Isnin

Rezeki dalam berbagai bentuk

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Macam-macam bentuk rezeki kami merasa sepanjang berbisnes. Minggu lepas masa shujin nak order barang untuk Ma (mak mertua) tetiba ada seorang Datin yang datang nak beli puding cream caramel. Lepas berborak, diorang bertukar nombor telefon. Dia jemput datang rumah. Rupa rupanya Datin tu adalah seorang usahawan produk sejukbeku (frozen).

Hari Ahad berkesempatan nak ke rumahnya di Putra Heights. Dia bercerita tentang pengalaman mengusahakan perniagaan frozen rempah selama 15 tahun. Bukan calang calang. Ramai ejen dia. Ada 4 buah deep freezer yang kitorang nampak. Nak balik tu dia siap bagi sample rempah rendang negeri sembilan (teringat rempah rendang yang Achik Erna bagi!) dan satu lagi chilli paste. Chilli paste tu resepi orang Melaka. Sedap untuk buat asam pedas kata. Uh uh.. Yummeh. Shujin beli pulak rempah marinate satay. Sebab bujang kami Aqil memang suka satay. Nak buat satay ayam katanya. Ada banyak lagi rempah lain. Mostly 80-90 percent siap. Tinggal nak buh santan dan bahan basah je.

Menurut Datin tu, bahan yang digunakan memang yang first class sebab nak jaga kualiti. Harga rempahnya agak mahal kalau dibandingkan dengan yang ada dipasaran tapi ramai orang beli sebab kualiti dan rasanya yang sedap. Dan lagi resepinya adalah resepi keluarga turun temurun. Begitu lah katanya lagi. 
Dari kiri, satay marinate, chilli paste dan rempah rendang N9
Contoh peket puding yg puan datin order
Tapi aku panggil Datin tu aunty je. Hehehe. Dah nak balik tu, dia order pulak tart nenas dua kotak. Lain kali datang bawak pulak ya. Katanya. 

Layankan pulak anak-anak berposing gaya ultra brother dan sister.. Beria ria muka. Hahaha..
Muka beria ria..hahaha.

Camni la adik

Eh gaya apa tu Damia?

We are ultra bro & sis..shinnngg
Damia pakai baju melayu Aqil masa kecik dulu. Comel pulak aku tengok. Hahaha. Rambut Aqil da panjang. Asyik lupa je nak potong.

Nanti bila da masak rempah-rempah tu aku review okeh. Kot ada yang minat nak try ke nak bisnes frozen ke. Boleh aku rekomen kat aunty tu.

Daa

17 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg betul2 rezeki tu Rai

MAY berkata... [Reply]

alhmdulillah..murah rezeki..

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

i penah try ibu sambal frozen...nak buat sambal sotong ke apa ker just masukkan ibu sambal jer..keluaran Citra Klasik..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Alhamdulillah... Allah beri rezeki yang memang wajib kita syukuri. :)

Qashmere berkata... [Reply]

Rezeki di mana-mana saja. Macam saya ni. Seorang diri menyara kehidupan Syukur bermacam rezeki dapat...ade yang sikit ada yang banyak.

Saya pun baru memulakan perniagaan atas talian. Menjual baju dari bermacam saiz dan juga plus size fashion. Nanti singgah lah di www.qashmere.net

+ e.z + berkata... [Reply]

rambut juntai2 trendy aper? hik3 :)

Acik Erna berkata... [Reply]

asalam Rai..mudah nak masak sekarang nikan..semua dah ready..tinggal rajin ke tidak je lagi..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Alhamdulillah! Pokok pangkal, rajin la Rai.

Dr K berkata... [Reply]

rezeki...alhamdullilah...
produk yg mahal sikit, tapi berbaloi dari segi rasa & kualiti, org tak kisah beli..

Cikgu Ma berkata... [Reply]

x sabar nak tengok masakan tu...

mshazadoes berkata... [Reply]

klu tgl dekat..compom dya tercongok dpn pintu..nk mkn akk msak tue..hihihi

kay_are berkata... [Reply]

murah rezeki.. bagus r dapat peluang camtu sesekali jangan di sia kan.. =)

mummY daniSha berkata... [Reply]

time preggy memang murah rezeki kan =)

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

suka je benda rencah segera ni.. senangkan keje.. nape si adik pakai bju melayu abang tu? huhu..

Aziela berkata... [Reply]

Mak oiii, menariknya rempah2 tu semua pada pandangan mata akak yg kurenggg rajin memasak nie..

Rezeki baby tu Rai..Alhamdulillah

sal ya berkata... [Reply]

mesti sedap. kalau tak takkan la org beli kan? kan?

Rakyat marhaen berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com