Sabtu

Imunisasi

Aqil da cukup 3 bulan..Aku ngan hubby bawak dia pegi imunisasi..Aku ambik semua optional imunisasi untuk dia..walau pun mahal sikit tapi aku dengan hubby nak bagi yg terbaik untuk Aqil. So, dia kena cucuk kat dedua belah kaki..Alahai~ sian anak ibu..

Tak sampai ati nengok waktu dia jerit terkejut + sakit kena cucuk..waaa~~ Lepas tu kejap je Aqil nangis..Pujuk2 da ok.hehe..Aqil memang kuat..Waktu dalam pantang aritu masa kat Kelantan, semua sepupu Aqil demam selsema..Aqil sorang je kuat tak demam. Sebab tu ayah bangga sangat Aqil minum susu ibu..antibodi kuat..Lepas balik dari Johor bila ayah demam baru la Aqil kena demam jugak. Siap kena dlm package. Demam + selsema + sakit mata.. Sian ibu tengok Aqil.

Malam kena cucuk tu suhu badan Aqil slightly higher.Macam tak selesa..merengek rengek je.So aku bagi satu dose ubat demam..As recommended by paed. Lepas tu hubby pesan kat aku bagi minum susu banyak2 bia cepat baik..hehehe..Nasib baik esok pagi lepas mandi Aqil da ok.. Kalau tak rasa bersalah ibu nak bawak Aqil gi kenduri untie Shima..hehe

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com