Rabu

Orang kita dan konsep kesederhanaan dalam Islam

Assalamualaikum

Bulan bulan puasa ni aku cuba sedaya upaya buat entry bermanfaat lah pulak. Kurang-kurang dapat jugak pahala dari cerita yang merapu je. Dari aku dok sembang pasal orang, tak pasal pasal kurang pahala puasa aku kan. Hehehe..

Aku mengaku aku adalah sejenis manusia yang gila nak jadi kaya. Ramai yang aku kenal nasihatkan aku supaya hidup bersederhana adalah yang paling dianjurkan dalam Islam. Aku pun bukan lah tere sangat bab bab agama ni. Tapi bab bab cari duit ni memang aku study lebih sikit. Maklumlah kan. Nak jadi kaya memang nak jadi kaya. Tapi kena lah kaya tu dengan cara yang berlandaskan Islam. Ada orang cari extra income dengan jual token main poker dalam FB. Walau pun sekadar main je. Tapi setau aku hukumnya haram. Ada jugak orang yang ajak orang lain klik klik iklan dekat blog diorang. Tolong menolong kawan-kawan. Aku klik kau, kau klik aku. Yang ini pun haram hukumnya. Ada pulak orang yang kerja dengan syarikat telekomunikasi. Aku tak ingat exactly macam mana kaedah yang dia buat, tapi lebih kurang macam ni. Dia tolong customer untuk dapat internet laju dan charge tu dapat kat dia. Lagi lah haram.

Dan berhati-hati juga dalam memilih pekerjaan. Kita bekerja dengan syarikat yang menjual product yang haram atau menjalankan perniagaan yang tak berlandaskan Islam pun hukumnya haram. Walau pun kita bekerja dengan hati yang ikhlas, kerja kita pun kerja yang baik. Still. Income yang masuk dalam poket kita adalah haram. Kita makan dengan duit dari sumber yang haram. Anak-anak makan hasil dari sumber yang haram. Aku takde la nak tuding tuding kata syarikat ni haram syarikat tu haram. Tapi ada sorang ustaz pernah pesan kat aku. Sebaiknya elakkan dari kerja bank.

Sebab tu kita tengok ramai remaja zaman sekarang ni yang tak dengar cakap orang tua mereka. Belajar susah nak dapat. Akhlak teruk. Salah satu dari puncanya adalah kerana benda yang haram jadi darah daging mereka.

Setau aku, Islam tak pernah menganjurkan supaya kita bersederhana dalam mencari rezeki. Islam suruh kita cari duit  banyak-banyak. Sebab tu ada hadith kata
"beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari, bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya".


Selain dari tu Rasulullah pun ada pesan
"Meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan kaya lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin"

Tapi orang sekarang banyak yang tinggalkan hutang instead of tinggalkan harta untuk anak-anak.

Ada orang kata "makan cukup, pakai cukup, ada rumah..nak apa lagi". Aku kata "manusia ni adalah manusia yang pentingkan diri sendiri"


Bab bab makan ramai yang lupa nak sederhana

Alangkah ruginya kita kalau kita tak terfikir nak jadi kaya, atau tak berusaha nak jadi kaya. Ada satu peristiwa seorang sahabat ni miskin. Aku tak ingat dengan siapa dia mengadu. Tapi dialognya lebih kurang macam ni

Sahabat miskin : Aku tak ada harta nak didermakan macam si polan yang kaya tu. Tapi macam mana aku nak buat supaya aku boleh dapat pahala bersedekah macam dia jugak
A : bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali. Pahalanya sama macam bersedekah
Sahabat miskin : Tapi orang yang kaya boleh jugak baca surah Al-Ikhlas dan bersedekah. Tetap dia dapat lebih dari aku.

Nampak tak? Kelebihan orang yang kaya. Betul. Banyak cara  yang tak perlu duit nak dapat pahala yang banyak. Tapi berbuat baik dengan  bersedekah sangat sangat besar ganjarannya. Tapi sayangnya sangat sedikit orang yang mampu. Kita tengok kat Malaysia  sendiri. Masih ramai lagi yang duk tunggu zakat. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Takkan kita taknak duduk kat golongan yang memberi.

