Ahad

Mewahnya jadi student

Aku pernah jugak jadi student. Masa study dulu memang mewah. Melancong sana sini. Makan baskin robin tetiap minggu. Oh baskin robin kat Jepun memang murah. Aku suka crepe dia. Biasanya crepe tu tak lebih 500yen. Kalau convert duit sini memang la mahal. Lebih kurang RM17. Tapi kalau consider loan yg aku dapat kat sana kira cam RM5 la. Murah la tu kan. Baskin robin kat sini paling cikai pun tak kurang dari RM10. Tahla. Aku tak pernah teringin nak makan baskin robin sepanjang aku ada kat Malaysia ni.Mahal tak berbaloi.

Tapi aku memang mengaku. Aku rasa aku lebih rasa mewah masa aku student dari masa aku da kerja skang ni. Aku tengok ramai student yang duk kata biasiswa tak cukup. Hujung bulan da takde duit. Tapi henset pakai blackberry. At least pun pakai Nokia yang harga lima nam ratus. Asal ada movie baru je tengok wayang. Lagi la yang jenis ada hobi. Kalau jenis hobi yang mahal tu gadget nak mengambik gamba semuanya mahal kemain. Kalau yang gila game wajib ada PSP ke PS3. Paling haru kalau yang tengah bercintan.. Hadiah untuk kekasih. Pegi makan-makan dengan buah hati. Kalau yang setia pada yang satu tu satu hal. Kalau yang ada 2-3 buah hati. Lagi haru..Lepas tu mengadu biasiswa tak cukup.

Yang paling haru mak bapak la. Kalau yang jenis tak mintak duit mak bapak takpe la. Masa aku study dulu aku jaaaaraaanggg sekali mintak duit mak aku. Aku dah dapat biasiswa. Buat apa nak mintak lagi kan. Pandai-pandai la nak manage. Kalau balik kampung kadang-kadang mak aku hulur-hulur jugak. Memang aku tak tolak. Tapi aku tak mintak. So bila aku tengok fenomena anak-anak duk perabis duit mak bapak buat benda takde hala tujuan ni aku rasa kesian gak kat mak bapak.

Aku bukanlah layak sangat nak nasihat-nasihat orang ni. Tapi student ni sedar la. Mak bapak hantar pegi ngaji. Tak salah nak bercinta ke nak enjoy sikit-sikit. Tapi..pastikan result power. Jangan bagi benda yang takde kena mengena tu kacau study. Kesian kat mak bapak.

4 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

MULA2 SEKALI NAK TANYA...UMUR BERAPA EH? TINI SELALU JE PANGGIL 'KAK'. ENTAH2 SEBAYA. HEHE

OKEY, ADIK IPAR DULU STUDY JEPUN PUN LOADED SEMACAM. TPDIA JENIS BERJIMAT DAN XDE MAKWE. SO, BILA BLK MALAYSIA SIAPBLH BW SINI RM20K++.. MMG MEWAH GILE.

SBNRNYA TINI PN SETUJU STUDENT SANA MEWAH. CUMA TERPULANG PD DIRI SNDIRI UTK MEMILIH MEWAH / SENGKEK. HEHE

Unknown berkata... [Reply]

hehe..tini..saya 27..tak payah panggil kak pun takpe..beza 2 tahun jek..

tini..saya cerita ni bukan student kat jepun..walau pun memang betul pun student2 kat jepun tu mewah.. saya cite student yg study kat malaysia ni..

tgk budak2 sebaya adik2 saya..erkk termasuk adik2 saya sekali..pakai hs takde murah2..

Nini Hartini berkata... [Reply]

owhh x perlu ber kak-kak lg lah ye. hehe

kalau kt jepun pun dah mewah, apatah lg yg mmg kt malaysia ni. tul tak? hehe...

Unknown berkata... [Reply]

tak payah la..buat saya rasa cam da terlebih tua jek :P

zaman student dulu mewahlaa.. zaman da bekerjaya ni sangapppp...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com