|
Nasi Lemak Google |
Nasi lemak bungkus ni masa zaman aku sekolah rendah harganya 20sen. Paling mahal pun 30sen. Bila aku sekolah menengah, kantin sekolah jual sepinggan 50sen. Saiznya masih sama. Kadang-kadang lebih sedikit. Biasanya kurang sedikit. Sebelum aku terbang ke Jepun, harganya rm1 sepinggan dengan sebiji telur mata kerbau. Sekarang. Nasi lemak kosong dengan 1/4 telur rebus harganya rm1. tambah telur 1/4 lagi jadi rm1.50. kalau tambah telur mata kerbau rm2. Nasinya sedikit sungguh. Kacang kadang ada kadang tak ada. Ikan bilis 2 ekor. Harga barang naik fenomena biasa bagi kita. Memang tak boleh dielakkan.
|
Onigiri Google |
Onigiri ni dari sejak aku jejak kaki ke Jepun, harganya 100yen. Harganya masih 100yen hingga kini. Saiznya masih begitu. (105yen sebab ada GST 5%) Sedapnya onigiri berintikan tuna mayonis :D
Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
4 comments:
tak pernah makan onagiri tapi nasi lemak selalu gak makan..huhu..
MOHD NASER.com
cuba la makan..tapi onigiri kat malaysia biasanya rm2.50..kat jusco.
onigiri kat jusco kurang sedap...intinya sikit sangat...dan nasinya selalu jer berderai. Kalau kami nak onogiri, kena cari japanese restaurant...ataupun yang di jual masa pesta bon odori kat malaysia...
bukan kurang sedap..memang tak sedap punn..tapi nak ilang gian aci laa yang tu pun..hahaha.. nasinya berderai sbb diorg campur dengan beras tempatan. kalau semua beras jepun mahal sangat..
husband saya fussy sikit bab2 japanese restaurant sbb rata2 diorg serve alco..so kalau nak biasanya saya buat sendiri je. beli beras nishiki rm27.50 sepeket tu..
Catat Ulasan