Jumaat

Doyan oh doyan

Assalamualaikum

 

Dah beberapa kali sejak balik dari family trip ke PD aritu aku bisik bisik kat shujin teringin nak makan durian. Tapi takde la aku nak demand mintak musang king ke D24 ke hape. Aku bukan hantu durian. Cuma nak jamah jamah je kata orang.

Rupanya agak huduh tapi sedapp..

Semalam tetiba ada orang jual durian longgok kat kedai runcit dekat ngan rumah ni. Aku tak kata apa pun, tetiba shujin kata "nak durian, pergi la pilih"..

 

Hoyehhh.. Dia pun pergi pilih sekali. Banyak je songeh shujin masa pilih tu. Lastnya abang jual tu bagi FREE sebijik lagi. Hehehe.. Lepas tu shujin beli santan nak makan pulut durian. Bereh. Dalam hati aku pulak. Kalau ada lebih boleh buat crepe durian ni. Hehehe..

Tak makan nasik dah lepas tu. Shujin tolong perah santan. Sebenarnya aku kurang gemar pulut ni, so aku makan duriannya je. Damia suka makan durian jugak. Aqil tak berapa. Tengah bergolek golek kekenyangan makan durian, jiran pulak call. Tanya ada kat rumah ke tidak. Dia nak datang hantar barang. Eh barang apa...

 

Bukak pintu tengok tengok dia bawakkan pizza domino. Husband dia bawak balik lebih katanya. Murah hati sungguh.

Happy perut perut kami malam tadi. J

 

Nota kaki : Sedihnya...Cuma ada sesetengah blog je aku boleh bukak dan komen. Tatau la apa masalah internet opis ni. Balik ke zaman purba. Cuma baca blog tanpa komen kat google reader.

 

Daa

20 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Alhamdulillah. Rezeki yang mengujakan. :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rezeki malam tadi. Kenyang makan durian, kenyang makan pizza.

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

sy ngan suami pun hantu durian gak, sanggup cari durian memalam buta time ujan lak tu...he3..

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya pun bkn hantu durian..tp tgh teringin nk merasa Musang king. Blm smpt cari lg..

Aziela berkata... [Reply]

Rai, hati2 makan yer. Jamah untuk lepaskan ngidam, boleh la. Durian nie panas tau.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

seronoknya, ada jiran yg bleh share2 mknan...jiran baru sy semua cina..kiri kanan depan blkg semua cina..stkt ni xjmp melayu lg -.-*

pssstt...sy dh bleh mkn doyan!

pssstttttttt...sy dh cuba buat doyan crepe! haha :D

Jna marcello berkata... [Reply]

Na tertarik tgk dominos hehehhe

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

skrg makin ramai org jual doyan..geram pula...

wahida berkata... [Reply]

mak buyung jgn mkn byk2 sgt duyan tau...

rasa sikit2 je ye...

take care tau rai...

Irfa berkata... [Reply]

PUN MAKAN DURIAN MALAM TADI ;)

Unknown berkata... [Reply]

lepas makan durian makan lak pizza...wah mmg terbaik!!

sitiezahim berkata... [Reply]

bes nye durian...huhuhuhu kecur air liur

Unknown berkata... [Reply]

perh...mau terus lelap mata lepas makan durian dengan pizza tu :)

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

sedapnya wat pulut doyan.. saya xleh mkn pulut... lama kne berpantang pulut ni.. hihii

deq's qienz berkata... [Reply]

ranumnya durian tuhh..ehh domino piza pulakk.wahh terbaekk la

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply]

sedapnya makan pulut durian.

ct rahani berkata... [Reply]

Alhamdulillah murah rezeki.. :)

sal ya berkata... [Reply]

doyan oh doyan.

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

alaaahaaiii...knpa plak mcm tu,rai?tak meriahla tnpa komen2 bernas rai :(..apepun,akak ni jembalang durian..berkoyan2 boleh habih,kihkihkih!!!

munna berkata... [Reply]

alhamdulillah rezeki makan pizza .... durian mmg munna suka tahap giler.... tapi en abg tak minat sgt tapi sebab bini dia hantu durian selalu gak dia belikan .... en abg munna lagi suka makan durian dgn pulut santan

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com