Rabu

Lawak seram sebelum berbuka

Assalamualaikum

Semalam masa on the way balik keja shujin tanya, berbuka puasa nak makan apa. (Melayankan tekak orang mengandung :P) Setelah berfikir fikir aku cakap. "Nak laksam". Shujin tanya nak beli kat mana? Aku jawab, ala..beli sikit. Tak sedap pulak tu. Kita buat la. (Dengan bahan tak beli lagi kan. Carik nahas betul). Ok - Jawab shujin.

So, cam biasa la. Bila jenis urgent request ni terpaksa la singgah beli barang kejap. Beli ikan sardin (selayang) kat pasar malam (8 ekor). Shujin beli kacang panjang. Lepas tu beli kacang panjang. Singgah kedai beli kelapa parut nak buat santan dengan daun selom sebab daun kesum tak jumpa T_T. Takpe lah. Ulam ulam tu ok fleksibel kot.

Sampai rumah bergegas-gegas aku siang ikan dan rebus dengan garam+asam. Resepinya aku ambil kat Myresepi, Yani punya.

Resepi Laksam
Bahan tepung laksam
3 cawan tepung beras
setengah cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Bahan kuah
Isi ikan rebus dan ambil isi sahaja
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 1 biji (bukan 1 labu tau)
Sedikit halia
Sedikit lada hitam
Santan dari 1 biji kelapa
Asam keping
Garam
Sedikit gula (aku skip)

Bahan lain
Sambal belacan
Ulam ulaman

Kaedah
Gaul semua bahan untuk buat laksam dan kemudian dikukus atas tudung periuk yang disapu minyak

Campur semua bahan kecuali asam keping dan garam ke dalam blender. Kemudian blend sampai hancur. Masukkan ke dalam periuk dan dimasak sampai mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Tutup api.

This should be a very simple procedure kan. Malangnya. Adunan tepung laksam dan santan diletakkan bersebelahan dan aku dah tersilap campur dah naik atas dapur baru aku perasan aku salah campur tepung dengan bahan kuah yang dah diblend T_T

Seram tak? Agak-agak la nak melawak pun. Masa tu da pukul 7.

Apa lagi. Aku terpaksa merempit pegi pasar malam sekali lagi untuk beli ikan lain pulak. Sambil tu shujin buat adunan tepung yang lain. Balik rumah elok elok nak berbuka puasa T_T. Nasib baik shujin dah siap siap beli sikit kuih. So berbuka dengan kuih je semalam.

Laksam? Laksam tu aku sambung masak kuahnya semula lepas maghrib. Dengan kaedah yang betul. Pukul 9 lebih baru boleh makan. Anak-anak pun dah kebuluran. Tepung yang dah campur bahan kuah tu aku kukus jugak. Jadilah laksam tepung ikan. Huuu..

Turn out. Kuah laksam tu sangat sedap. Tapi tepung laksam tak berapa nak menjadi. So anak-anak asyik tambah kuah dengan ulam je. Sahur tadi makan laksam lagi. Dan shujin kata tak puas makan. So nanti buat lagi ye. (Sambil membodek kononnya aku yang tak puas makan. Hehehe)

Sampai pagi ni aku rasa seram sampai lenguh lenguh kaki sebab memikirkan nak buat apa dengan tepung yang dah campur dengan ikan tu semalam.

Memang tragedi sungguh.

Nota kaki : Lebih menyeramkan lagi bila tak boleh nak bukak kebanyakan blog termasuk blog sendiri untuk mengomen. Cuma boleh tengok dashboard je. Cisss

Daa

27 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Alamak Rai... belum tengok gambar pun kakcik boleh telan airliur ni! :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

wah..pandai buat laksam Rai ni.
Laksam tu yg mknn kelantan kan?

PCL berkata... [Reply]

seram tu dah ngalahkan 'buah silat lincah'...wakil olympics eh.

Aziela berkata... [Reply]

Mak oii...akak yg baca nie pun dah meremang bulu tengkuk. Seram habis tu Rai. Kalau akak, dah nanges dah tu rasanya...

Unknown berkata... [Reply]

hahahaha.. memang seram betul! Ggrr.. ;p
Kalau shima dah selamat masuk mulut cik TS kot miahahaha...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...kesian nyer nape jadi mcm tu...nasib baik dapat juga makan laksam tu...:)

emarieys berkata... [Reply]

ema pun tak tahu nak bg idea apa nak buat dgn ikan tu..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

yummy....tp mmg seram la....dh dekat waktu berbuka....

Munn Jaafar berkata... [Reply]

alahai ciannya...dh tgh urgent bleh salah masuk plak.

*eh,bpe banyak akak bli kacang panjang? bli dan bli lg? hihihihihi

Prettywrite berkata... [Reply]

aih..laksam..i loike!biasala kak bulan2 puasa tertukar abis semua..hahaha..takper nt buat lg k..

kenapa?blog problem jugak eyh?huhu macam2 la blogger ni..yana rasa betul pasal dok online kot emel tu yang kena ceroboh tu blog..tp tak disable lg..sayang..sebab selalu online kat fon..huhu..tp da tukar pasword..tengokla nt caner..tq kak..

Dr K berkata... [Reply]

tepung yg dah campur dgn ikan tu cuba goreng, jadi macam keropok lekor tak? haha

Acik Erna berkata... [Reply]

salam rai..tambah tepung jadi pekat..tambah bawang cili potong dan goreng..jadi cekodok ikan

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata... [Reply]

laksam tue makanan kelantan ek.. ial tgh pk penah makan ke tidak

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

dah lama xmknlaksam.. biasa mkn kat trg :-)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA & anak2 x brpa gemar laksam. so kalau en hubby nak makan biasa beli je or tunggu bila balik umha my MIL. hehe. tepung tu cuba buat goreng or kukus mesti sedap tu

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA & anak2 x brpa gemar laksam. so kalau en hubby nak makan biasa beli je or tunggu bila balik umha my MIL. hehe. tepung tu cuba buat goreng or kukus mesti sedap tu

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

salam rai...mmg seram kejadian trsebut.hikhik.Sibbaek wifenya cergas jer...laju jer masak laksam :D

BERT berkata... [Reply]

lame x mkn laksam :)) mst sedap kak rai buat ni hihi

Irfa berkata... [Reply]

aku nak gelak ada kesian pun ada
kalau dekat2 buleh aku hulur pinggan
rajin jugak ko ni ye

Hanis MY berkata... [Reply]

owh sedapnya laksam... seram tapi kagum kak rai sgt hebat di dapur

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Rai dan Shujin jenis teramat raaajin. Kakak tak bolehlah nak terkejar-kejar macam tu... maaaalas sangat.

Kuah tu makan dgn spaghetti pun sedap Rai.

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

suka jugak laksam...
lemak2 gitu..tak pasai2 kena ganti..

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

sy xsuka laksam taktau la nape. mana tau kalau preggy baby boy mengidam nak makan laksam lak.. hihi

Unknown berkata... [Reply]

saya suka laksam..
kalau pi beli kat pasar malam,saya mesti beli 2 bungkus untuk saya sorang..
heheheh

Deqna berkata... [Reply]

gigih betul..

kalau saya lah mesti dah give up pastu nanti cakap kat suami... kita beli jelah yg dah siap...

hehaahahaha

sal ya berkata... [Reply]

hahaha... mmg serm. mak pak blh tahan lagi. anak2 la kesian kan.

Anamarza berkata... [Reply]

Kalau saya tu mau putus asa dah..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com