Assalamualaikum
Raya makin dekat kan. Sure ramai dah dok berangan nak makan apa time raya tu. Yang ketupat, lemang, rendang. Kalau kat Johor yang disukai ramai semestinya lodeh. Family mak aku pulak wajib ada kongo. Kongo tu lebih kurang macam kurma, tapi lagi kehitaman warnanya. Shujin pun suka bangattt. Selain dari tu nenek aku punya resepi terhebat adalah kuah kacang. Tiap kali raya memang confirm dapat sambutan hangat. Sebaik lepas semayang raya. Apa lagi kan. Makan makan makan makan dan makan.
Kesian perut. Rehat sebulan masa ramadhan lepas tu kena dera. Tu pun kalau yang jaga makan masa ramadhan. Kalau yang jenis masa buka puasa juadah penuh semeja tu memang takde ubat lah tu. Patutnya bulan puasa lagi turun berat badan. Ada jugak yang bertambah. Yang tambah berat. Tambah gula. Tambah naik darah tinggi. Macam-macam jenis penyakit hinggap. Dek kerana makan ikut nafsu.
Dalam entry aku sebelum masuk ramadhan, aku ada tulis pasal bulan puasa ni adalah platform terbaik untuk mengawal berat badan, membebaskan diri dari penyakit-penyakit disebabkan oleh corak pemakanan yang tak sihat. Tapi biasa lah kan. Bila dah penat puasa, nampak makanan sedap sedap. Lupa terus. Akhirnya, azam jadi pekasam. Hehehe..
Sebelum ni aku pernah kata, punca kencing manis type 2 adalah kerana rintangan insulin.
Apa yang dimaksudkan dengan rintangan insulin?
Rintangan insulin merupakan satu keadaan adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan. Apabila keadaan ini berlaku, glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan ditolak balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat.Gula meningkat, jadilah kencing manis type 2.
Apakah punca rintangan insulin?
Setahu aku punca sebenar rintangan insulin tak berapa jelas tapi berdasarkan talk yang aku ikut aritu. Doktor tu kata rintangan insulin adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Insulin diperlukan dalam metabolisme karbohidrat kan. So, bila karbohidrat tinggi. Insulin pun kena banyak. Bila insulin terlalu banyak, lama kelamaan sel akan bina rintangan pada insulin tu sendiri. Kalau ikut teori kunci, dan pintu tu, bila dah banyak sangat kunci. Pintu pun jadi rosak.
Perubatan moden cuma akan menambah insulin. Memaksa pankreas menghasilkan lebih banyak insulin. Sedangkan rintangan sel terhadap insulin yang perlu dikurangkan. Dengan perubatan moden, lama-kelamaan, rintangan sel terhadap insulin akan jadi bertambah tinggi dan dos insulin yang terpaksa disuntik atau dos ubat yang perlu diambil oleh pesakit akan menjadi semakin tinggi. Ini seterusnya akan menyebabkan kesan sampingan yang lain pula.
Sebab tu doktor selalu ingatkan, ubat kencing manis takkan merawat, tapi hanya mengawal. Maksudnya, kalau makan ubat kencing manis sekali pun, penyakit kencing manis takkan baik. Betullah tu.
Siapa berisiko?
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan biasanya mempunyai rintangan insulin yang lebih tinggi dari orang yang mempunyai berat badan normal. Tapi aku bukan doktor. Nak tau kena buat check kat doktor lah kan. Hehehe.. Selain tu orang yang dalam family ada yang pernah ada sejarah kencing manis memang berisiko. Kena hati-hati. Sukar nak turunkan berat badan, kolestrol tinggi dan jugak tekanan darah tinggi adalah antara orang yang mempunyai rintangan insulin yang tinggi dan berisiko tinggi untuk dapat kencing manis.
Macam mana nak turunkan rintangan insulin?
Rintangan insulin boleh dikurangkan dengan melakukan senaman dan mengawal pemakanan. Pengambilan vitamin tambahan yang betul juga sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Kencing manis adalah ibu kepada kebanyakan penyakit. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. So, berpada-padalah makan tu.
Raya raya jugak, kesihatan jangan lupa jaga.
Daa

6 comments:
hmmm... risau sebenarnya bila pikir pasal kencing manis ni... ada artikel mengatakan kalo cepat berasa haus pun salah satu tanda penyakit kencing manis... aku ni cepat sangat haus pastu minum air manis banyak... nak kena kontrol laa kan...
@Norhisham Nordin
cepat haus tu kira cam tanda2 kecil la..dah haus ko jgn la minum air manis..tak hilang haus tu..hehe..ko buat la check. ala glucose test tu kejap je..dia ambik darah kat hujung jari..tak sampai 5 minit tau result dah.
bila dah confirm baru la tak susah ati..at least kalau ada ko tau dah ko kena control..
hahaha.rasanya i ni less likely utk kena sbb selalu low sugar.
maka, buleh bantai apa saja masa raya.hehehe
@isabelle hehehe..boleh bantai apa saje tu yg seronok kan..
kenangan sgt psl insulin..masa peknen no 3 doktor ugut saya kalau x jaga makan ,saya akan kena cucuk insulin..sib baik tak jadi sbb saya kawal pemakanan dan gula
@HappyIrfa,biasanya kalau dah tahap sampai nak kena cucuk insulin tu tinggi gak tu..hehe..
Catat Ulasan