
(4) NSF standard bagi sistem penapis air - Ada banyak standard bagi certification oleh NSF ni. Standard paling biasa adalah 042 dan 053


dan banyak lagi

Standard 042 adalah standard paling basic bagi sesebuah penapis air. Kalau penapis air tu dapat tapis klorin, baiki rasa dan bau air, boleh dapat dah sijil.

Standard 053 adalah bagi menapis bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan. Ada banyak bahan cemar (Rujuk pada list bahan cemar yang biasanya terdapat dalam air) Tapi apakah yang dapat ditapis oleh penapis air tersebut. So, kalau ada yang kata diorang boleh tapis 140 jenis contaminants tu boleh tengok listnya dengan rujuk pada database NSF.

Ada jugak standard lain macam 055 bagi penapis air yang ada gunakan teknologi ultra violet untuk bunuh kuman dan bakteria dalam air. Macam-macam lagi lah. Basically lagi banyak standard yang satu-satu jenis penapis air tu dapat, lebih bagus la kan. Lagi panjang list of contaminants yang boleh ditapis lebih baik lagi.

Bila nak beli penapis air, tanya model penapis air mereka. Cari dalam database NSF untuk tahu sejauh mana penapis air tu boleh menapis. Dari situ, kita akan tahu harga yang ditawarkan berbaloi ke tidak dengan penapis air tu. Banyak product yang kata mereka ada dapat sijil NSF. Tanya pada penjual standard yang mana satu. Kalau setakat standard basic 042 nak jual dengan harga ribu ribu aku rasa kurang berbaloi. Tapi terpulang pada kemampuan individu dan pandangan masing-masing.

Berhati-hati! Ada sesetengah penapis air ada sampai 5-6 penapis. Check sama ada semua penapis dapat sijil NSF ke tidak. Mungkin ada yang tak semua. Cuma yang menjadi masalah adalah bila syarikat pengeluar penapis air adalah berbeza dengan syarikat penjual. Maksudnya syarikat yang beli produk penapis air dari syarikat negara China, kemudian dilabel dengan brand mereka. Nama model pun berubah. So susah la sikit nak cari info produk dalam database NSF. Melainkan kalau penjual nak bagitau apa nama model yang di register dengan NSF.

Bagi aku kesihatan bukan boleh dijual beli. Jadilah pengguna yang bijak, pengguna yang ada pengetahuan. Penjual pun tak boleh nak tipu kita kalau kita ada pengetahuan.
 
Daa

45 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

pengguna bijak...yess..that's the words...tenkiu for the info...so lepas ni harap2 xde yg tertipu dgn marketing yg kejam tu...

to my blog - Acapsuur (>,<)

Unknown berkata... [Reply]

@asyrafNAKjadiLEBIHbaik, tu lah..actually marketing takde lah kejam..cuma diorg ni pandai main ayat utk menonjolkan apa yg kononnya lebih..sebagai contoh.. diorg kata diorg dapat sijil NSF.. tapi standard yg mana satu biasanya tak ditulis..

mummY daniSha berkata... [Reply]

zai..kat umah ko minum air tapis je ke..or air tapis yg dimasak?

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha buat masa ni aku minum air tapis yang dimasak sebab penapis air aku tak ada sistem pembunuh bakteria..kalau ada rezeki insya allah aku nak dapatkan satu yg complete tak payah masak..sbb kalau yg ada sistem pembunuh bakteria tu memang dah terjamin dan terbukti..

masalahnya adalah kos..hehehe..

Ce'gu JAERA berkata... [Reply]

wahh bagusnya zai ni... berkongsi2 pasal air yang baik.. betul juga kan.. kesihatan bukan boleh dijual beli.

Mencegah itu lebih baik drp mengubati.. pilih lah air yang berkualiti..

p/s: zai ni penjual penapis air ke??

Unknown berkata... [Reply]

@Gen2Merah, hehehe..just share apa yg saya tahu..

p/s:a'ah..ada jual =)

Unknown berkata... [Reply]

bagus info ni..sila email aku apa produk penapis air yg bagus...

Anamarza berkata... [Reply]

cam tak rajin plak nak check kat link tu, hihihi sbb dah pakai penapis yg ribu riban kang check2 tak de standard kang melopong plak..

bleh kongsi penapis air pe yang elok..sekadar nak tahu je...

Kancil 8349 berkata... [Reply]

bagusnya berkongsi maklumat mengenai penapis air...hmmm...kancil sekeluarga beli air mineral yang guna gelen tu...untuk minum je...ndak ada penapis...

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: berkata... [Reply]

umah yna air x bersih..
kuning mcm air teh :(

takut nk minum dan cuci muka :(

maszull berkata... [Reply]

salam...mekacih kongsi maklumat kat sini....mama dpt maklumat yg berguna bila baca n3 ni...:)

zahidah seran berkata... [Reply]

good info..
pening nak pilih mana satu..
tengah berkira2 nak beli....=)

msredcheesecake berkata... [Reply]

Rai, nak minum air pun kena baca info... Peninglah... Hhee... Rai minu. Air apa?

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, meh email address ko.. atau pun ko boleh email aku kesoma.rai@gmail.com

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, betul tu..tapi most of the time, org tak tahu pun penapis air dia cukup bagus ke tidak..sebab..air yg keluar still jernih,still tak berbau..mana nak tau ada logam berat ke tidak.. betul tak..

Unknown berkata... [Reply]

@Kancil 8349, air mineral memang bagus utk kesihatan.. kalau tak ada sumber air yg bersih lebih baik minum air mineral.. masalah dengan air mineral adalah kos dan sampah yg dihasilkan dari botol yg kita beli tu..

