Selasa

Hanya pinjaman

Assalamualaikum

Haih..Bila la nak balik..Aku tengah kerinduan pada dua budak notti ini

muka suci waktu tido
Semalam aku tak dapat nak main sangat dengan diorang sebab aku sakit gigi. Baru lepas tampal lubang. Seksa gila. Berdenyut denyut. Sampai shujin cakap hari ni nak pergi kat klinik tu belasah doktor tu sebab buat bini dia sakit sampai meleleh air mata.. Hahaha..Tipu jek. Tapi shujin membebel jugak la sebab lepas tampal tu gigi aku lagi berdenyut sampai aku tak boleh nak buat apa. Nasib baik pagi ni dah tak berapa sakit. At least dah tak berdenyut. Kalau tak bermandi darah la kota kemuning. Hahaha.

Sapa tak sayang bini kan kan.. :P

Actually aku terbaca satu kisah sedih pagi tadi. Puteri kecil bernama Dania Emelda Aqasha telah kembali mengadap pencipta Nya kerana penyakit leukimia. Ibu mana yang tak terkesan baca berita macam ni. Tak kira macam mana punya nakal pun anak-anak kita, luka sikit pun tentu kita rasa susah hati. Aku sedar anak-anak cuma pinjaman. Tapi aku takut nak menghadapi saat-saat mereka diambil semula oleh Nya. Aku takut aku tak mampu nak hadapi. Aku harap ibu dan keluarga Nia akan tabah menghadapi dugaan ini.

Aku pelik kenapa ada orang yang sanggup dera anak. Sanggup bunuh anak sendiri. Macam kes bapak tolak anak dia masuk dalam kolam. Bukan sorang ok. 3 orang. Macam mana la agaknya perasaan anak-anak tu menghadapi kematian mereka di tangan ayah sendiri? Kes tu masih dalam siasatan. Tak confirm lagi. Tapi kalau betul itu yang berlaku. Masyarakat kita dah semakin zalim? Apa dah takde rasa kemanusiaan ke kita ni? Terdesak sangat ke sampai berbunuhan?

Dalam badan manusia ada seketul daging, kalau busuk daging tu busuklah perilakunya. Kenapa daging tu busuk? Tengok balik apa yang kita makan? Dari mana sumber pendapatan kita? Zaman sekarang orang dah makin tak kisah semua ni sebab kebanyakannya dah semakin terdesak. Yang penting ada duit. Dari mana datangnya tak penting. Macam yang aku pernah sebut dalam entry ni

Mungkin ramai pandang ringan akan benda macam ni. Tapi inilah salah satu punca masalah akhlak masyakat zaman sekarang.


Nota kaki : Petang ni ada orang nak belanja bukak pose. Yey~~

Daa

6 comments:

misya berkata... [Reply]

dorang tak menghargai amanah Allah

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

Cik ina sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa ada manusia yang sanggup mendera kanak-kanak. Tak de ke sekelumit perasaan belas kasihan, sedangkan kita nak bunuh serangga kecik pun takut.

Unknown berkata... [Reply]

@misya yang pelik tu..takkan takde sekelumit rasa sayang kat anak sendiri? tah la..pelik sungguh..

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do do Cheng tu la. sedangkan saya kutil anak sikit pun lepas tu rasa bersalah gila. walau pun kita kutil tu bukan nak mendera..nak mengajar..tapi still rasa bersalah ya amat..masyarakat kita ramai yg ada masalah tekanan jiwa agaknya..

mummY daniSha berkata... [Reply]

tula kan...aku kdg2 nanges bile terover marah anak...aku rase,org yg dera anak sampai bunuh ni mentalla...huhu..yela,mana ade ibu x syg anak kan?

Irfa berkata... [Reply]

betul tu..hilang kewarasan.kalau waras takkan tergamak buat camtu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com