Assalamualaikum
Sebenarnya aku agak segan nak bercerita pasal kisah makan ni. Sebab bukan open house pun. Sekadar menjemput kawan kawan yang menyuarakan hasrat nak datang beraya di rumah kami. Since ibu beranak tiga macam aku ni susah nak keep rumah in order, aku memang tak menggalakkan orang datang buat surprise. Takut ada yang sakit jantung tengok keadaan rumah aku nanti. Hehehe.
So lebih mudah kalau aku khaskan satu hari untuk sesiapa yang nak datang. So, maaf kalau aku tak dapat jemput ramai sebab kapasiti aku sendiri, takut tak dapat nak entertain ramai sangat jemputan. Still.. Kalau ada yang nak datang ke rumah, inform la 2-3 hari sebelum. Insya allah aku sediakan rumah untuk diterjahi. Hehehe..
Makan-makan raya ni aku buat weekend lepas. Hari Ahad. Menunya simple je. Bihun+sup ayam (sambal kicap bagai), specialnya (perasan kan special. Macam la sedap sangat) sebab rempahnya aku tumbuk ngan lesung batu tak guna blender. Perangai macam mak aku jugak. Tak boleh lepas dari lesung batu. Hahaha.. Alhamdulillah ikut perangai mak aku kan. Hopefully aku dapat masak sesedap mak. Dan anak anak bangga nak ajak kawan datang rumah sebab aku masak sedap. Hahaha..Selain tu nak tambah wanginya aku gunakan bawang goreng buat sendiri. Bukan yang dibeli. Habis satu rumah pedih mata masa nak menghiris. Sampai menangis aisy.
Budak yang terabai sepanjang persiapan. Kesian sangat..
Oh sambung cerita menu. Hahaha.. Nasi impit, boleh makan dengan sup, ayam dicarik untuk jadi soto, atau pun makan dengan kuah kacang dan serunding kelapa. Kakak ipar tolong buatkan kuah kacang tu dengan kuih malas (jejemput, atau cucoq sayur). Air sirap je. Hehehe. Serius aku busy gila sampai tak sempat nak ambik gambar menu bagai. Tapi Alhamdulillah. Kebanyakan yang dijemput dan yang kata nak datang, dapat menghadirkan diri. Agak riuh rendah suasana di teratak kecil kami. Sampai nak masuk maghrib baru tetamu terakhir pulang.
Aha.. Antara blogger yang datang.. Kak Aizamia, suami dan dak Nuha~~. Kakak dengan abang tak datang pulak. Ke rumah nenek mereka katanya..
Geram tau tengok. Nak picit je rasa!
Yang tersesat barat dan hampir tak jadi sampai, akhirnya sampai jugak. Hahaha. Thanks Irfa, Hajar, Abam, cik viva dan adik adiknya. Sori ya peminat. Gambar Irfa tak ada. Sebab aku dah nak pengsan masa tu. Hahaha. Kebetulan kakak aku dengan kawannya datang jugak. Tapi diorang tak sempat makan sup aku sebab masa tu tengah top up sup kali ketiga. Aku masak sup dalam high pressure. Untuk tetamu yang sampai petang tu terpaksa tunggu sekejap sebab aku top up masak sup ayam untuk batch terakhir. Tapi perencah dah agak kurang. So kuranglah kicknya tu. Shujin kata sup ayam aku sedap sebab rasa keayamannya dan rempah tu. Mungkin sebab aku masak ayam dalam pressure cooker agak lama untuk keluarkan rasa ayam tu.
Pada peminat aku pulak. Ada la terselit gambar yang aku kidnap dari FB kawan sekolah yang datang. Gaya aku tu ada yang kata aku bergwiyomi tapi bukan aku bergwiyomi. Aku tak pernah tengok pun gwiyomi tu. Cemana gayanya aku pun tatau. Aku memang gedik gaya gitu. So sila maapkan perangai cam budak tak cukup umur tu ya.
Sekian kisah raya di rumah kami.
Pada tetamu yang hadir, terima kasih sudi datang. Maaf kalau ada yang terkurang, kalau makanannya tak memenuhi selera. Layanannya terkurang. Jangan serik datang lagi ya. Pada tetamu yang tak dapat hadir.. Rugi lah tak dapat rasa sup tu. Wakaka (bajet sedap gila kot..Biarla orang lain nak kata apa. Yang penting shujin kata sedap kan..)
Daa
11 comments:
musim raya...nak kata no tak boleh kan Rai...
semua guna yang asli memang sedappp...
meriah tu rai... done sedekah nuffnag pagi2 jumaat ni yer
waahhh sy paling suka kalo mkn mknan yg asli buat sndri nih. bleh la bukak kedai, sup original rempah tumbuk sndri :p
maaf xdpt dtg kak..xsempat!
Ishhhh...rugi tak datang. Oishiiii
Meriahnye....yummy....walau xde gambo makananye...terbayang akan kesedapan dia....adeh lapor plak dah....hehehehe...
next time nak datang lagi.. kali ni nak bawak dak Kakak dengan dak Adik pulak.. hari tu dorang tak ikut.. ;)
wah wah wah.... saya baca pon rasa seronok rai..hihiih
biasanya kami sekeluarga jika hendak beraya ke rumah kawan memang akan telefon dulu , tapi jika ke rumah saudara mara kami serang macam tuh jer...hehe
Wah wah meriahnye...mesti sdap la sup tuh kalo x xkn smp msk smp 3rd batch
SELAMAT HARI RAYA.. :D
sedapnya...dak nuha pun ada..kawan opis kak ita tu...kecil aje dunia ne kan...he..he
Catat Ulasan