Unknown berkata... [Reply]

@YNA, kalau sampai air warna kuning baik install penapis air kat paip luar tu..yg bentuk tong panjang tu..

Unknown berkata... [Reply]

@maszull, sama2.. =)

Unknown berkata... [Reply]

@zahidah seran, memang pening.. banyak sangat jenama yg ada..masing2 dengan kelebihan masing2..cuba lah tengok tips kat web nsf tu..sangat berguna..

Unknown berkata... [Reply]

@msredcheesecake, terpaksa lah..zaman sekarang banyak peniaga yg kurang jujur.. saya minum air tapis yg dimasak.. belum cukup uwang nak beli yg sekali dgn sistem pembunuh bakteria..hehehe..

emarieys berkata... [Reply]

walauun pakai penapis..tp air tetap juga dimasak

Unknown berkata... [Reply]

@MamaEma, depend pada penapis air..kalau penapis air memang tak include sistem penapisan bakteria lebih baik masak..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai,

Refer to Aididleaks, berkenaan penapis air Hai-O yang mendpt keuntungan berlipat kali ganda (terbeliak mata baca) dari harag kos yg tak sampai bape rat.

Sy kena berhati-hati bab penapis air. Penapis air yg menghasilkan air berkandungan mineral lebih dr yang sepatutnya pun kdg2 boleh bt sy berfikir. Betulkah?

Unknown berkata... [Reply]

@Fara, company macam Hai O tak manufacture penapis air dia sendiri setahu saya. diorg beli dari company lain kemudian rebrand dgn nama diorg..so kos sebenar penapis air tu tak pastilah macam mana..tapi kalau betul macam tu memang sangat melampau lah..di kira riba' kalau macam.. saya sangat2 tak setuju dengan kaedah jualan yg macam tu.

secara peribadinya saya rasa harga mahal tak jadi masalah kalau justified dengan kualiti product.. tapi kita kena rajin buat survey la..website NSF tu sangat membantu sbb dari situ kita akan tau harganya berbaloi ke tidak dengan apa yg penapis tu boleh tapis..

dari segi kandungan mineral pulak. saya tak pernah lagi dengar pasal ni. tapi logik jugak sbb ada sesetengah penapis air ada sistem yg menambah mineral ke dalam air.. walhal sebenarnya apa yg patut dilakukan adalah keep mineral yg baik dan buang bahan cemar yg tak baik..pasal ni nanti saya cuba2 tanyakan pada mereka yg lebih pakar..sbb saya pun just share apa yg saya dapat dari kelas yg saya attend..hehe..

syuxer berkata... [Reply]

entri ini disave untuk simpanan kot2 boleh dirujuk balik..tq akak..ilmu yang berguna

Unknown berkata... [Reply]

@Syuxer, thanks..insya allah boleh dijadikan panduan nak beli penapis air nanti..hehe..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Good info.thanx

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Hi.. Saya nak cr penapis air yg tapis klorin. Air akan dimasak utk bust susu baby. Boleh cadangkan? Bole email emileen79@yahoo.com. Thanks..

Azrul Yahya berkata... [Reply]

Salam. Boleh share penapis air yg awak guna x. Email saya azrul729@gmail.com

MySpace V2 berkata... [Reply]

Salam. Nk tahu jgk penapis apa. Tlg email one_niee85@ yahoo.com. tq....

Mijie berkata... [Reply]

boleh tlg share penapis air apa yang awak gunakan...email saya k tq
armizemk@yahoo.com

Cnidaria berkata... [Reply]

salam, boleh rekemen kan saya penapis air apa yang baik untuk digunakan?
c.ctmuni81@gmail.com
tq.

kikin berkata... [Reply]

emailkan jugak
noorzaitulashikin@gmail.com
tq sooooooo much

elin berkata... [Reply]

leh email tak penapis yang bunuh bakteria tapi masih ada mineral.

ginaoohgina@yahoo.com

Cg. Mie berkata... [Reply]

salam, boleh rekemen kan juga kpd saya penapis air jenama apa yang baik untuk digunakan?

rosmizai@yahoo.com.my

Unknown berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata... [Reply]

assalamualaikum boleh e-mail jenama penapis air yang baik dan berkualiti kepasa saya
kpb_aulong@rmp.gov.my

MinatAir berkata... [Reply]

Boleh email saya air tapis yg terbaik ...waklu78@gmail.com

Unknown berkata... [Reply]

assalamuaalaikum..bgtau la sye skali jename ape pnapis yg baik tu..trimeksih..missipija@gmail.com

Ashraf bubblesO2 berkata... [Reply]

penapis apakah yg terbaik tu? sy skrg guna sukida.. ingat nk tuka pd Elken.. amacam?

shida berkata... [Reply]

Bleh suggest penapis yg best..sy tgh survey brand tupperware and blondal..tq
Ida88102@yahoo.com

cikguzila berkata... [Reply]

Info yang berguna. Mcmana ye nak monitor filter mana yang perlu ditukar di dalam set water filter?? Bersetuju dgn pendapat admin ttg kesan pemanasan air di dalam tangki abs..

cikguzila berkata... [Reply]

Info yang berguna. Mcmana ye nak monitor filter mana yang perlu ditukar di dalam set water filter?? Bersetuju dgn pendapat admin ttg kesan pemanasan air di dalam tangki abs..

liavendor berkata... [Reply]

Email sy penapis air yg ok.. aliahquseh@gmail.com

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com