Isnin

Washoku week

Assalamualaikum

Da 3-4 minggu aku duk pujuk pujuk shujin pi carik bahan bahan nak buat okonomiyaki. Setelah puas berdrama (tanpa air mata) akhirnya malam Sabtu ritu kitorang keluar pi carik kat One Utama. Sebab aku da puas survey kat Aeon lain. Memang susah nak jumpa. So aku balik semula ke One Utama tempat aku beli supply untuk okonomiyaki dulu. Dengan harapan jumpa.

Sampai tu terus ke Isetan. Ingatkan Isetan kat situ ada jual. Rupa rupanya diorang jual food je. Bahan bahan masak tak berapa nak ada. So patah balik ke Aeon. Pusing pusing kat area sauce tu tak jumpa. Cuba pulak pegi area Japanese food. Tetiba aku nampak satu pemandangan yang indah. Hahahaha.
Chachammmm~ kata Damia
Yang susah nak carinya tu adalah Bull Dog sauce tu. Actually yang aku cari adalah Bull Dog Tonkatsu Sauce. Sebab yang itu lebih pekat. Tapi Cuma jumpa yang chuuno (semi sweet) So ambik je la. Dari kempunan langsung kan. Ada jugak sos untuk okonomiyaki dan tonkatsu sauce brand lain macam otafuku. Tapi aku tak yakin. Sebab aku Cuma buat inquiry kat company bull dog ni je pasal sauce dia. Pasal otafuku tu aku takde tanya. Kalau ada yang ragu ragu pasal sauce bull dog ni nanti aku share apa reply diorang dan survey aku pasal sauce ni. Resepi okonomiyaki tu boleh tengok kat SINI. Tapi kali ni aku alter sikit. Gambar okonomiyaki tak sempat ambik. Nanti aku buat lagi aku ambik dengan resepi baru pulak.
Beras nishiki
Tak cukup dengan okonomiyaki punya supply. Shujin belikan beras jepun (nishiki) Compare dengan brand sumo aku lagi suka nishiki. Walau pun sebenarnya nishiki ni made in USA. Hehehe. Agak mahal compare dengan beras yang biasa aku makan. Iskk iskk.. RM27.50 untuk 2.5kg. Sebenarnya selain dari ni aku ada mencari cari miso paste. Tapi kat Aeon tu takde pulak miso paste yang tak mengandungi alcohol. So, terpaksa bersabar lagi. Mungkin Isetan KL ada, tapi entah bila zaman aku nak pegi. Mungkin kemudian tahun baru pegi. Huhu. Nak kena berguling guling dulu craving baru shujin tunaikan. Hehehe.

So breakfast pagi ahad kami anak beranak makan okonomiyaki. Malamnya aku buat saba shioyaki dengan tempura. Harga saba (jap blue mackerel) ni Cuma RM12.90 untuk tiga slice (satu slice=separuh ikan yang dah takde tulang belakang). Nak cakap mahal sangat takde la kot kan. Aku bakar atas pan je. Malas nak masuk oven bagai. Memang once a year aku akan craving makanan jepun gila gila sehingga pada tahap tak boleh nak diselamatkan. Last time, lagi teruk. Siap buat zaru soba. Waaii. Tetiba menyesal tak beli sekali soba. Da ada beras ni boleh la buat onigiri bagai kan. Kalau rajin. :P

Tetiba teringat saba shioyaki...waiii..

Daa

22 ulasan:

  1. Rai, masak ke benda ni , payah KA nak faham he he he nnti g tgk resepi dia yek

    BalasPadam
  2. mak ai...addict makanan jepun rupanya kak rai kita ni ek? oooo sihat ni...hihihi

    BalasPadam
  3. Kagumnya, awak craving for japanese food tp msk sendiri! Klu sy , just masuk sushi king or sakae sushi je (plg tak pun, singgah jusco, beli yg da siap).

