Assalamualaikum
Bihun goreng yang dikukus. Bahan-bahannya sama macam nak buat bihun goreng. Bezanya bihun tak payah direndam dahulu. Setelah ditumiskan perencahnya. Kukus selama 3-4 minit. Mudah kan. Sayurnya sihat tak jadi lodoh atau layu. Senang bila ada tetamu yang tiba-tiba singgah.
Setelah perencah ditumis masukkan bihun yang tak direndam. Gaul sikit. |
Letak sayur, tauhu kut atas |
Kukus selama 3-4 minit |
Tara~~ Bila nak makan, gaulkan sayurnya |
Rasanya macam bihun goreng. Cuma ianya kukus.
Daa
16 comments:
kagumnya.
boleh cuba la macam ni..tak payah nak kacau banyak kali.tak buh air la kan?
haa..bagus ni. kurang la pengambilan minyak... dan plg penting, kurang la mercik2 minyak nak kena lap kat stove tu kan?hehe
irfa,
kena jugak letak air..kukus kan.. tapi bila da siap air tu semua dah tersejat..
betull!! tak payah nak mengelap.. leceh dengan bihun tumpah bila excited sangat menggaulnya..haha..
hheee...kurang kena tembak, ekspress, sesuai untuk msred yg malas sket masak...
cik rai, jika berminat jemput join segmen...
http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/07/segmen-msred-my-favorite-photo-and-why.html
thanks missredcheese..nanti saya belek gambar..tak tau nak pilih mana satu..hihihi..
wahh.. bagus ni. skali lg alasan tak mo buat adalah "saya takde pressure cooker yg canggih itu"
hehehehe...
benci tau masak bihun goreng. berpeluh ketiak nak gaul bagi rata
menarik ni.xpenah lg dengar org wat bihun cara camni.
wah cam sedap je neh..simple je cam masak megi heheh
yana,
ngade!! haha..kalau buat bihun goreng dalam kuali saya bagi cik abang yang gaul..hihi..
kunangkunang,
hehe..resepi pelik2 ini telah difikirkan oleh ibu-ibu sibuk sedunia..saya tolong copy je..
syuxer,
tengok tangan sapa yg masak.. mesti la sedap..hahaha..
wowww bole try gak nih
pakai rice kokeer kan2..macam senang je?
fyqa,
cuba2..sedap dan mudah..hehe..
bro,
yg saya guna ni pressure cooker yg ada function untuk kukus. tak pernah lagi guna rice cooker tu.. senang je sbb tak peluh2 ketiak nak gaul..lagi pun tak melekat..
Catat Ulasan