Hari ni ibu, ayah dgn angah berlepas pegi umrah. Atas beberapa faktor kami tak dapat balik kampung menjenguk persiapan mereka. So, kami cuma menghantar mereka di KLIA. Mak da pesan dengan aku bawakkan nasik untuk dia. Mak aku memang kureng sikit dengan makanan yang dijual di kedai. Sebab kami sekeluarga memang teramat jarang makan kat kedai. Seingat aku, kami sekeluarga akan gi makan besar kat luar bila semua dapat hasil jualan kotak. Masa tu semua ahli keluarga berkumpul dan makan besar kat luar..
Antara peraturan yang ayah tetapkan dalam keluarga kami..Masa makan mesti makan serentak, duduk makan sama-sama. Ayah pun jenis tak suka melepak minum kopi kat kedai. Jadi dia bukan setakat tak suka..malah kalau ada anak dia yang melepak kat kedai kopi mesti dia membebel.. Bagusnya ayah aku ni, dia selalu puji masakan mak aku kalau kat depan orang..walau pun mak aku jenis yang agak kering hati nya..hehe..
eh melalut da..apa yang aku kesalkan..mak aku da cakap da flight dia pukul 1;20 petang.. tu pun baru semalam dia bagitau..sebelum ni dia pun tak pasti..pagi tadi hubby kejutkan aku pagi-pagi ingatkan aku masak untuk ibu..boleh aku tak teringat pasal masa menunggu kat balai berlepas mesti lama..boleh tak aku ingatkan yang naik flight tu macam naik bas..pukul 1;20 baru naik.. kul 1;00 pun aku still boleh jumpa dia lagi..
Aku tersedar kobodohan aku tu da pukul 11;00..sampai-sampai je diorang da baca doa nak masuk balai berlepas...sayu sangat hati aku..nape lah aku boleh tak teringat langsung pasal tu.. diorang pegi klia naik bas rombongan dari Johor..sampai klia pukul 8 pagi..tapi aku bertolak dari rumah pukul 11;30!!! apa jenis anak la aku ni..
hati aku rasa berat teramat..hubby cakap kat aku..dari air muka mak macam nak aku sampai awal dari tu..aku sempat peluk cium diorang je..mak dengan ayah makan sebelum naik flight.. angah tak makan sebab da masuk angin..aku harap diorang selamat sampai..selamat menunaikan ibadah umrah dan selamat balik..amiinn..
Sabtu
Sesal dahulu pendapatan
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
4 comments:
mak aku pl yg suka kmi makan ramai2 serentak, tak blh makan asing2... sekarang turun kat aku pl...
salam Rai,
tak per lah, dah jadi nak buat camne.. at least u sempat juga walau tak lama.. Insya Allah, doakan depa selamat pergi & kembali. best nya, dpt juga mak ayah ke mekah.. makbonda kakyong belum ade rezeki lagi..
aduu.. kalau saya terkilan gak kot. Tp takpela, dah jadi. Kita doakan diorang slamat menjalankan ibadah kat sana..slamat pergi n slamat pulang.
As,
itu la..saya pun rasa nak kena amalkan makan serentak. Bagus untuk mengeratkan silaturrahim lagi..hehe..
Kak yong,
Tak tahu la mcm mana saya boleh bengong sangat masa hari tu..sedih sangat bila dikenang kenangkan semula..hehe..besnya mak ayah saya.. yang saya ni belum ada rezeki lagi kak yong..Insya allah makbonda kak yong pun pegi jugak kalau ada rezekinya..
Pinky,
Orang kata menangis air mata darah pun da memang tak sempat..hehe..takpe la..nanti diorang balik saya sambut pulak..
Catat Ulasan