Jumaat

Review : The LEGO Movie

::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Fakta dan perkongsian
Seperti mana yang dah diketahui, ada dua jenis pengguna lego, Builder dan Master Builder. Terms ni dah lama, sejak tahun 1980. Builder ialah pengguna yang basicly beli lego, pasang ikut manual, dan letak kat tempat khas. Biasanya ada invisible sign "JANGAN KACAU/PECAHKAN" kat lego diorang. Sesetengah builder meletakkan gam kat lego diorang so just for orang lain tak boleh pecahkan/cabut binaan yang telah dibuat. Syarikat lego menyatakan dalam satu kaji selidik bahawa, lebih dari 70% pembeli lego adalah "builder". Dan kumpulan yang lebih ramai dalam builder tu adalah orang dewasa. Master builder pula ialah pengguna yang buat apa sahaja ciptaan yang awesome menggunakan apa sahaja yang ada, dipasang tanpa manual mengikut kreativiti dan logik, dan biasanya sukakan lego dalam keadaan terlerai. Kebanyakkan master builder ni adalah kanak-kanak. Ada banyak lagi kajian pasal lego dan pengguna yang disiarkan. Kita akan kongsi lain kali sebab tajuk entry ni tentang review The LEGO Movie. Cerita The LEGO Movie ni berkisar tentang permasalahan antara builder dan master builder yang biasanya berlaku dibawah satu bumbung sejak berpuluh tahun lamanya.

Sinopsis
Well, watak utama dalam cerita ni ialah Emmet (minifig baru dari lego) yang merupakan seorang builder, yang buat semua benda mengikut instruction manual. Pengembaraannya untuk menyelamatkan dunia-dunia lego dari President Business (satu lagi minifig baru dari lego) bermula apabila dia tersentuh piece of resistance (err.. tudung gam). Dalam perjalanannya, dia banyak mendapat bantuan dari Wyldstyle (minifig baru lagi), Batman, Superman, Wonderwoman dan banyak lagi minifig-minifig lain yang lego pernah keluarkan.

Review
Kalau suruh aku pilih mana yang lebih baik antara Ironman 3 dan The LEGO Movie, aku pilih The LEGO Movie. Animasi 3D yang sangat baik sehinggakan nampak macam Stop-Motion. Siap ada orang ingatkan itu sebenarnya minifig dan bukan 3D. Rendering effect dia cukup cun. Masa scene tengah laut, semua orang kat wayang jerit "wwwwooooooaaahhh". Teknik-teknik modifikasi lego yang takde selindung-selindung, ditunjukkan terus termasuk jenama menunjukkan keterbukaan, sangat mengagumkan. Masa watak dalam cerita ni pasangkan lego-lego tu pun ditunjukkan satu persatu. Sangat hebat. Soundtrack dia sangat catchy, menarik dan berunsur positif, sesuai untuk cerita ni. Takde aksi-aksi cium, so sangat sesuai untuk anak-anak. Tak payah tutup-tutup mata anak lagi. Ada banyak kata-kata pendorong, nilai-nilai moral yang baik, ilmuan, dan unsur-unsur creativity. Bayangkan kalau cakap ayat ni kat orang yang kita sayang/suami/isteri/anak tetiap hari..
"You are the most talented, most interesting, and most exrtaordinary person in the universe. And you are capable of amazing things, because you are special"
...rasanya berapa peratus kasih sayang dia, keyakinan dia, dan pencapaian dia naik? Aku selalu cakap, tapi bukan dalam bentuk ayat sebaik ni. Lepas ni nak ubah guna ayat macam ni. Kalau aku yang rate (sebagai penonton dan bukan penggemar lego) , cerita ni 5 bintang. Highly recommended.

7 comments:

Mimie berkata... [Reply]

tak tau lak lego pun de movie erk..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

perasan tak, dialog "what the heck?" diterjemah jadi "apa jadah?" kat subtitle filem ni. aku tengok kat ioi mall puchong sabtu lepas, heheee...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Xtgk lg...menarik nie...nak kna tgk nie...

Unknown berkata... [Reply]

oh baru tau yang LEGO ada The Movie...huhu

Unknown berkata... [Reply]

@smbotak
Hahaha.. Ye eh? Tapi kalau bukan "Apa jadah?", nak translate apa? Tak pernah terfikir pulak.

Sya berkata... [Reply]

mcm best je movie ni..insya Allah ada rezeki nnti sy pun nak tgk..

sal ya berkata... [Reply]

lego oh lego. harga lego mmg mahal.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com