Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

Rabu

Jom meriahkan roadshow world kidney day dan menang hadiah kereta

Assalamualaikum

Haa.. Ambik nko.. Panjang kemahen tajuknya.. Hehehe..

Bulan Mac setiap tahun adalah bulan buah pinggang. So NKF Malaysia (National Kidney Foundation) akan mengadakan pelbagai aktiviti di sepanjang bulan ini untuk meningkatkan awareness rakyat Malaysia tentang bahaya penyakit buah pinggang. Dan tiap tiap tahun memang ada aktiviti lari. Hahaha..


Hujung minggu ni di Summit USJ ye. Sesiapa yang berada di kawasan sekitarnya boleh la datang beramai ramai memeriahkan suasana. Antara yang paling menarik adalah~!!!

Jengjengjeng...

Lego play session bagi anak anak yang berumur 4 tahun ke atas. Melalui sesi bermain Lego ni kami akan kumpulkan dana bagi membantu pesakit pesakit buah pinggang di Malaysia. So, bagi yang ada anak kecik tu boleh la datang bawak anak main. Sambil main sambil beramal.

Tapi seat bagi setiap sesi adalah terhad ye.

Jommmm...

Daa

Jawatan Kosong bagi lepasan SPM

Assalamualaikum

Jawatan kosong ditawarkan bagi pelajar lepasan SPM. Kalau ada diploma atau sijil yang lebih tinggi pun boleh. Tapi minimum nya SPM. 

Jawatan yang ditawarkan
Customer Service - Inbound
Technical Support Executive
Telemarketing
Travel Centre Consultant
Non Agent (IT, HR, Finance dan lain lain)


Syarat kelayakan
Minimum SPM
Boleh bercakap
Kelebihan bagi yang fasih berbahasa inggeris (Bahasa Melayu pun ok je)
Sanggup bekerja di Jalan Subang Airport (Dekat dengan Citta Mall)

Kerjanya mostly mengangkat telefon la.. Bagi aku kerja yang angkat telefon ni tak stress. Balik rumah tayah pikir pasal dateline bagai. Tapi kalau kena customer banyak songeh, memang mendapat la kan. Ala.. stress time tu je la. Tayah pikir panjang. Kalau stress, balik rumah makan aiskrim ke coklat ke.. hilang la stress tu kan. kikiki.. Bukan kita kenal pun sapa yang telepon kita tu. 

Kalau ada adik beradik, sedara mara atau kawan kawan yang berminat boleh mintak diorang emailkan nama penuh, no telefon dan CV/Resume ke kesoma.rai@gmail.com

Hanya shortlisted candidate akan dihubungi.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com