Khamis

Kalau dah kena tetak tu

Assalamualaikum

Kepada wanita. Aku rasa its natural kalau kita rentap balik beg tangan bila ada orang cuba nak ragut beg tangan kita. Tapi kalau gigih tak lepaskan beg tangan sampai kena tetak tujuh kali tu aku rasa tu membahayakan nyawa sendiri. Tak berbaloi.

Apa lagi yang lebih berharga dari nyawa kita. Harta benda boleh dicari. Tapi kalau tangan kena tetak sampai putus urat belum tentu boleh disambung semula.

Para wanita. Hati-hati bila berjalan di tepi jalan. Lebih baik jalan di kaki lima. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat yang kurang manusia. Elakkan dari berjalan membelakangkan trafik. Alert dengan bunyi bunyian di sekeliling. Sebaiknya simpan duit dalam coli saja :P

Sebaiknya keep personal siren dalam bentuk keychain yang kecik tu. Sentiasa keep dalam handbag dan pegang bila nak jalan ke parking. Lebih lebih lagi kalau takde escort. Sekurang kurangnya bila ada penyerang kita boleh bunyi kan siren tu untuk mengejutkan dan menakutkan penyerang. Siren tu sangat bingit bunyinya. Boleh menyebabkan bengang telinga dan silap silap boleh bagi pekak kejap. Kalau yang selalu kena OT balik lambat drive sendiri tu baik dapatkan satu.

Jangan ambik mudah keselamatan diri.

Daa


9 comments:

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam Rai..bahaya sekarang ni kan..orang makin berani buat jahat terang2an

Anamarza berkata... [Reply]

semakin lama makin rasa tak selamat dah Malaysia, dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat, elok lebihkan berhati-hati dan sentiasa beringat

mummY daniSha berkata... [Reply]

takut kang skang....ngeri!

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Btl la....sgt bahaya...tkut rietta....yg plg truk, bila sukar nak bezakan yg baik dgn yg xbaik....

Unknown berkata... [Reply]

Betul tu Rai, jangan melawan bila kene attack, banyak kes kat hospital perempuan parah cuba nak melawan diragut.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Jangan panik semua. Negara kita masih lagi selamat. Tangga ke-19 di dunia.

Cikgu Ma berkata... [Reply]

memang takut sangat sekarang ni kalo kuar umah...malaysia dah x aman macam dolu2..

salam merdeka :)

sal ya berkata... [Reply]

memang kena jaga keselamatan diri sebab sekarang ni bukan selamat sgt utk jln srg2.

Liza Razak berkata... [Reply]

skrg ni kat mana2 pun bahaya even kat shopping complex..mmg kena extra hati2..harta benda boleh cari blk..nyawa memang tak ada galang gantinya

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com