Ada seorang biarawati kat Sabah, dia bekerja keras untuk cari duit dan semua duit tu dia dermakan untuk buat church kat sana. Bukan sikit duit ok. Beratus ribu ringgit. Ada seorang ahli perniagaan cina pergi sampai kat US sebab nak derma kat church kat sana. Bila orang tanya kenapa tak derma kat Malaysia je. Dia kata, church kat Malaysia semua dia dah derma. Tak tinggal satu pun. Orang yang bukan Islam pun berlumba-lumba nak menderma. Sepatutnya kita yang sedia tahu fadhilat bersedekah pun patut berlumba-lumba jugak.

Orang kita pulak, kalau bab bab shopping, bab bab buffet dalam bulan ramadhan mengalahkan orang kaya. Tapi bila bab-bab cari duit nak bersederhana. Ada sorang pakcik yang income tahunan dia rasa-rasanya cecah juta aku rasa. Datang kat rumah aku rilek je lepak tidur atas karpet. Bukan aku tak sediakan tilam bantal. Tapi masa tu ada sorang kawan aku ngan anak dia datang sekali ngan dia. Pakcik ni bagi budak tu tidur atas tilam. Dia lepak atas sofa je. 2nd day pulak dia lepak atas karpet je. Segan gila aku sebab masa aku pergi rumah pakcik tu dia siap bagi bilik lengkap ngan katil, bilik air ngan kitorang anak beranak. Of course pakcik tu takde cakap apa. Tapi aku sebagai tuan rumah malu gila la kan.

Berapa orang, orang kaya yang kita kenal sifatnya macam tu?

Dalam hidup kita sentiasa berdepan dengan macam-macam pilihan. Apa yang akan berlaku pada hari esok adalah pilihan yang kita buat pada hari ini. Jangan salahkan anak-anak kalau bila dah besar diorang tak hormat dengan kita. Sebab masa diorang membesar mak bapak tak pedulikan diorang. Sibuk kerja sampai tak sempat nak luangkan masa dengan anak-anak. Jangan salahkan anak-anak kalau anak-anak hantar mak bapak diorang kat rumah orang tua. Ingat balik macam mana didikan kita pada mereka masa diorang kecik, masa diorang diusia remaja. Apa yang kita bagi dia makan. Duit dari sumber mana. Betul, anak nabi pun ada yang tak ikut beriman macam ayah dia. Tapi kita yang bukan nabi ni kena lah elakkan segala punca yang boleh menyebabkan anak-anak jadi tak baik.

Pakcik jutawan yang tidur atas karpet kat rumah aku tu, anak dia 12 orang. Semuanya berjaya. Sopan santun, dengar kata. Kat rumah takde TV sebab bagi dia TV tu lagha. Anak-anak dia pergi balik sekolah dia ambik. Takde sorang pun anak dia ngaji dengan pinjaman PTPTN. Aku tengah menuntut ilmu kaya pakcik tu sekarang ni. Aku nak hantar sendiri Aqil dengan Damia pergi balik sekolah. Aku taknak satu hari nanti diorang terbelenggu dengan hutang PTPTN atau pun MARA. Sangat kesian.

Sebab tu dari sekarang aku nekad. Matlamat dan impian aku adalah "nak duit, nak masa" Dengan dua tu macam-macam yang aku boleh buat.

