Rabu

Lego Pre-Order : The IDEA

::: Dicatat oleh Shujin :::

Assalamualaikum..

Aku nak bukak pre-order lego set/parts untuk semua. List setnya akan aku post (kalau bukan harini) by latest Khamis ni.


Tujuan aku buat ni adalah supaya semua orang boleh beli set lego pada harga yang murah (up to 1/8 dari harga asal) dengan cara berkongsi cas penghantaran. Bukan selalu ada provider (dari US, which means VAT 0%) yang nak bagi peluang macam ni so aku nak ajak korang rebut sekali peluang ni dengan aku. Set yang dijual oleh provider tu adalah sama ada :

1 - Set yang baru tetapi partsnya tak cukup, biasanya minifig (orang-orangan lego) dan kotak dah tak ada.
2 - Set yang cuma dipasang sekali dan digunakan untuk display kat kedai.
3 - Set yang dipasang sekali, minifig dan kotak tak ada.

Jangan risau sebab keadaan lego tu adalah dalam keadaan sangat baik hampir baru. Paling buruk yang korang boleh expect adalah, ada minor scar (sedikit calar tak dalam) pada permukaan lego. Kebaikan postage tanpa kotak adalah boleh kurangkan kos penghantaran sebab provider boleh masukkan beberapa set dalam satu kotak. Lagipun, ada sesiapa yang main kotak ke? Biasanya kotak akan dibuang jugak kan? Minifig mempengaruhi 50% harga set. Jadi maksudnya, tak ada minifig, harga jadi murah. Minifig boleh beli berasingan. Bagi aku, aku lagi suka kalau anak aku yang pilih dia nak minifig yang macam mana dan biarkan dia bina sendiri. Cara nak bina sendiri akan aku post kemudian, sebelum aku place order.

Cara berkongsi kos penghantaran adalah mengikut berat set yang diorder. Contohnya A order 1200g, B order 800g dan kos penghantarannya RM100, jadi A perlu bayar sebanyak RM60 manakala B perlu bayar RM40 sebagai cas penghantaran. Aku akan cuba se-transparent yang mungkin, so korang boleh check sendiri kat website USPS sebagai rujukan.

Saranan, beli lebih dari satu set supaya kos penghantaran digunakan sepenuhnya. Bayangkan, kalau beli satu set baru dari Malaysia dah berharga RM400. Kalau beli online, satu set yang sama boleh jadi RM50-RM80. Boleh beli 3 (if not 6) plus RM100 postage (if not less). Yes, by the cost of loosing some minifigs, tapi itu boleh dibeli secara berasingan. Untuk permulaan bagi si kecil, jumlah parts amat penting. Itulah sasaran yang sebenar. Untuk si dewasa, format pembeliannya lain laa pulak tak? Kalau korang nak manual extra dari set yang lain, boleh mintak dari aku. Aku akan emailkan terus kat korang.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh email atau tanya terus kat sini..

12 comments:

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, sheila suka mainan lego ni. suami dah berangan nak beli barang mainan baby. hihi. kak rai ada jual ek?

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

entri pasai lego, memg blur laa akak...hahahaha..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...wah ada satu lg bisness yer moga berjaya...:)

makchaq berkata... [Reply]

Menarik jugak ni... tapi dah tak de sapa dah nak main...

Teringat pulak minifig kami yang si Amir pi tinggai kat sekolah lepas pertandingan robotik.. lebih 20 orang rasanya... projek dia buat skywalk jadi perlu la banyak orang untuk jalan atas tu.. sekolah x de orang, ambik orang kat rumah..

Unknown berkata... [Reply]

@Sheila Salim
::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Tak! Ini bukan bisnes. Kami tak jual lego. Kami selalu order lego. Disebabkan harga lego melonjak-lonjak melampaunya, so from now on bila kami nak beli lego, kami war-warkan supaya orang lain pun boleh beli sekali pada harga provider/murah dengan cara kita share postage. Kalau ada sesiapa yang nak join dialu-alukan.

imm berkata... [Reply]

wuuu ckp pasal lego,,blurr tatau pape..hihihi

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Macam menarik jer ni. LEgo memang mahal. Tapi bagus untuk anak².

Unknown berkata... [Reply]

wahh sape2 ada anak kena beli nih..! :)

Nora Karim berkata... [Reply]

wah menarik.... lego mmg bagus untuk anak2...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bagus info nie...rietta lgsg xtaw ada dijual semurah ini...setakat minifig ngn kotak, xde masalah...sebabnya pas maen, xdenye simpa dalam kotak...simpan dalam bekas mainan jer...

Unknown berkata... [Reply]

Mcmana nak tumpang order? Boleh email saya?

Unknown berkata... [Reply]

salam.. boleh bagi email address atau phone no kalau boleh whatsapp.. atau boleh kontek kami 0126894617

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com