Assalamualaikum
Actually aku pergi program weight management tu bukan untuk aku. Lain la kalau weight management menambah berat badan kan.. Hihihi..
Program tu aku pergi dengan shujin. Dia nak shape up. Yang aku pulak saje nak menambah ilmu untuk dikongsi. Bayar RM12 tu dapat journal complete dengan panduan dan cadangan menu diet, video senaman yang mudah dan membership bagi kelab shape up. Program ni berdasarkan kajian tentang somatotypes oleh seorang pakar psikatri kat US. Kalau tak silap aku lah.
Yang penting. Elemen yang diperkenalkan dalam program ni adalah untuk long term goal dan untuk capai kesihatan yang optimum. Baru launch bulan Julai aritu. Feedback yang dapat mostly dalam 10 minggu program, peserta dapat overcome banyak masalah kesihatan. Dari segi penurunan berat tu varies la. Sebab dalam program ni dia aim pada fat loss dan untuk menjadi lebih sihat. So penurunan berat badan yang sihat adalah lebih kurang setengah kilo je seminggu.
Tapi, kebanyakan dapat menanamkan habit yang baik dari segi aktiviti senaman dan pemilihan makanan. Bukan kata tak boleh makan roti canai dan nasi lemak langsung. Tapi berkadaran. Takkan hari-hari nak sapu nasi lemak. Selain dari tu, ada yang dapat hilangkan masalah dengkur, darah tinggi jadi normal, kolesterol makin baik, stamina lebih tinggi, glukos dalam darah kurang.. etc etc..
Apa yang diperkenalkan adalah.. makan makanan seimbang, berkhasiat. Bukan tak makan. Begitu lah lebih kurang.
Sebelum masuk kelas kita makan dulu.. Bihun seafood tomyam. Dua ekor udang besar. RM5. Pedas tapi sedikit manis. Boleh laa.. Mana nak dapat bihun tomyam lima hengget dengan udang besar tapak tangan Damia zaman skang ni kan.. Hehehe..
Makan pukul 7. Habis program pukul 10 lebih aku balik rumah makan nasik pulak. Haihh.. Nasib baik bukan aku yang nak shape up nya..
Nota kaki : Nape tah tak boleh nak BW..Sori ya yang mana aku tak balas jejak.. Bukan tak sudi..
Daa
10 comments:
Tomyam bihun? Lama tak pekena!
Sedapnya bihun tomyam tu.
hehehe....asik bila org nk shape, rietta pown teringin jugak...tpi xpernah yang start pown...
yummy...murah bihun tu...kat penang mmg xdpt lew...
rajin suami rai..:)
saya pun kalau setakat mkn bihun, lps 2jam mesti lapar balik. camne nak kurangkn mkn..
betoiler tu nak kurus bukan tak leh makan cuma caranyer kena betoikan..
alahai diri sendirini bilalah nak shape upnyer...
PM pun nak start berdiet la mcm nih...:)
bagusnya program tu...
eh terliur plak tgk makanan tu yumss
mcm best jerk program tuh. menarik
bagusnya kalau dapat join program macam ni :)
lagi suka bihun berbanding mee. adehh... mmg bershape la nnt si shujin tu ye?
Catat Ulasan