Assalamualaikum
Semalam aku terpaksa ambik cuti Emergency Leave walau pun sebenarnya hari Khamis adalah hari yang aku paling elak nak bercuti. Tapi aku terpaksa jugak memandangkan keadaan kesihatan Damia yang tak mengizinkan. Jeng jeng jeng.. Kenapa dengan Damia.
Ya. Anak dara bertuah aku tu cedera jatuh depan bilik air dalam keadaan berbalut dengan towel lepas mandi. Yang paling aku kesalkan. Dia jatuh betul betul depan mata aku, tapi aku tak sempat nak sambut dia. Rasa bersalah gila. Dia jatuh je aku terus angkat. Dia jatuh dalam keadaan terlungkup so aku pun cepat cepat terbalikkan. Bila aku terbalikkan je aku terus panggil hubby dengan nada paling panic yang pernah aku buat. (Aku kuat drama sikit.hehe) Dahi Damia luka yang agak besar. Dalam dan nampak isi. After a few second, terus keluar darah mencurah curah. Bertambah-tambah la aku panic.
Hubby terus ambik tisu tekap kat tempat luka. Damia dah melalak lalak. Aqil terpaku senyap tengok adik dia. Aku terus ambik kunci kereta, wallet hubby dengan diapers sekali dengan baju anak. Bawak beg duit aku semua. Lepas tu terus keluar ke klinik. Habis lengan baju hubby kena darah Damia. Dalam kereta aku perasan dah beg duit aku tak ada. Aku carik-carik tak jumpa. Tapi aku taknak keluar semua pegi cari walau pun dalam tu ada seratus lebih. Damia dah tak menangis. Mata layu. Maybe sebab hilang banyak sangat darah.
Aku pakaikan dia diapers. Balut ngan towel je. Aqil aku pakaikan baju diapers sekali. Sambil hubby bawak kereta dia tepuk-tepuk pipi Damia. Kejap-kejap Damia nak terlelap. Mata Damia merah je. Sampai depan klinik aku terus cakap dengan nurse nak masuk terus jumpa doktor. Nasib baik masa tu belum ramai sangat orang. Lepas maghrib. Dah la masa tu doktor yang aku tak berapa nak suka. Huhu..Sempat lagi. Hubby pegang Damia. Baringkan atas katil, nurse cuci sikit luka tu. Lebih kurang 2 inci panjang, Kata hubby dalam jugak lukanya. Lepas tu doktor letak gam. Maybe sebab pedih Damia meraung-raung. Aqil pulak duk sibuk nak tengok adik dia. Lastnya doktor yang aku tak suka tu suruh aku bawak Aqil keluar. So aku tak dapat tengok the whole process. Cuma aku dengar Damia melalak kuat kemain.
Hubby keluar kepala Damia dah berbalut. Damia nampak lembik je. Dalam kereta hubby suruh aku susukan dia. Tapi aku kena pastikan Damia tak tidur. Aku susukan sambil geletek kaki dia. Dia react gak tapi mata pejam. Nak naik rumah hubby dukung tu dah memang melepek je. Sampai atas rumah terus tidur je. Bukak mata kejap kejap. Aku bagi susu dia sambung tidur semula. Hubby berjaya sampai pukul 4 pagi sebab risau kalau ada abnormalities. Aku tidur jugak. Tapi kejap kejap terjaga. Awal pagi Damia terjaga, merengek-rengek sambil pegang kepala. Aku susukan dia sambung tidur.
Dalam pukul 8 pagi aku terus sms bos aku mintak cuti. Damia bangun dalam pukul 830 terus membuas. Lega sikit hati aku. The whole day takde nampak pasif ke apa ke. Makan pun ok. Takde muntah. Tapi dia duk tak selesa dengan balutan kat kepala dia tu. Kadang-kadang dia tolak tolak. Pegang-pegang. Buas pun macam biasa dah.
Petang pegi klinik semula. Sekali lagi aku diarahkan oleh hubby untuk duduk dengan Aqil. Sekali lagi aku tak dapat tengok luka tu. Hubby kata takde lebam ke apa. Doktor cakap tak payah nak x ray ke apa sebab dia nampak aktif je. Muntah pun takde. Lagi pun kalau kepala dia tak x ray. Dia masuk dalam mesin MRI (ye kan?) tu. Tapi exposure pada radiation lebih tinggi. Since Damia pun baru setahun tak elok expose kan pada radiation yang tinggi sangat. So kitorang biar je. So hari ni aku terpaksa pergi kerja jugak sebab aku memang takde back up untuk siapkan kerja-kerja aku. Hubby jaga Damia. Petang nanti baru follow up sekali lagi untuk tengok dah boleh bukak ke belum balutan kepala dia tu.