Nota kaki :
Ada orang ada duit, tak ada masa - Sibuk bekerja cari duit
Ada orang ada masa tak ada duit - Tak bekerja
Ada orang tak ada masa, tak ada duit - Tak paham dia buat apa
Ada duit, ada masa - Jangan buat skim cepat kaya :P

Selamat beramal

Daa

18 comments:

misya berkata... [Reply]

jom beramal

Nini Hartini berkata... [Reply]

setuju sgt psl kerja bank tu...huhu... tini pn dgr hal yg sama. elak cr suami kerja bank, peguam, askar,polis.huhu..

malu lak bc entry rai...tini ni x berjimat lah pulak...kekeke...siap nk ke bandung la, nk iphone baru la..haha... teruk-teruk..tp x selalu mintak. heeee~

Unknown berkata... [Reply]

misya,
jommm..bulan2 puasa ni la nak kejar pahala lebih..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

tini,
hehe..tini..menulis memang mudah.. tapi nak apply tu yg payah.. berjimat satu hal..tapi takde org jadi kaya dengan berjimat..nakkan reward mcm iphone4 ke nak melancong ke..lumrah lah..buat apa nak malu..tak salah pun..saya pun bila ada duit nak jugak melancong..hihi..

tapi nak kaya kena belajar cara nak jadi kaya..

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

nice entri laa beb... mmg sumenya make sense laa... kena usaha...

Unknown berkata... [Reply]

sham,
haih..tersegan plak aku..hahaha.. thanks..

syuxer berkata... [Reply]

pakcik syuk kaya gak la, tapi hati dia baik..:)..

berniagala bidang yang mampu mengkayakan kehidupan kita tapi kena kaedah yang betul huhu..

jadi kaya pun susah..kena fikir 24 jam nak jaga keselamatannya..maklumlah ramai orang jahat kat dunia nak rompak kekayaan kita..

Unknown berkata... [Reply]

syuk,
org yg kaya yg pikir nak jaga keselamatan 24jam tu sbb suka menunjuk2 kekayaan dia..kat sinilah kita nak apply kesederhanaan..

nak pk pasal org jahat, org miskin pun kena rompak..lagi lah org kaya.. pk mcm ni lah..harta tu perhiasan dunia..ujian bagi kita. Allah pinjamkan. Bila2 boleh ambil balik..tapi kita kena usaha nak jadi kaya..adakah kerana takut satu hari nanti anak kita akan diambil nyawa nya kita taknak ada anak? betul tak?

Ilyana berkata... [Reply]

saya golongan


Ada orang tak ada masa, tak ada duit - surirumah terdesak dgn anak2 kecik

anumuchan berkata... [Reply]

selamat berpuasa kak :)

Ce'gu JAERA berkata... [Reply]

wahhh,.. terpegun seketika saya baca entri ini satu persatu.. sungguh mendalam maksudnya..

saya sangat setuju dengan pendapat ini. kebanyakan kerosakan akhlak muda mudi hari ini adalah akibat orang tua nya yang makan duit dari sumber yang tak halal..

hati2 lah kita dengan tipu daya khidupan..

Unknown berkata... [Reply]

Yana,
ehehehe..surirumah paling susah nak bahagikan masa..siang malam sibuk dengan anak..

Unknown berkata... [Reply]

Selamat berpuasa anum :D

Unknown berkata... [Reply]

Gen2Merah,
yang jadi mangsa anak-anak kan.. insya allah..akan sentiasa berwaspada..

Unknown berkata... [Reply]

JADI KAYA TAPI HATI TAK SENANG..NAK BUAT APA BETUL TAK RAI?

salam ramadhan....:)

Unknown berkata... [Reply]

bro ahmad,
kalau harta berkat insya allah hati senang.. :D

salam ramadhan..

Nini Hartini berkata... [Reply]

hehe.. tp kadang mmg rasa malu. buat benda membazir, rasa malu lah. heee... klu fikirkan org lain, susah nk cari duit...kita pulak senang2 nk tukar hp, melancong.. kena ada rasa insaf dlm diri. tp tetap nk iphone tu. kahkahkah

Unknown berkata... [Reply]

malu tu perisai iman (eh ye kan..haha) biasa lah tini..even saya sendiri pun kalau nak beli baju ke kasut untuk diri sendiri pun duk rasa susah hati..risau jadi membazir..

besnya boleh iphone..tapi saya cuma nak nokia yg kamera bes... hs skang tak bes..hehehe...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com