    =p

    BalasPadam
  4. huhuuuu.jarang makan jepun punye food..setakat makan sushi kat jusco tu bolela hehe...yg kat jusco tu kire sedap ke x sdap zai?hehee

    BalasPadam
  5. kesuma,
    aah..ni bahan nak masaknya..hehe..

    munna,
    hehehe..kalau da makan banyak sihat ke mana mana tah kan.. haha..

    fara,
    bukan nak sombong..tapi saya tak pernah masuk sushi king..dengar cerita je orang kata tak sedap.. sakae sushi tu boleh la..tapi saya tak berapa sangat craving sushi.. teringin nak makan okonomiyaki (adik beradik takoyaki) lagi jimat kalau buat sendiri.. (long term)

    BalasPadam
  6. mas,
    jusco punya sushi tu aku makan kalau dah takde choice + ada potongan harga..hahaha..

    BalasPadam
  7. Rai memang suka makanan Jepun ya? :)

    BalasPadam
  8. byk2 makanan, japanese food lah aku tak leh telan...huhu...

    BalasPadam
  9. u nak buat apa ni? sorry lah i makanan jepun ni kurang familiar..yang i tahu teppanyaki, udon, sushi, takao tao, soba...yang lain..ok zero!

    BalasPadam
  10. kakcik,
    aah..:D

    shima,
    penin ke...hehehe...

    wahida,
    alamak..hilang satu nikmat doniya... hahaha..

    net,
    nak buat okonomiyaki..yg bahan2 kat atas tu utk toppingnya..yg beras tu cuma utk buat nasik je.. okonomiyaki ni adik beradik tao tako..

    BalasPadam
  11. i like all...!!! kalo dekat mau mintak sikit.. hehe..

    BalasPadam
  12. nanti tepek gambar okoniyaki tu ya..saya 1st time dengar nama makanan ni..hehehe

    BalasPadam
  13. oooooo...mcm lempeng kot kalau kat sini...huhuhu

    BalasPadam
  14. dah buat, tayang kat sini okay?
    ceteknya pengetahuan i tentang makanan jepun...

    BalasPadam
  15. Rai! susah betul nk dpt bahan kat sana kan! tu la, mmg kene betulkan balik selera mkn esp. anak2 yg hari2 ngadap beras jepun ni. dah try beras siam tak lalu mkn diorg ni tau. tensen mak, maklum la dari kecik dah membeso kat sini. balik msia pandai2 la nk hidup. hikhik..

    BalasPadam
  16. suka sangat dekat makanan jepun. dulu selalu pergi makan dekat sushi king. tapi bila tengok internet, rupanya tak ada sijil halal, terus menyesal. teringin juga nak buat sendiri masakan jepun ni. tapi barangnya rare. mahal. susah nak cari.

    BalasPadam
  17. kak mulan,
    tu la..kalau dekat boleh buat okonomiyaki party..haha..

    daddy zz,
    insya allah..next batch saya tepek gambarnya..okonomiyaki kurang glemer berbanding takoyaki..tapi lately da ada jual kat aeon..

    chichi,
    yup yup..macam lempeng..cuma tambah sayur dengan bahan lain..

    BalasPadam
  18. net,
    owait..nanti i tepek..

    as,
    memang susah..even kat pasaraya aeon tu pun payah nak jumpa da skang ni..personally..saya rasa beras jepun lebih sedap..sebab tu no wonder kalau bebudak tu lagi suka beras jepun..takpe..da balik sini nanti pandai la diorang sesuaikan diri..as da nak balik da ke..? jgn diorang balik sini tak berapa nak reti cakap melayu sudah..hehe..

    BalasPadam
  19. aida,
    aah..memang susah nak cari bahan bahannya..kat isetan lebih mudah cari..kat aeon pun da makin susah.. mungkin sebab kurang dapat sambutan kot..barangnya mahal sikit la..tapi kalau compare dengan makan kat kedai lagi jimat kalau buat sendiri..hehe..

    BalasPadam
  20. betul2. apa makanan pun kalau buat sendiri memang lagi jimat. satu rumah pun boleh makan. tunggu la dah kerja, ada income sendiri, baru boleh masak sedap2. hehe.

    BalasPadam
  21. salam, boleh share ape info yg sis dpt utk bull dog tonkatsu sos?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^