Apa cerita pulak dengan beg duit aku yang terjatuh tu? Sampai kat rumah je aku terus cakap dengan hubby. Marah la hubby. Dia duk pesan dah lain kali jangan cuai etc etc. Aku nak kata apa? Bukan aku sengaja nak jatuhkan. Lama jugak dia mencarik. Jumpa. Tapi dalam tu dah tinggal 20 sen je. Yang lain semua dah kena kebas. Sadakallahulazim. Pasrah jugak aku. Dah la ni tengah bulan. Paham paham la kan.
Gambar budak buas tu aku tak sempat nak upload lagi. Semalam sibuk dan kelam kabut. Nanti dah upload aku tayang ya. Harap-harap tak berparut la anak dara aku. Jatuh nilai hantaran. Hahaha..
Daa
Jumaat
Rabu berdarah, jatuh ditimpa tangga
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
12 comments:
alah,siannya damia...bahaya gak pakaikan towel pas mandi..boleh buat pergerakkan kaki terhad...lain kali jgn pakai towel tau...
dari abang dia kecik sampai da besar ni takde jatuh macam dia pun.. tapi tu la..org kata mmg malang tak berbau..kalau tak pakaikan towel takut air lepas mandi tu menitik sana sini..
DEAR RAI..
saya yang membaca pun rasa seram sejuk je..yelah,kita ada anak2 ni mmg takut kalau berlaku perkara mcm ni.
mujurlah dah baik.hati2 yer..jgn biarkan dia berjalan dengan kaki basah kuar dr bilik air
Irfa,
tu la..bila leka..jadi la benda yg tak diingini macam ni.anak dara tu memang selalu jatuh..tapi takde la severe mcm yg kali ni..panic dibuatnya..
diari kehidupan awak ni..khas untuk dia..nanti bila dia dah besar ia akan baca kisah dia..membesar..dah masuk list..best blogwalking cara bro ni..santai dan relex..p
asalnya memang cadang begitu bro. tapi malu la pulak bila difikirkan anak2 baca ibu dia merapu masa zaman muda2..haha..
thanks bro..insya allah saya pun nak guna list bro tu utk blogwalking..hehe
Siannya daima...
Mujur daima jatuh terlungkup.. dulu anak akak jatuh jugak.. lepas mandi dia terus lari dlm keadaan basah dan lantai yg licin.. kemudian dia jatuh terlentang.. mmg tak de luka tapi selepas 10 minit dia muntah2 akak pun panik sebab masa dia jatuh tu bunyi dentuman kepalanya tu sangat kuat..
pas tu hubby bawak gi hsptl.. sampai sana kena tahan lama jugak kerana gegaran pada otak dia..
sejak tu dia selalu demam.. tak boleh jatuh.. asal jatuh je.. terus demam panas.. ubat mmg sentiasa standby kat rumah..
bila masuk sekolah tadika.. perkembangan otak dia agak lambat.. doktor pun dah kata mungkin dia akan lembab sikit dlm pelajaran.. dan akak reda..
tapi alhamdulillah selepas umur dia 9 tahun akak nampak perubahan pada pelajaran dia.. dan alhamdulillah sekarang anak akak belajar kat sek Sains Alam Shah
akak sangat takut kalau dgr budak2 jatuh sebab dah ada pengalaman yg mencemaskan
harap rai sentiasa pantau perkembangan daima..
semoga daima cepat sembuh...
jom join
http://gurlgemini.blogspot.com/2011/07/berapa-umor-awak-umor-saya.html
salam kak ita,
thanks sudi jenguk blog saya..hehe.. terexcited seketika.. anak akak yg dalili tu kan kak.. anak saya yg pompuan ni aktif terlebih..asyik jatuh je..tapi alhamdulillah so far takde muntah ke apa lepas jatuh.yg kali ni je severe sebab terkena bucu tu.. tapi alhamdulillah jugak sebab da makin ok..masa 1st day tu je teruk sebab dia ilang banyak darah..
thanks ya kak..
siannye damia...i'allah kalau die x de muntah2,aktif okla tu...org kate budak jatuh ni ditimang malaikat...tp bile jatuh,kite mak bapak yg risau sgt2...kesal pun ade kan...danisha pun ada jatuh troli dulu..kesal x sudah aku....tp alhamdulillah x ape2...
buasnya danisha sampai jatuh troli..haha...budak baru nak belajar berjalan..semalam je dah berapa kali jatuh terlentang..budak tu tak reti duduk diam..tak jatuh sendiri abang dia tolak..macam2 sungguh..so far alhamdulillah takde muntah ke apa..
kisah yang hampir sama berlaku pada dak Adik.. tapi dia tang kepala, panic jangan cakaplah.. dahlah en. suami jauh kat JB masa tu.. tapi bersyukur ada atok sedara, dialah yang uruskan dak Adik bawak g klinik.. huhuhu..
Catat Ulasan